Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

29 June 2012

Kehidupan - Teluskah kita ?


Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah serta diberikan petunjuk dan hidayah untuk kita menyusuri perjalanan hidup di dunia yang sementara ni.


Sekali sekala melayari laman laman berunsur politik dikala ramai orang sibuk memperkatakan bilakah tarikh PRU-13 bakal diadakan dan dalam kehangatan dunia bolasepak EURO 2012 di mana pasukan Itali berjaya menyingkirkan pasukan Jerman untuk bertemu Sepanyol bagi penentuan juara.




Aku sebenarnya tak berapa berminat untuk berbicara tentang politik. Cukup la dengan laman laman berunsur politik yang sekarang ni rancak bidas membidas antara satu sama lain mengalahkan sidang parlimen negara. 


Ada yang mempertikaikan keadilan dan ketelusan kepimpinan negara. Ada yang mempertahankan kesediaadaan. Masing masing dengan sokongan tersendiri.


Namun jangan kita lupa. Dalam kita menilai keadilan dan ketelusan orang lain, sudahkah kita melihat ke dalam diri kita sendiri ? Adakah kita sendiri cukup adil dan telus dalam 'mentadbir negara' ?


Andainya kita sebagai penjawat awam, pernahkah kita menipu dalam tuntutan perjalanan ? Adakah kita taat mematuhi jam waktu berkerja ? Atau kita saban hari mencuri waktu dengan terlebih rehat dari berkerja. 


Tak termasuk lagi dengan memberikan alasan cuti sakit hingga sanggup membeli surat cuti sakit dari doktor sedangkan dianya berseronok bercuti ke sana sini. 


Memang tak salah bagi kita sebagai rakyat biasa untuk kita siapa yang lebih layak untuk duduk di kerusi kepimpinan. Namun dalam bab mempertikaikan keadilan dan ketelusan tu, tanyalah pada diri sendiri terlebih dahulu. Kalau diri kita sendiri tak berapa nak adil dan telus, apa mungkin Allah akan mendengar doa kita ?





25 June 2012

Kehidupan - Berani atau takut, biarlah bertempat

  14 Komen    
label: ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan-rakan yang yang dihormati mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam keberkatan dan rahmat Allah.

Kalau sebelum ni kita disajikan dengan lambakan filem-filem atau drama berunsur seram dengan banyaknya, sekarang ni nampaknya tarikan menakutkan tu dah semakin berkurangan. Menunjukkan masyarakat kita semakin berani.

Keberanian yang tertanam tu terbawa-bawa hingga ke alam realiti. Memang bagus bila kita jadi orang yang berani. Memang tak patut kalau nak takut kepada makhluk lain selain dari Allah. Tapi bila terlebih berani pun mendatangkan masalah juga.


Berapa banyak peraturan yang dengan beraninya dilanggar ? Berapa banyak larangan yang tidak dipatuhi ? Berapa banyak penguatkuasaan yang tidak diendahkan ?

Mungkin kerana balasan atau hukuman yang dikenakan jika melanggar setiap peraturan, larangan dan penguatkuasaan tu terlalu mudah untuk diselesaikan atau mungkin juga ianya dianggap hanya momokkan yang tiada erti.

Mudah kata, belum kena batang hidung mungkin takkan sedar diri. Walaupun dinyatakan bentuk hukuman dan sebagainya tu, selagi tak dihadapi buat apa nak takut melakukan apa kesalahan sekalipun. 

Seperti kisah neraka yang disediakan bagi orang-orang yang ingkar, kisah seksaan alam kubur yang diceritakan oleh Nabi SAW, kisah-kisah balasan dan seksaan bagi kaum yang ingkar. Segalanya belum terkena batang hidung maka dianggap satu kisah dongeng yang tak perlu ditakuti.

Berani atau takut, biarlah bertempat. Allah kurniakan akal fikiran kepada kita, gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Jangan tunggu sampai sudah terkena batang hidung baru nak terfikir untuk berubah.



25 May 2012

Bukti cinta mu

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati dan marilah kita bersama sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah mudah mudahan kehidupan kita di dunia ni akan diberkati dan dirahmati Allah.

Bila berbicara tentang cinta, kasih dan sayang pastinya ramai dari kita yang lebih mengerti akan maksudnya. Anak anak pastinya cinta, kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa dan adik beradik. Ibu bapa pula semestinya cinta, kasih dan sayang kepada anak anak mereka. 


Namun bagaimanakah cara kita membuktikan cinta, kasih dan sayang kita tu kepada mereka ? Adakah cukup dengan hanya mengucapkan melalui kata kata ? 

Buat ibu dan bapa mahupun bakal ibu dan bapa terutama yang beragama Islam, jika benar kita menyintai, mengasihi dan menyayangi anak anak kita, usahlah kita abaikan penerapan nilai nilai syariat dalam kehidupan mereka. Pastikan mereka mematuhi rukun iman dan rukun islam sepanjang hayat mereka. Didik mereka dengan ajaran islam yang mengikut syariat sebenar.

Adakah kita rasa kita cukup memberikan mereka cinta, kasih dan sayang dengan hanya memastikan mereka berjaya di dunia semata mata ? Sudah semestinya kita sebagai ibu bapa akan merasa bangga jika anak anak kita mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburinya di dunia ni. Tapi jika kita mengabaikan kehidupan mereka di akhirat kelak, cukupkah cinta, kasih dan sayang yang kita berikan itu ?

Buat anak anak pula, jangan dipersoalkan kenapa ibu dan ayah menyuruh mendirikan solat atau mengerjakan ibadah puasa ketika umur baru meningkat 7 tahun dan belum mencapai baligh. Walaupun di sekolah diajarkan antara syarat wajib ibadah tu adalah mencapai usia baligh. Sememangnya andai tidak dilakukan tidak menjadi kesalahan bagi kita namun tidakkah kita mahu Allah memberikan 'bonus' untuk ibu dan ayah kita atas usaha kita mematuhi perintah dan suruhan Allah tu ?


Dan apabila semakin meningkat dewasa dan berlumba lumba mengejar kehidupan dunia, janganlah kita lupa untuk mengasihi kedua ibu bapa kita. Bukanlah kiriman wang setiap bulan mahupun limpahan harta boleh dijadikan bukti cinta, kasih dan sayang kita kepada mereka. Itu semua hanyalah habuan di dunia yang tidak bekekalan sifatnya.

Tiada cinta, kasih dan sayang yang lebih berharga untuk kita berikan kepada kedua ibu bapa kita selain mengharapkan cinta, kasih dan sayang itu datang dari Allah yang Maha berkuasa. Doa yang tidak putus putus dari seorang anak untuk kedua ibu bapanya sebagai bekalan berpanjangan membawa ke akhirat la antara bukti sebenar betapa kita menyintai, mengasihi dan menyayangi kedua ibu bapa kita.

Namun kiranya hidup kita sendiri pun bergelumang dengan tipu daya dunia, adakah pasti ada masa untuk kita mengangkat kedua tangan merendahkan diri di hadapan-Nya memohon agar Allah memberikan ampunan dan kasih sayang-Nya buat kedua ibu bapa kita ? Jangan pula kita rasa sudah cukup kasih sayang kita berikan kepada kedua ibu bapa kita di dunia ni dan kelak di akhirat kita menuding jari menyalahkan mereka pula kerana membiarkan kita tewas dengan segala fitnah dunia.