Showing posts with label kehidupan suami isteri. Show all posts
Showing posts with label kehidupan suami isteri. Show all posts

29 November 2012

Soalan untuk para suami

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Malam tadi berjaya jugak pasukan Harimau Malaya memberikan senyuman kepada peminat peminat bolasepak negara dengan mengalahkan Laos 4 -1.

Pejam celik pejam celik dah hampir 20 hari cuti sekolah berlalu. Walaupun tak pergi mengajar ke sekolah tapi kelas tambahan persendirian masih lagi berjalan. Walau begitu masih jugak ada lebihan masa untuk diluangkan bersama isteri tercinta dan anak anak.


Ada satu persoalan buat kaum lelaki terutama yang bergelar suami. Sebelum tu, bayangkan situasi lebih kurang macam ni. 

Setelah penat dengan rutin kerja sepanjang minggu, anda diberikan cuti rehat sebanyak dua hari. Malamnya anda meluangkan masa bermain bersama anak anak hingga lewat malam memandangkan keesokkan harinya anda tidak perlu berkerja.

Sebelum melelapkan mata, anda sudah membayangkan untuk menikmati hari cuti anda keesokkan harinya. Namun apabila bangun pagi tu, tiba tiba isteri kesayangan anda 'memohon cuti' untuk satu hari dari melakukan kerja kerja rumah.


Apakah reaksi anda wahai para suami apabila menghadapi keadaan sebegini ? 
  1. Pura-pura demam.
  2. Bagi alasan kononnya ada urusan penting diluar.
  3. Biar je rumah bersepah, pakaian boleh hantar ke dobi, makanan beli je kat kedai mamak.
  4. Berjanji dengan diri sendiri takkan bagitau kat isteri bila dapat cuti lagi lain kali.
  5. Terus ceraikan isteri tu talak 100.
Tu contoh jawapan je. Bak kata orang, kaum lelaki ni egonya tinggi. Sebab tu nak tau jugak apa la agaknya reaksi kaum lelaki terutamanya yang bergelar suami andainya berhadapan situasi sebegini.

Bagi rakan rakan yang belum bergelar suami pun boleh jugak nak berkongsi rasa dengan ikhlas. Sekurang kurangnya andai banyak pendapat yang dapat dikongsikan, pasti boleh dijadikan manfaat dalam kehidupan.




11 September 2012

Satu kongsi, dua bahagi, tiga ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. 

Buat adik-adik dan anak-anak yang menghadapi peperiksaan UPSR 2012 didoakan mudah mudahan dipermudahkan Allah untuk menjawab semua soalan dengan cemerlang.

Ada yang terfikir untuk jadi bujang sepanjang hayat ? Lansung tak terfikir untuk berumahtangga, ada anak-anak dan sebagainya tu ? Jangan la camtu sebab nabi pun hidup berumahtangga. 

Lebih-lebih lagi bila sudah ada anak. Aku teringat lagi masa mula-mula isteri hamil. Dalam kepala masa tu asyik fikir berapa ramai anak yang bakal dilahirkan kelak.


Masa anak baru seorang, semuanya dikongsikan bersama. Ada jugak la yang tak terkongsi tapi sebolehnya segalanya nak dicurahkan bersama-sama kepada anak yang seorang tu.

Bila dah lahir seorang lagi, perkongsian terhadap anak yang seorang tu sudah mula berubah sedikit. Kalau anak seorang, dikongsi. Dua anak pulak sudah terbahagi. 


Anak sulung kalau sebelum tu rapat kepada ibunya, bila dah lahir si adik maka arahnya sudah berubah kepada si ayah. Hinggakan terkadang bila si ayah melayan si adik terlebih sedikit sudah mula kelihatan bibit-bibit cemburu si kakak.

Tu baru dua anak. Kalau bertambah yang ketiga pulak, macam mana la agaknya ye ? 





17 July 2012

Persediaan awal menghadapi masa depan

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua berada dalam rahmat dan berkat dari Allah.

Alhamdulillah sehari dua ni hujan turun menyejuk dan menyegarkan suasana disekitar Ipoh disebelah petang. Andainya berlarutan hingga ke Ramadhan mungkin akan mengusarkan sedikit para peniaga yang mencari rezeki di bazar ramadhan nanti. 

Walau apa pun semoga kita semua berkesempatan untuk menjalankan ibadah puasa tahun ini dengan jayanya. Persediaan mental dan fizikal mesti mantap baru la seronok beribadah nanti.

Bagi ibu ibu yang baru melahirkan anak atau bakal melahirkan anak dalam bulan Ramadhan ni, pastinya ramadhan tahun ni menjadi sedikit cabaran. Tak dapat nak berpuasa penuh tu satu hal, dan pastinya perbelanjaan juga akan meningkat sikit dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga.

Bercakap pasal perbelanjaan ni, setiap pasangan yang bakal menimang cahaya mata perlu bersiap sedia untuk merombak atau merancang perbelanjaan berikutan kehadiran ahli baru dalam keluarga. Bagi yang sudah bersedia dari awal, mungkin tak menjadi masalah.


Perlu kita ingat sekurang kurangnya seawal dari pasangan kita tu disahkan hamil. Bermula dari situ boleh la nak menabung sikit sikit dan mengumpul beberapa keperluan yang bakal diperlukan.

Keperluan untuk pasangan tu boleh la disediakan terlebih dahulu. Bincang bersama dulu nak beli pakaian semasa mengandung tu camne, keperluan selepas bersalin camne. Kemudian jangan lupa, tempat nak bersalin tu pun bincangkan bersama jugak.

Tu tak termasuk lagi pemakanan tambahan untuk pasangan kita yang hamil tu. Ubat-ubatan mungkin boleh diperolehi dari klinik kerajaan secara percuma, tapi pemakanan tambahan seperti susu dan sebagainya tu kena la keluarkan belanja sendiri.

Jadi untuk menyediakan mental dalam menghadapi kehadiran ahli baru dalam keluarga ni, kena la beringat dari awal. Berkahwin memang seronok, tapi jangan lupa tanggungjawab dan amanah yang dipikul tu. Bila fikirkan yang seronok tu je sampai tanggungjawab entah ke mana, tu sebab mungkin fail penceraian kat mahkamah syariah tu semakin menebal.

InsyaAllah lain kali kita kongsikan pulak saat bila hadirnya ahli baru dalam keluarga. Ingat tu, persediaan awal memudahkan masa akan datang.




09 July 2012

Keibubapaan - Rutin berubah

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua berada dalam keberkatan dan mendapat rahmat dari Allah.

Lagi perkongsian tentang keibubapaan. Menimang cahaya mata semestinya satu perkara yang menggembirakan bagi setiap pasangan yang berkahwin. Lebih lebih lagi bagi pasangan yang kemungkinan terpaksa menunggu agak lama sebelum diberikan rezeki oleh Allah.

Perlu kita sedar, sepanjang kehidupan kita ni 'alam' tersingkat yang kita lalui adalah 'alam berdua' selepas diijab kabulkan tu. Ada yang tak sampai setahun melalui alam berdua ni, sudah perlu pulak memasuki alam keibubapaan. 

Ada jugak yang diuji Allah untuk menikmati alam berdua ni sedikit lama. Andai diuji sebegitu, bersabarlah dengan ujian yang Allah kurniakan. Andai kita selidiki sejarah nabi nabi terdahulu pun, mereka juga diuji sedemikian rupa. 

Berbalik pada fasa alam keibubapaan ni, seharusnya setiap pasangan mesti sudah membuat persediaan awal dari segi mental dan fizikal kerana rezeki yang Allah nak kurniakan tu bukan boleh kita rancangkan. 


Kalau ketika berada di alam berdua tu masih lagi boleh nak mengamalkan sikit sikit kehidupan zaman bujang dulu dulu tu macam bangun tidur lambat ketika hari cuti, berlibur dengan rakan rakan tak tentu masa atau menghadap permainan video sepanjang hari.

Bila dah masuk je alam keibubapaan ni, harus kita sedar bahawa rutin kehidupan kita pun akan berubah sama. Ada yang berubah secara otomatik dan ada yang perlu kita sendiri merubahnya apabila sudah bergelar ibu bapa ni.

Waktu rehat siang dan malam mungkin sedikit 'terganggu' dengan kehadiran cahaya mata ni terutamanya dalam jangka masa tiga bulan pertama selepas kelahiran. 

Mak atau mak mertua kita tu mungkin hanya dapat nak membantu sepanjang tempoh isteri berpantang tu je, jadi kena la bersiap sedia untuk menghadapinya sendiri bila dah ditinggalkan mak atau mak mertua tu untuk diuruskan.


Tekanan mental bila tidur malam terganggu dek anak kecil meragam pastinya berlaku. Waktu ni la dapat kita ukur tahap keseimbangan perkongsian segala permasalahan dalam rumahtangga bersama pasangan. 

Aku sendiri akui kadang kadang tu memang tertekan rasanya bila anak meragam tengah malam dan kita yang kepenatan berkerja di waktu siangnya pula terpaksa melayan tangisan anak tu. 

Tapi perlu kita ingat, sepanjang kita keluar berkerja tu hanya isteri kita yang melayan semua karenah dan ragam anak kecil kita tu. Jadi bila isteri nak sedikit rehat bila kita berada di rumah, bertolak ansur la sikit. 

Bila waktu cuti pulak, belum tentu lagi dapat nak bermalas malasan di atas katil di hujung minggu. Kebiasaan anak kecil ni akan bangun awal dari kita. Samada lampinnya sudah penuh atau minta dimandikan.

Pendek kata, melangkah je ke alam keibubapaan ni serta merta setiap rutin kehidupan kita akan berubah. Amanah dan tanggungjawab tu sudah semestinya la semakin bertambah. Cuma apa yang penting, kerjasama dari kedua dua pasangan sangat diperlukan bagi melaksanakan setiap tugasan dengan cemerlang.

Kalau waktu berdua bersama pasangan begitu seronok dan gembira 'membuat' anak, takkan la bila waktu nak jaga anak tu hilang pulak istilah 'berdua' 'bersama' 'seronok' dan 'gembira' tu ye tak ? 

Dan pastinya dengan kehadiran anak kecil dalam kehidupan berumahtangga kita tu, suami kena la bersabar banyak banyak. Bila waktu alam berdua tu boleh bila bila masa nak bergurau bermanja dengan isteri, alam keibubapaan ni mungkin sedikit mencabar.

Ingat tu, mental perlu bersedia dengan ilmu ilmu keibubapaan. Fizikal pun kena sedia jugak dengan rutin yang akan berubah. Bahagia atau sebaliknya rumahtangga yang kita bina tu semuanya bergantung pada bagaimana cara kita menjalaninya. 






02 July 2012

Sebalik kisah indah

Assalamualaikum, salam selahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. 

Selalu kalau kita baca tentang pengalaman menceritakan pasal anak anak semuanya mesti yang indah indah belaka. Anak comel la, pandai senyum la, kacak la, pandai tidur sendiri la dan macam macam lagi hingga membuatkan orang yang membaca kisah kisah indah pasal anak anak kecik ni rasa macam tak sabar sabar nak beranak dan ada anak sendiri.


Tapi sebaliknya ramai yang tak tau kot, terutamanya bagi pasangan yang baru nak bergelar ayah dan ibu ni. Debaran menantikan bakal cahaya mata tu dah semestinya pengalaman yang susah nak digambarkan. Bayangan apabila anak pertama lahir lak tak semestinya sama indah dengan apa yang difikirkan.

Beruntung la bagi yang dibantu oleh mak atau mak mertua tu. Tapi tak seronok jugak bila terlalu mengharapkan mak atau mak mertua dalam hal menguruskan keluarga sendiri. Sudah la waktu kecik kecik dah peningkan mak kita sendiri nak menjaga kita, dah besar pun masih lagi nak bergantung pada mak. 

Apa pun tu terpulang pada masing masing la ye tak ? Apa yang aku nak kongsikan kat sini antara perkara perkara yang disebalik kisah indah tentang anak anak kecil ni.

Pertama sekali yang perlu kita ingat, bayi yang baru lahir ni macam agar agar jeli. Lembut, bergoyang goyang dan mudah cedera. Comel tu dah tentu la. Seronok konon bila tengok bayi tu menangis. Jangan lupa pulak, menangis tu salah satu cara bayi tu nak berkomunikasi dengan kita.


Dia mengantuk, dia menangis. Dia lapar, dia menangis. Dia tak selesa, dia menangis. Dia sakit, dia menangis. Dia sunyi, dia menangis. Dia bosan, dia menangis. 

Bukan sehari je kita akan dengar tangisan yang kekadang sukar untuk difahami ni, tapi kemungkinan hingga mencecah dua tahun lamanya. Awal pengalaman bergelar ayah dan ibu tu, rasakan je la ketegangan, kekusutan dan kesengalan minda dan perasaan akibat tangisan yang kadang kadang seakan tak terkawal tu. Masa tu baru kau tau kenapa pengasuh budak budak tu hilang akal 'membuli' anak anak kecil bawah jagaan diorang tu.

Bagi yang dijaga oleh mak atau mak mertua tu mungkin tak terasa sangat la sebab mesti mak atau mak mertua kita tu akan mengambil alih masalah bayi kita yang meragam tu sebab kita memang tak boleh diharap. Cuma pandai buat anak saja tapi jaga anak tidak pandai (malas nak berdikari mungkin).


Dan jangan pulak kita hairan bila bayi yang baru lahir ni suka tidur. Tidur dengan wajah yang comel walaupun dengan tangan keduanya terangkat ke atas dan kaki yang terkangkang (kalau tak dibedung la) masih juga kelihatan comel. Tapi jika kita yang dewasa tidur dengan aksi bayi tu, rasanya pasti akan dibaling dengan lesung batu oleh mak atau mak mertua kita nanti.

Banyakkan bersyukur jika bayi kita tu kuat tidur. Tapi jangan biarkan tidur je sepanjang masa nanti kot jadi pemalas pulak budak tu. Kaji dan perhatikan rutin harian bayi kita tu. Apa kebiasaan dia. Jangan paksa diorang tidur kalau diorang tak nak tidur. 

Adakala bayi ni nak 'bermain' dengan kita. Ada kala diorang nak 'membuli' kita. Ada kala pulak diorang nak perhatian lebih sikit dari kita. Jadi pastikan mental dan fizikal kita sentiasa berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi segala kemungkinan.

Dah rasa takut nak beranak dan ada anak ? Jangan la camtu pulak. Ni baru sikit kisah sebalik cerita indah tentang bayi dan anak kecil. Ada banyak lagi yang perlu kita tau dan kongsikan ni. Kalau nak tau, insyaAllah akan aku kongsikan lain hari. Kalau nak bongkar semua sekali nanti takut ada yang terus tak jadi nak nikah pulak. 




23 June 2012

Santai - Cemburu seorang isteri

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah. 

Sejak kebelakangan ni terasa sedikit kekurangan masa untuk melayari internet. Sibuk jugak nak melayan karenah dua orang anak ni. Itu pun nasib baik juga la yang bongsu tu baru berusia sebulan lebih. Tapi bila tiba masa dia nak meragam tu memang rasa macam nak nangis dibuatnya.


Terkadang tu bila memandang ke wajah anak-anak terasa macam tak percaya pulak akan diri ni dah menjadi seorang ayah kepada dua orang anak. Berbeza masa sebelum ada anak tu, asyik pandang isteri je terkadang macam tak percaya jugak diri dah menjadi suami.

Semasa isteri aku disahkan hamil anak kedua dulu tu sebenarnya ianya bukanlah ada dalam perancangan. Tapi bukan la maksudnya kami tak mensyukuri kehadiran anak kedua ni pulak, cuma kadang-kadang terfikir macam tak puas lagi nak memanjakan anak sulung tu tiba-tiba dah ada anak kedua pulak.

Mula-mula tu agak risau jugak takut-takut bila lahir anak kedua ni, anak sulung akan menjadi cemburu atau sebagainya. Namun alhamdulillah walaupun kemanjaan anak sulung aku ni kadang-kadang sukar nak diduga, dia dengan gembiranya menerima kehadiran adik baru dia tu.

Cuma pada beberapa keadaan berlaku perebutan kasih sayang antara anak sulung aku tu dengan adiknya terutama bila tiba masa nak tidur malam. Walaupun di waktu jaganya anak sulung aku ni lebih rapat dengan aku (mungkin sebab aku selalu manjakan dia) berbanding mama dia tapi bila tiba waktu nak tidur asyik nak melekat dengan mama dia je. 

Dan terkadang tu sewaktu aku atau isteri sedang mendodoikan adik dia tu, waktu tu jugak la dia nak mintak perhatian. Rasa serba salah juga dibuatnya bila dalam keadaan begitu. Harap-harap jangan bila dah besar nanti masing-masing begaduh pulak sudah la.

Dan bila dah semakin besar keluarga ni dengan tiga perempuan dalam kehidupan aku sehari-hari untuk merebut cinta dan kasih sayang aku memang agak mencabar juga persaingannya.


Dan sejak kehadiran anak kedua ni, kecemburuan isteri aku semakin menebal bila aku lebih banyak mencium anak dari mencium isteri. Hehehe..