Assalamualaikum dan salam sejahtera semua makhluk bumi. Kembali bersiaran setelah terlepas semalam. Maaf ye sebab semalam adalah hari yang kosong. Dari bangun subuh, lepas solat aku bermalas-malasan berguling tanpa arah sambil memikirkan aktiviti yang nak dijalankan dihujung minggu.
Rutin kehidupan aku biasanya bila di hari Sabtu dan Ahad ada la kerja-kerja sambilan. Tapi bila tak de kerja tu, memang terpinga-pinga jugak la kehidupan. Kalau ada modal, biasanya aku akan bawak anak-anak aku terjah sana sini.
Hari Isnin sampai Jumaat pulak memang biasanya jadual kehidupan aku agak padat. Bermula dari bangun tidur dan bersiap-siap untuk solat subuh, dalam masa yang sama aku akan kejut anak-anak aku untuk bersiap ke sekolah.
![]() |
| (Gambar curi dari Google) |
Selesai diorang solat subuh, mula la misi menghantar pelajar-pelajar sekolah. Nombor tiga dan empat dulu biasanya dan diikuti oleh nombor lima. Lepas tu aku akan pulang kembali ke rumah atau singgah sebentar untuk membeli bahan mentah untuk dimasak.
Sampai kat rumah, aku akan mula mengadap skrin komputer. Buat kerja-kerja sekolah apa yang patut. Jam 10.30 aku akan keluar pulak ambik nombor lima balik sogame.
Lepas tu aku akan memasak. Ya, memasak untuk makan tengahari. Sambil-sambil tu kalau ada pakaian yang perlu dijemur, aku akan selesaikan. Multitasking betul kan aku ni.
Jam 12.30 pulak, aku akan keluar hantar nombor dua dan nombor lima ke sekolah. Biasanya aku hantar nombor lima dulu lepas tu baru nombor dua. Selesai hantar yang tu, aku gi ambik pulak nombor tiga dengan nombor empat balik rumah.
Biasanya dalam jam 1.45 gitu dah sampai rumah. Aku akan paksa diorang cepat-cepat makan, cepat-cepat mandi dan bersiap, dalam jam 2.15 petang baru la kitorang akan ke sogame. Senang sikit sebab satu tempat je.
Abis aku mengajar dalam jam 6.00 petang, waktu ni la baru nak kena kutip semua anak-anak aku. Disebabkan nombor tiga ngan nombor empat tu satu tempat je kat sekolah aku, jadinya aku akan ambik yang nombor lima dulu.
Lepas ambik yang nombor lima, baru kitorang akan gi ambik nombor dua dan terus balik rumah. Selalunya dalam jam 7 malam baru sampai rumah. Bila dah sampai rumah, anak-anak aku ni akan jadi ikan piranha. Macam orang yang tak makan lima bulan.
Waktu tu jugak la aku akan membebel-bebel suruh diorang ni cepat-cepat gi mandi dan solat maghrib. Lepas solat isya, mata pun dah berat. Kalau anak-anak aku takde kerja sekolah yang perlu disiapkan, layan la sekejap tengok-tengok TV ngan diorang tu.
Gitu la lebih kurangnya rutin harian aku. Korang pulak camne ?









