Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah.
Sejak kebelakangan ni terasa sedikit kekurangan masa untuk melayari internet. Sibuk jugak nak melayan karenah dua orang anak ni. Itu pun nasib baik juga la yang bongsu tu baru berusia sebulan lebih. Tapi bila tiba masa dia nak meragam tu memang rasa macam nak nangis dibuatnya.
Terkadang tu bila memandang ke wajah anak-anak terasa macam tak percaya pulak akan diri ni dah menjadi seorang ayah kepada dua orang anak. Berbeza masa sebelum ada anak tu, asyik pandang isteri je terkadang macam tak percaya jugak diri dah menjadi suami.
Semasa isteri aku disahkan hamil anak kedua dulu tu sebenarnya ianya bukanlah ada dalam perancangan. Tapi bukan la maksudnya kami tak mensyukuri kehadiran anak kedua ni pulak, cuma kadang-kadang terfikir macam tak puas lagi nak memanjakan anak sulung tu tiba-tiba dah ada anak kedua pulak.
Mula-mula tu agak risau jugak takut-takut bila lahir anak kedua ni, anak sulung akan menjadi cemburu atau sebagainya. Namun alhamdulillah walaupun kemanjaan anak sulung aku ni kadang-kadang sukar nak diduga, dia dengan gembiranya menerima kehadiran adik baru dia tu.
Cuma pada beberapa keadaan berlaku perebutan kasih sayang antara anak sulung aku tu dengan adiknya terutama bila tiba masa nak tidur malam. Walaupun di waktu jaganya anak sulung aku ni lebih rapat dengan aku (mungkin sebab aku selalu manjakan dia) berbanding mama dia tapi bila tiba waktu nak tidur asyik nak melekat dengan mama dia je.
Dan terkadang tu sewaktu aku atau isteri sedang mendodoikan adik dia tu, waktu tu jugak la dia nak mintak perhatian. Rasa serba salah juga dibuatnya bila dalam keadaan begitu. Harap-harap jangan bila dah besar nanti masing-masing begaduh pulak sudah la.
Dan bila dah semakin besar keluarga ni dengan tiga perempuan dalam kehidupan aku sehari-hari untuk merebut cinta dan kasih sayang aku memang agak mencabar juga persaingannya.
Dan sejak kehadiran anak kedua ni, kecemburuan isteri aku semakin menebal bila aku lebih banyak mencium anak dari mencium isteri. Hehehe..
Assalam..
ReplyDeleteHaa..baru tau kan bila sudah ada 2 orang anak.
Kalau bab tidur tu, ibu yang akan di cari dulu.
Saya tak pulak rasa cemburu, mungkin sudah biasa ditinggal-tinggalkan kot.
ikut komment aja saya :D
ReplyDeletebila anak dah besar nanti, kuranglah ciuman. balik semula pada isteri...heeee
ReplyDeletesyok bila tgk org lain dh ade anak2..
ReplyDeleteBiasanya suami lebih cemburu kepada isteri kerana tumpuan isteri kepada bayi yang baru dilahirkan. :-)
ReplyDeletehahaha..lepas ni ingat kalau cium anak sekali, kena cium emaknyer 2 3kali...hehehhe...
ReplyDelete