30 June 2012

어깨동무 / Eoggaedongmu / Who's got the tape

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah.

Alhamdulillah hari ni keadaan cuaca di Ipoh kelihatan redup je. Kemungkinan hujan tu tak pasti jugak sebab takde nampak awan hitam di kaki langit cuma sinaran mataharinya tak berbayang.

Lama jugak tak buat ulasan filem pilihan. Disebabkan sekarang ni dah ada pulak ahli baru dalam keluarga ni yang tak mungkin dapat nak duduk diam bila dibawa masuk ke dalam panggung wayang, layan aje la filem filem yang ada dalam YouTube tu.


Apa yang akan berlaku jika samseng berpura pura menjadi polis. Bukan setakat polis biasa, malah sebagai pasukan khas yang kononnya menyamar bagi mendapatkan bukti jenayah yang dilakukan oleh seorang ketua penjenayah ?

Filem dari negara Korea Selatan masih lagi menjadi pilihan utama bagi tontonan di YouTube. 어깨동무 / Eoggaedongmu / Who's got the tape, begitulah judul filem yang aku dan isteri tonton baru baru ni. 

Filem arahan Jo Jin-Gyu yang diterbitkan pada tahun 2004 membariskan para pelakon seperti Yoo Dong-Geun, Seong-Jin Lee, Lee Mun-Shik, Jo Mi-Lyeong, Kim Mu-Saeng, Kim Ah-Joong, Cha Tae-Hyun, Baek Seung-Hyeon, Choi Ryung, Kim Ku-Taek, Kim Kyeong-Ryong dan Park Yong-Jin.

Bagi peminat peminat filem komedi, pastinya anda tidak akan kering gusi melayan filem yang aku maksudkan ni. Beberapa aksi lawak spontan tentunya membuatkan anda sakit perut menahan ketawa. 

Namun terdapat beberapa adegan pendek yang tak sesuai untuk ditonton oleh kanak kanak. Bimbingan dari ibu bapa dan penjaga amat diperlukan apabila menonton filem ni.

Secara keseluruhannya, aku bagi 9/10 bintang untuk filem Who's got the tape ni. Bagi yang sedang berduka tu, filem ni pastinya akan membuatkan anda ceria ketawa.













5 comments:

  1. Best ke cerita nie...blehlah layan nanti..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum pipoq...yer la kelakar yer cite nyer ke...:)

    ReplyDelete
  3. wah..ada pakar cerita korea kat sini rupanya..hehe

    ReplyDelete
  4. tak pernah layan citer ni.. tapi filem krea yg klakar kdg2 mmg de part tak sesuai utk kanak2..

    pernah tgk romantic warrior, mmg klakar..

    ReplyDelete
  5. mcm menarik je...nnt ada masa..nak donlod la...
    wat masa ni..yg slalu chii layan...200 punds beauty,my little bride..berkali2 tgk pun..x bosan

    ReplyDelete