Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah serta diberikan petunjuk dan hidayah untuk kita menyusuri perjalanan hidup di dunia yang sementara ni.
Sekali sekala melayari laman laman berunsur politik dikala ramai orang sibuk memperkatakan bilakah tarikh PRU-13 bakal diadakan dan dalam kehangatan dunia bolasepak EURO 2012 di mana pasukan Itali berjaya menyingkirkan pasukan Jerman untuk bertemu Sepanyol bagi penentuan juara.
Aku sebenarnya tak berapa berminat untuk berbicara tentang politik. Cukup la dengan laman laman berunsur politik yang sekarang ni rancak bidas membidas antara satu sama lain mengalahkan sidang parlimen negara.
Ada yang mempertikaikan keadilan dan ketelusan kepimpinan negara. Ada yang mempertahankan kesediaadaan. Masing masing dengan sokongan tersendiri.
Namun jangan kita lupa. Dalam kita menilai keadilan dan ketelusan orang lain, sudahkah kita melihat ke dalam diri kita sendiri ? Adakah kita sendiri cukup adil dan telus dalam 'mentadbir negara' ?
Andainya kita sebagai penjawat awam, pernahkah kita menipu dalam tuntutan perjalanan ? Adakah kita taat mematuhi jam waktu berkerja ? Atau kita saban hari mencuri waktu dengan terlebih rehat dari berkerja.
Tak termasuk lagi dengan memberikan alasan cuti sakit hingga sanggup membeli surat cuti sakit dari doktor sedangkan dianya berseronok bercuti ke sana sini.
Memang tak salah bagi kita sebagai rakyat biasa untuk kita siapa yang lebih layak untuk duduk di kerusi kepimpinan. Namun dalam bab mempertikaikan keadilan dan ketelusan tu, tanyalah pada diri sendiri terlebih dahulu. Kalau diri kita sendiri tak berapa nak adil dan telus, apa mungkin Allah akan mendengar doa kita ?
Terbaik!
ReplyDeleteBab kata orang, kita tunjuk satu jari, 4 lagi jari ke arah kita.
Muhasabah diri. Terima kasih utk entri ni =)
jiran depan rumah kak ati ni polis
ReplyDeletepangkat besar...hubby cuba tanya bila
pilihan raya..katanya nx yr maybe tahun
ni tak sempat :)
postingan yang bagus tentang Kehidupan - Teluskah kita ?
ReplyDeletedah letih la bro tgk politik malaysia
ReplyDeleteKita juga perlu berlaku adil pada diri sendiri.
ReplyDeleteassalamualaikum pipoq...adil itu yg penting nyer...:)
ReplyDeletekalau sudi undi header mama yer...
http://maszull.blogspot.com/2012/06/segmen-dari-jiakreatifelt-header-dulu_27.html
org adil xkan mengaku dirinya adil..dan tak ramai mampu bertindak adil...
ReplyDeletepolitik di sini da semakin mengarut..masing2 dok menuding jari..