Assalamualaikum, salam selahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.
Selalu kalau kita baca tentang pengalaman menceritakan pasal anak anak semuanya mesti yang indah indah belaka. Anak comel la, pandai senyum la, kacak la, pandai tidur sendiri la dan macam macam lagi hingga membuatkan orang yang membaca kisah kisah indah pasal anak anak kecik ni rasa macam tak sabar sabar nak beranak dan ada anak sendiri.
Tapi sebaliknya ramai yang tak tau kot, terutamanya bagi pasangan yang baru nak bergelar ayah dan ibu ni. Debaran menantikan bakal cahaya mata tu dah semestinya pengalaman yang susah nak digambarkan. Bayangan apabila anak pertama lahir lak tak semestinya sama indah dengan apa yang difikirkan.
Beruntung la bagi yang dibantu oleh mak atau mak mertua tu. Tapi tak seronok jugak bila terlalu mengharapkan mak atau mak mertua dalam hal menguruskan keluarga sendiri. Sudah la waktu kecik kecik dah peningkan mak kita sendiri nak menjaga kita, dah besar pun masih lagi nak bergantung pada mak.
Apa pun tu terpulang pada masing masing la ye tak ? Apa yang aku nak kongsikan kat sini antara perkara perkara yang disebalik kisah indah tentang anak anak kecil ni.
Pertama sekali yang perlu kita ingat, bayi yang baru lahir ni macam agar agar jeli. Lembut, bergoyang goyang dan mudah cedera. Comel tu dah tentu la. Seronok konon bila tengok bayi tu menangis. Jangan lupa pulak, menangis tu salah satu cara bayi tu nak berkomunikasi dengan kita.
Dia mengantuk, dia menangis. Dia lapar, dia menangis. Dia tak selesa, dia menangis. Dia sakit, dia menangis. Dia sunyi, dia menangis. Dia bosan, dia menangis.
Bukan sehari je kita akan dengar tangisan yang kekadang sukar untuk difahami ni, tapi kemungkinan hingga mencecah dua tahun lamanya. Awal pengalaman bergelar ayah dan ibu tu, rasakan je la ketegangan, kekusutan dan kesengalan minda dan perasaan akibat tangisan yang kadang kadang seakan tak terkawal tu. Masa tu baru kau tau kenapa pengasuh budak budak tu hilang akal 'membuli' anak anak kecil bawah jagaan diorang tu.
Bagi yang dijaga oleh mak atau mak mertua tu mungkin tak terasa sangat la sebab mesti mak atau mak mertua kita tu akan mengambil alih masalah bayi kita yang meragam tu sebab kita memang tak boleh diharap. Cuma pandai buat anak saja tapi jaga anak tidak pandai (malas nak berdikari mungkin).
Dan jangan pulak kita hairan bila bayi yang baru lahir ni suka tidur. Tidur dengan wajah yang comel walaupun dengan tangan keduanya terangkat ke atas dan kaki yang terkangkang (kalau tak dibedung la) masih juga kelihatan comel. Tapi jika kita yang dewasa tidur dengan aksi bayi tu, rasanya pasti akan dibaling dengan lesung batu oleh mak atau mak mertua kita nanti.
Banyakkan bersyukur jika bayi kita tu kuat tidur. Tapi jangan biarkan tidur je sepanjang masa nanti kot jadi pemalas pulak budak tu. Kaji dan perhatikan rutin harian bayi kita tu. Apa kebiasaan dia. Jangan paksa diorang tidur kalau diorang tak nak tidur.
Adakala bayi ni nak 'bermain' dengan kita. Ada kala diorang nak 'membuli' kita. Ada kala pulak diorang nak perhatian lebih sikit dari kita. Jadi pastikan mental dan fizikal kita sentiasa berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi segala kemungkinan.
Dah rasa takut nak beranak dan ada anak ? Jangan la camtu pulak. Ni baru sikit kisah sebalik cerita indah tentang bayi dan anak kecil. Ada banyak lagi yang perlu kita tau dan kongsikan ni. Kalau nak tau, insyaAllah akan aku kongsikan lain hari. Kalau nak bongkar semua sekali nanti takut ada yang terus tak jadi nak nikah pulak.
sronok dgr pengalaman sis...tringin nk de baby...so kiut!
ReplyDeleteoh trima kasih... dari entry ni, saya lebih mengetahui dan akan cuba praktikan bile dah de baby nnt... InsyaAllah..
ReplyDeleteIbu bapa muda bimbang akan kandungan anak mereka dan mengharap ia adalah bayi yang sempurna.
ReplyDeletesy dna suami sllu sabar dg karenah anak...masa ni kita kene tebal sabar bila ank dah mula membesar...
ReplyDeletehehe.. pengalaman tu mmg sesuatu yg berbeza.. masa pantang mmg mak yg jaga. lau ikut mmg nak pantang sendiri, tapi mak yg insist nak jaga.. tapi anak kedua, lum smpat habis pantang, dah balik rumah sendiri.. hehe..
ReplyDeletebab anak, org kata jgn bagi dia nangis sgt, nti kena sawan nangis plak.entah.. lagi satu, pengalaman, jgn selalu sgt dukung atau ribakan dia, nnti, besar sikit pun dia nak macam tu.. susah tu.. hee
mmg tidur tak sama macam bujang atau berdua dulu.. hehe.. tapi masa kecik mmg tak byk ragam, tunggu besar sikit..
apa pun, semua tu mmg menarik utk kita igt kan...
bercakap pasal menangis.... anak jiran sebelah... asik menangis je... lagi2 bila dia tak dapat apa yg dia nak...
ReplyDeletedia akan menangis memetir-metir..yg mak & ayah ni seperti tak pandai nak marah...jarang dengar dieorang marah anak2...bila anak mengamuk..setelah gagal memujuk...dibiarkan anak tu menangis sampai dia berhenti sendiri...entah lah...
mmg bila tgok baby ni terasa mcm nk dokong anak sendiri...geram...
ReplyDeletetp betul jugak kita kena sediakn mental dan fizikal kita...hurm...
bersedia dgr tangisan dia,sakt pening dia lg...
pengalaman yg akan chii tempuhi satu hr nnt..
ReplyDeletepaling suka buat budak kecik nangih..ahahah...tp ngn chii juga la dorang rapat..:p
askm. pengalaman2 tak ternilai ni. mungkin masa anak pertama/kedua dapat bantuan dr ibu/ibu mertua sbb masa untuk belajar. kalau anak keenam pun masih harap ibu/ibu mertua memang tak baguslah
ReplyDelete