02 July 2012

Juara UEFA-EURO 2012 milik lelaki kacak - Sepanyol

Hari ni bukan wordless wednesday bukan juga wordless monday, tapi cakap banyak pun tak best jugak. Kalau tak percaya jugak, tanya je kat Vicente del Bosque ni.


Parti pembangkang Bukan penyokong Sepanyol cakap permainan pasukan Sepanyol sangat membosankan. Main macam ala ala permainan yang dimainkan oleh budak melalui PS3, takde skill individu yang boleh nak ditunjukkan sangat.

Namun pada minit ke 14 selepas sepak mula, Sepanyol berjaya membuat Itali tersesak nafas selepas Silva berjaya menjaringkan gol pertama buat pasukan Sepanyol. Sepanyol 1 - 0 Itali.

Gol pertama disumbat oleh David Silva pada minit ke 14 

Mungkin selepas David Silva berjaya menjaringkan gol pertama Sepanyol, ada beberapa penyokong Itali yang tak berapa nak tegar sudah mula bersedia untuk berpaling tadah. 


Terlalu banyak konspirasi spekulasi yang dikeluarkan sebelum sepak mula. Ada yang begitu yakin dengan permainan Sepanyol yang membosankan pasti membawa kepada permainan berlarutan hingga ke penalti setelah masa tambahan berakhir.

Gol kedua Sepanyol oleh Jordi Alba pada minit ke 41
Jessica Alba Jordi Alba nampaknya menafikan segala spekulasi yang dilontarkan kepada pasukan Sepanyol. Pada minit yang ke 41 selepas menerima hantaran cantik dari Xavi Hernandez yang mengambil sepakan percuma, Jordi Alba tidak mensia siakan peluang yang ada menewaskan Gianluigi Buffon. Sepanyol 2 - 0 Itali.

Mungkin itu masih belum cukup untuk menambah derita penyokong Itali seperti saudara hafizmohd yang bersama sama menyertai kontest anjuran denaihati - EURO 2012 Juara pilihan Lelaki Kacak, kali ni pada minit ke 84 pulak Fernando Torres menjaringkan gol ketiga Sepanyol membuatkan Itali semakin lemah tenaga batin. Sepanyol 3 - 0 Itali.

Torres menjaringkan gol ke 3 Sepanyol pada minit ke 84
Pasukan Itali nampaknya seperti semakin tertekan. Sementara tu pulak, pasukan Sepanyol semakin mempertajamkan setiap serangan ke arah Buffon. Mungkin juga jampi serapah yang ditayangkan ketika siaran buletin utama jam 8 di TV3 malam tadi menjadi.

Apakah tersalah ramuan pasta ? Dalam meniti minit minit terakhir permainan suasana di kawasan pemain Itali semakin rancak. Iker Casillas kelihatan amat tenang tanpa sebarang cabaran dari pemain Itali.

Agaknya dengan tenaga yang masih banyak kerana baru dimasukkan setelah memanaskan bangku pemain simpanan, gandingan Torres dan Juan Mata membuatkan pasukan dan penyokong Itali semakin hampa.

Juan Mata menjaringkan gol ke-4 Sepanyol pada minit ke 88
Hasil umpanan Torres terhadap Buffon yang menyebabkan penjaga gol Itali tu keluar dari kawasan larangan jagaannya memudahkan Torres menolak bola kepada Juan Mata untuk menyempurnakan gol ke empat Sepanyol pada minit ke 88 sekaligus melenyapkan harapan Itali untuk menjadi juara EURO 2012. Sepanyol 4 - 0 Itali.

Dengan itu berakhirlah sudah episod berjaga malam untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan tahun ni. Mudah mudahan kesanggupan kita bersengkang mata demi EURO 2012 ni tak kita sia siakan di bulan Ramadhan nanti. 



14 comments:

  1. assalamualaikum pipoq...tahniah buat sepanyol sbb berjaya ...:)

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat Sepanyol...Akak sokong Itali...sedihnya..

    ReplyDelete
  3. Biarlah permainan bosan dan tidak cantik yang penting dapat menjaringkan gol serta menang ke atas pihak lawan.

    ReplyDelete
  4. tuan dah betulkan mmg tertdo tuan...alahai,,, mitk kopi en suami buatkan plk blh?

    thnks bro

    ReplyDelete
  5. sy dpt tgok awal pastu tdo sambungtgh jaln..harr...suami tak sampi hati dera org umhnyer... letih bro sb hujung mggu main ping pong...

    ReplyDelete
  6. Senyum, er tolong senyum jangan nampak gigi heheeh

    ReplyDelete
  7. bagus lah semuanya dah berakhir...sy tak payah pening kepala ngadap kerenah budak2 kt tempat keje saya ni... :)

    tahniah tuk Sepanyol...huhu...siapa nama pemain Italy yg jaringkan gol masa berlaan dgn german hari tu..? dia dah hilang power eh...huhuhu..... :)

    ReplyDelete
  8. hehe.. dapat tshirt.. betul jugak tekaan saya, wpun bukan peminat spain.. hehee

    ReplyDelete
  9. Nasib baik sebut jugak nama aku kat sini...hahahaha

    Memang terbukti Spain satu2nya pasukan yg mampu bermain dgn gerakan2 sebegitu dan aku terpaksa jugak telan pahitnya melepaskan sehelai t-shirt denaihati kepada isteri aku dan penyokong2 spain yg lain....hooohhoooo

    ReplyDelete
  10. tahniah untuk sepanyol dan sekali lagi untuk bro juga.

    ReplyDelete
  11. Itulah bola..kita yang menyokong ni kadang² kalau tersilap jadi lagha pulak..hehe

    ReplyDelete
  12. yg gol mmg kacak ...papa pi kacak gak sb heee

    ReplyDelete
  13. lalalala...xleh nk kata apa2..mmg spain layak jadi juara..ehehe...tahniah buat spain n pipoq

    ReplyDelete