06 October 2024

Refarm Kampar

  Tiada Komen    

Ini kisah semalam. Kebetulan ada masa sikit cuti hujung minggu. Awal pagi cuma menyediakan beberapa set lauk pengantin. Dan kebetulan juga adik aku sekeluarga dari Johor ada balik ke kampung. Dan kebetulan lagi cuaca pun kelihatan baik, jadinya kami merancang untuk berlibur di refarm Kampar.

Macam biasa, mengiringi aku mestilah ahli-ahli perairan. Baru seminggu memulihkan kulit yang legam dari aktiviti perkhemahan cuti sekolah yang lepas, kami ni ahli-ahli perairan tekad untuk melegamkan kembali kulit masing-masing.

Refarm Kampar ni antara tempat berlibur pilihan ahli-ahli perairan aku tu. Dari awal pembukaan sampai la sekarang ni, tak jemu-jemu diorang tu mengulang berendam kat sana.

Dari tiket masuk RM10 seorang, sampai sekarang ni dah naik sampai RM16 seorang, pun diorang masih lagi teruja sangat kalau bagitau nak pergi ke refarm Kampar.

Ahli selam sedang mengukur tahap kedalaman air kolam

Berbanding dari dulu, sekarang ni dah banyak kemudahan yang dinaik taraf kat refarm tu. Ada basikal yang boleh disewa kalau nak buat pertandingan rempit keliling kawasan (ok ni aku saja cakap). Ada bot kayuh kalau nak senamankan peha yang gemuk. Ada beberapa haiwan terkurung yang boleh diziarah. Ada banyak chalet-chalet yang boleh disewa untuk bermalam disana. Yang penting bayar je.

Sekarang ni kalau nak buat majlis kahwin pun boleh kat sana. Jadinya kalau ada Jemputan kahwin dari kawan-kawan atau sanak saudara korang yang buat majlis kat sana, pastikan bawak baju berenang sekali la. Lepas kenyang makan nasik kenduri, boleh terus terjun kolam.

Kalau datang hari minggu, lambat sikit agak susah nak dapatkan parkir kenderaan tambah-tambah lagi kalau ada orang buat majlis kahwin kat situ. Pandai-pandai la parkir kat mana-mana yang selamat, lepas tu menapak je la masuk refarm tu.

Nak bawa keluarga bersantai berlibur, tempat ni aku rekemen la. Kemudahan InsyaAllah semua ada. Nak buat hari keluarga ke, program sekolah ke, kahwin lagi ke, semua boleh buat kat sana je la. Cuma aku tak pasti la kalau buat kahwin kat sana ada dapat pakej berbulan madu ke tak yang tu korang tanya je la sendiri.

Kalau nak tau lokasi atau nombor telefon refarm tu, korang google je la sendiri. Posting aku ni bukan ditaja pun, cuma nak kongsi sikit-sikit je jadinya pepandai korang la nak cari camne. 

0 comments:

Post a Comment