Showing posts with label anak anak. Show all posts
Showing posts with label anak anak. Show all posts

10 December 2012

Gigi baru

  12 Komen    
label: ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah dalam perjalanan hidup kita di muka bumi ini.

Dalam sibuk-sibuk 'mengerjakan' tugasan kontest iPhone 5 gadget impian, sempena musim cuti sekolah ni ada jugak masa lebih untuk berjimba bersama keluarga. 


Pagi tadi berlanjutan sampai ke petang aku menghadiri seminar taklimat untuk guru-guru KAFA daerah Ipoh serta penyerahan surat lantikan guru KAFA dari pihak JAKIM.

Selepas gelincir matahari, hujan bercucuran turun membasahi bumi Ipoh. Boleh tahan lebat jugak. Sampai waktu aku menaip entri ni selepas usai solat isya pun masih lagi bergerimis kat luar sana tu.

Anak-anak pulak alhamdulillah sihat belaka. Anak yang sulung sekarang ni sudah mula banyak makannya. Kalau sebelum ni memang susuh sungguh nak menghabiskan sepinggan juadah.


Tak pasti la pulak kalau-kalau asbab aku memberikan pil vitamin C yang mengandungi lysine menyebabkan selera makannya lebih terbuka. Cuma terkadang tu nak menghabiskan satu juadah nasi pun sejam lebih.

Anak yang kedua tu pulak sekarang ni dah masuk bulan ke tujuh. Ligat sungguh bila dibiarkan tanpa dikendong. Tak sempat nak mengesot sudah terus merangkak. 

Sekarang ni pulak sudah mula bertatih berpaut pada kerusi, meja, dinding dan sebagainya yang boleh dipaut berdiri. Tak cukup dengan tu, sudah pandai panjat memanjat lagi tu.

Dan yang paling terbaru, giginya sudah bertambah pulak. Kalau sebelum ni dua gigi bawah je yang tumbuh, sekarang ni gigi kapak sebelah atas sudah mula keluar.


Ganas dan gigih sungguh papa dan mama dia nak ambil gambar gigi barunya yang nak tumbuh keluar tu. Hehehe..Dan sekarang ni semakin besar selera makannya. 




27 October 2012

Kakak dan adik

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Alhamdulillah semalam seluruh umat islam menyambut perayaan Aidil Adha atau hari raya korban. Dan hari ni pastinya masih ada lagi yang sibuk mengagihkan daging korban untuk dinikmati.

Dalam tu jugak jangan pulak kita lupa untuk menghayati hikmah dan iktibar dari peristiwa korban tu sendiri mudah mudahan dengan itu menjadikan kita semakin taat dan bertaqwa kepada Allah.

Selalu orang kata, anak anak ni permata hati buat ibu dan bapa. Memang betul pun. Sungguh lain perasaannya waktu dari awal perkahwinan bila tinggal bersama pasangan hidup berdua, kemudian disusuli dengan kehadiran cahaya mata pulak mengisi kekosongan dalam keluarga.


Macam aku sekarang ni, sudah dikurniakan dua anak yang perlu dididik agar menjadi insan bertaqwa. Si kakak yang semakin bijak berfikir manakala si adik pulak semakin bertambah ligat.

Masa mula mula isteri tercinta disahkan hamil anak kedua, ada jugak sedikit kerisauan tentang penerimaan anak pertama kami tu terhadap adiknya kelak. Entahkan mungkin akan cemburu apabila tumpuan yang diberikan kepadanya beralih pula pada adik yang bakal lahir.

Tapi macam seakan memahami pulak, selain dari aku yang berasa macam tak sabar sabar nak ada anak baru, si kakak pun kelihatan begitu teruja untuk memiliki seorang adik.

Sekarang ni melihat kedua anak membesar dihadapan mata, memang satu pengalaman yang tak mungkin dapat diperolehi dari mana pun. Melihatkan keletah keduanya yang seringkali menghiburkan jiwa.

Walau antara keduanya sedikit berbeza karakter tapi keakraban keduanya sudah mula terserlah. Harap harap sampai ke akhir hayat pun biar begitu.



08 October 2012

Melihat perkembangan anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Semakin hari semakin menghampiri hari para jemaah menunaikan rukun islam yang ke lima. Seronoknya andai kita sendiri pun berpeluang menjadi tetamu Allah untuk ke sana.

Dan dari hari ke hari jugak rasa teruja melihat perkembangan anak di depan mata. Masa anak pertama dulu tak berapa nak ternampak sebab kurang masa berada di rumah. 

Selalunya hanya isteri yang menceritakan perkembangan terbaru yang berlaku pada anak yang pertama dulu tu. Tapi sekarang ni agak banyak masa jugak berada di rumah, dapat la melihat sendiri perkembangan anak tu.


Baru mencecah usia lima bulan, macam tak terasa cepat masa berlalu. Kalau sebelum ni anak yang kedua tu hanya berguling bila dibaringkan, sekarang ni sudah pandai nak menerokai setiap ruang rumah.

Dan antara dua anak ni memang agak berbeza. Ingatkan sama dan serupa je cara keduanya, rupanya banyak jugak perbezaannya. 

Kalau nak ditandingkan BMI antara kakaknya dan adiknya ni memang ada perbezaannya. Kakaknya walaupun sangat kuat menyusu tapi kadar peningkatan BMI dia tu sedikit perlahan. 


Adiknya pulak tak banyak menyusu macam kakaknya tapi badannya agak gebu dan matanya pantang melihat orang lain makan, macam tak sabar sabar nak menjamah makanan je.

Apa pun yang terpenting bagi setiap ibu bapa, pastinya kesihatan dan kesejahteraan anak anak tu yang lebih utama. Waima anak demam pun pastinya membuatkan hati ibu dan bapa sangat terseksa.



11 September 2012

Satu kongsi, dua bahagi, tiga ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. 

Buat adik-adik dan anak-anak yang menghadapi peperiksaan UPSR 2012 didoakan mudah mudahan dipermudahkan Allah untuk menjawab semua soalan dengan cemerlang.

Ada yang terfikir untuk jadi bujang sepanjang hayat ? Lansung tak terfikir untuk berumahtangga, ada anak-anak dan sebagainya tu ? Jangan la camtu sebab nabi pun hidup berumahtangga. 

Lebih-lebih lagi bila sudah ada anak. Aku teringat lagi masa mula-mula isteri hamil. Dalam kepala masa tu asyik fikir berapa ramai anak yang bakal dilahirkan kelak.


Masa anak baru seorang, semuanya dikongsikan bersama. Ada jugak la yang tak terkongsi tapi sebolehnya segalanya nak dicurahkan bersama-sama kepada anak yang seorang tu.

Bila dah lahir seorang lagi, perkongsian terhadap anak yang seorang tu sudah mula berubah sedikit. Kalau anak seorang, dikongsi. Dua anak pulak sudah terbahagi. 


Anak sulung kalau sebelum tu rapat kepada ibunya, bila dah lahir si adik maka arahnya sudah berubah kepada si ayah. Hinggakan terkadang bila si ayah melayan si adik terlebih sedikit sudah mula kelihatan bibit-bibit cemburu si kakak.

Tu baru dua anak. Kalau bertambah yang ketiga pulak, macam mana la agaknya ye ? 





03 September 2012

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Keadaan cuaca di Ipoh dalam minggu ni agak kering dan panas. Tapi tak sepanas isu memijak gambar PM dan penghinaan terhadap bendera negara kita tu.

Masih lagi dalam mood gembira. Gembira merayakan kedatangan bulan Syawal dan gembira meraikan kemerdekaan negara. Minggu lepas sehari sebelum kita menyambut hari kemerdekaan, aku dan anak anak murid kelas aku sempat buat majlis sambutan hari jadi untuk yang lahir di bulan Ogos seterusnya majlis jamuan raya.


Memang meriah sangat la walaupun tak keseluruhan anak murid kelas aku tu hadir. Seronok sangat diorang tu sebab pertamanya aku benarkan hadir ke sekolah pakai baju raya masing-masing.

Abis bergaya sakan budak-budak tu sampaikan pelajar kelas lain agak 'cemburu' dengan jamuan yang diadakan di kelas aku tu. Tambahan lagi diorang nampak aku bawak kek dari Secret Recipe untuk jamuan tu. Mungkin tak pernah dibuat oleh guru guru sebelum ni kot.


Semalam pulak kami meraikan sambutan hari ulangtahun kelahiran anak sulung kami yang mencecah usia empat tahun. Alhamdulillah sepanjang empat tahun ni dikurniakan Allah tubuh badan yang sihat pada anak kami tu.

Terkadang rasa macam tak percaya umurnya dah empat tahun. Terasa masih macam baru setahun lepas lahirnya. Tu pun nasib baik dah bertukar panggilan kepada 'kakak' disebabkan sudah ada adik. Kalau dulu asyik panggil 'baby' je, rasa macam kecik je lagi.


Dan hari ni pulak kakak dan adik dah dapat headband yang dikait oleh rakan blogger. Paling seronok dah mesti la si kakak yang suka bergaya tu. Dia jugak la yang memilihkan warna untuk kepunyaannya dan si adik.

Untuk kegembiraan seterusnya, tak tau lagi. Minggu lepas aku ada dapat panggilan telefon dari pihak P1 yang bagitau aku menang iPod. Sekarang ni nak tunggu email pengesahan alamat je. Ingatkan iPad atau iPhone, tapi asalkan namanya menang tu kira rezeki murah la ye tak ? Syukur Alhamdulillah.



28 August 2012

Tangani bersama

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Seronok betul ada anak ni. Tanya la pada ibu-ibu yang mengandung, walaupun mulut kata serik nak bersalin tapi dalam hati tu gembira sungguh bila ada anak ni. 

Pada bapa-bapa pulak jangan ditanya la. Kalau boleh sebulan sekali para ibu bersalin pun takpe. Tapi kalau diperingatkan pasal kena jaga anak-anak tu mungkin boleh tekan brek sikit kot.

Alhamdulillah anak-anak kami ni membesar dengan sihat. Sebagai ibubapa pastinya sentiasa ada perasaan risau kiranya sesuatu berlaku pada anak-anak. 


Dan boleh juga dikatakan andainya sebelum ada anak, suami sentiasa memikirkan dan mengambil berat tentang isterinya tapi bila dah ada anak ni tumpuannya lebih kepada anak pulak.

InsyaAllah tak lama lagi anak kami yang sulung akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke empat manakala anak kedua pulak akan mencapai usia empat bulan. 

Si kakak selain dari semakin petah berkata-kata, semakin bertambah pula karenahnya. Namun sudah bijak juga mempamirkan tanggungjawabnya sebagai kakak dengan membantu papa dan mamanya menjaga adik dia tu.


Si adik pulak semakin hari semakin lasak. Sudah kuat memanggung kepala bila menirap dan tak sabar-sabar pulak tu nak mengesot merangkak. Berguling ke sana sini tu kalau tak diperhatikan memang sampai 'hilang' di bawah meja kopi. 

Memang banyak cabaran dan dugaan dalam membesarkan anak-anak ni namun jika kita pandai menangani segalanya bersama dengan pasangan kita insyaAllah biarpun anak bersusun sepasukan bolasepak takkan jadi masalah.






23 June 2012

Santai - Cemburu seorang isteri

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah. 

Sejak kebelakangan ni terasa sedikit kekurangan masa untuk melayari internet. Sibuk jugak nak melayan karenah dua orang anak ni. Itu pun nasib baik juga la yang bongsu tu baru berusia sebulan lebih. Tapi bila tiba masa dia nak meragam tu memang rasa macam nak nangis dibuatnya.


Terkadang tu bila memandang ke wajah anak-anak terasa macam tak percaya pulak akan diri ni dah menjadi seorang ayah kepada dua orang anak. Berbeza masa sebelum ada anak tu, asyik pandang isteri je terkadang macam tak percaya jugak diri dah menjadi suami.

Semasa isteri aku disahkan hamil anak kedua dulu tu sebenarnya ianya bukanlah ada dalam perancangan. Tapi bukan la maksudnya kami tak mensyukuri kehadiran anak kedua ni pulak, cuma kadang-kadang terfikir macam tak puas lagi nak memanjakan anak sulung tu tiba-tiba dah ada anak kedua pulak.

Mula-mula tu agak risau jugak takut-takut bila lahir anak kedua ni, anak sulung akan menjadi cemburu atau sebagainya. Namun alhamdulillah walaupun kemanjaan anak sulung aku ni kadang-kadang sukar nak diduga, dia dengan gembiranya menerima kehadiran adik baru dia tu.

Cuma pada beberapa keadaan berlaku perebutan kasih sayang antara anak sulung aku tu dengan adiknya terutama bila tiba masa nak tidur malam. Walaupun di waktu jaganya anak sulung aku ni lebih rapat dengan aku (mungkin sebab aku selalu manjakan dia) berbanding mama dia tapi bila tiba waktu nak tidur asyik nak melekat dengan mama dia je. 

Dan terkadang tu sewaktu aku atau isteri sedang mendodoikan adik dia tu, waktu tu jugak la dia nak mintak perhatian. Rasa serba salah juga dibuatnya bila dalam keadaan begitu. Harap-harap jangan bila dah besar nanti masing-masing begaduh pulak sudah la.

Dan bila dah semakin besar keluarga ni dengan tiga perempuan dalam kehidupan aku sehari-hari untuk merebut cinta dan kasih sayang aku memang agak mencabar juga persaingannya.


Dan sejak kehadiran anak kedua ni, kecemburuan isteri aku semakin menebal bila aku lebih banyak mencium anak dari mencium isteri. Hehehe..



17 May 2012

Ajarkan saya Al Quran

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah yang maha berkuasa atas segala sesuatu.

Baru baru ni aku berkesempatan melihat satu demonstrasi meningkatkan daya kerja otak untuk kanak kanak khasnya ketika berada di kediaman DSZ. Aku tak pasti la betul ke tak namanya tu tapi apa yang pasti ianya berkenaan minda la. Dengan hanya menyentuh sesuatu tanpa melihat pun dah boleh tahu ape ke bendanya atau ape yang ditulis di atasnya tu.


Tapi bukan tentang itu aku nak kongsikan hari ni. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal perkara tu, boleh la jenguk jenguk ke http://gmcinternational.org/ supaya lebih faham apa yang aku maksudkan tu. 

Imam Al Tabarani ada meriwayatkan daripada Saidina Ali r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya ;

"Didiklah anak anak kamu atas tiga perkara. (1) Cinta kepada Nabi kamu, (2) Cinta kepada kaum keluarganya, (3) Serta membaca Al Quran. Sesungguhnya, para pembaca Al Quran itu berada dalam naungan 'Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya bersama sama para Nabi-Nya dan orang-orang suci-Nya"

Mengimbas kembali kenangan sewaktu zaman kanak kanak dulu, seawal usia 5 tahun lagi aku dah diajarkan membaca muqaddam setiap kali selepas solat maghrib oleh arwah mak aku. Faham faham aje la waktu usia macam tu memang umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri je. Tak cukup dengan tu dimasukkan pulak ke tadika Islam supaya dapat belajar asas agama.


Bila dah masuk darjah satu, masih lagi bertatih mengeja setiap mukasurat dalam muqaddam tu. Cuma kali ni arwah mak aku semakin tegas. Dengan rotan disisi, jangan harap nak mengelat. Terkadang tu dengan deraian air mata dan sedu sedan menghabiskan bacaan tapi lansung arwah mak aku tak peduli atau kasihan.

Alhamdulillah berkat kesabaran arwah mak aku mengajarkan kami adik beradik mengenal dan membaca Al Quran, sehingga sekarang pun tak jadi masalah nak membacanya. Dan bila meningkat dewasa, mengetahui pulak kelebihan dari membaca Al Quran ni membuatkan aku semakin ingin mendalami Al Quran bukan setakat untuk diri sendiri, malah untuk anak cucu cicit aku nanti jugak.

Berapa ramai ibubapa sekarang ni lebih mementingkan pelajaran akademik untuk anak anak dari pendidikan Islam. Jika anak meninggalkan solat tidak mengapa tapi jangan sekali kali meninggalkan kelas tuisyen matematik. Anak tidak kenal huruf Al Quran tak menjadi masalah asalkan anak dapat mengenali not muzik. 

Andainya kita sendiri memang dibesarkan oleh ibubapa kita dengan sebegitu rupa, janganlah kita menzalimi anak anak kita pula dengan menyediakan kehidupan mereka sebegitu. Biarlah kita sahaja yang jahil namun jangan biarkan anak anak kita mewarisi kejahilan kita tu. 


Andai pula kita pernah dibesarkan dengan asas Islam oleh ibubapa kita suatu masa dahulu, jangan pula kita terlalu terikut dengan arus kemodenan dan melupakan apa yang telah dididik kepada kita. Kalau kita sendiri sudah melupakan setiap didikan yang kita terima sewaktu kecil dahulu, jangan pula kita membiarkan anak anak kita hanyut tenggelam tanpa pegangan.

Hantarlah anak anak kita ke kelas tuisyen akademik, namun jangan sekali kali kita biarkan mereka mengabaikan tuntutan ibadah seperti solat khususnya. Tajamkanlah minda mereka dengan mempelajari seni muzik atau sebagainya, namun jangan pula kita karatkan hati mereka dengan keduniaan semata mata. 

Jangan berasa malu apabila suatu hari nanti anak anak kita berkata, "Ajarkan saya membaca Al Quran wahai ayah dan ibu". Bacalah, pelajarilah dan hayatilah Al Quran tu bersama sama dengan mereka, mudah mudahan kehidupan kita semua akan mendapat berkat dan rahmat dari-Nya yang maha berkuasa.