25 June 2012

Kehidupan - Berani atau takut, biarlah bertempat

  14 Komen    
label: ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan-rakan yang yang dihormati mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam keberkatan dan rahmat Allah.

Kalau sebelum ni kita disajikan dengan lambakan filem-filem atau drama berunsur seram dengan banyaknya, sekarang ni nampaknya tarikan menakutkan tu dah semakin berkurangan. Menunjukkan masyarakat kita semakin berani.

Keberanian yang tertanam tu terbawa-bawa hingga ke alam realiti. Memang bagus bila kita jadi orang yang berani. Memang tak patut kalau nak takut kepada makhluk lain selain dari Allah. Tapi bila terlebih berani pun mendatangkan masalah juga.


Berapa banyak peraturan yang dengan beraninya dilanggar ? Berapa banyak larangan yang tidak dipatuhi ? Berapa banyak penguatkuasaan yang tidak diendahkan ?

Mungkin kerana balasan atau hukuman yang dikenakan jika melanggar setiap peraturan, larangan dan penguatkuasaan tu terlalu mudah untuk diselesaikan atau mungkin juga ianya dianggap hanya momokkan yang tiada erti.

Mudah kata, belum kena batang hidung mungkin takkan sedar diri. Walaupun dinyatakan bentuk hukuman dan sebagainya tu, selagi tak dihadapi buat apa nak takut melakukan apa kesalahan sekalipun. 

Seperti kisah neraka yang disediakan bagi orang-orang yang ingkar, kisah seksaan alam kubur yang diceritakan oleh Nabi SAW, kisah-kisah balasan dan seksaan bagi kaum yang ingkar. Segalanya belum terkena batang hidung maka dianggap satu kisah dongeng yang tak perlu ditakuti.

Berani atau takut, biarlah bertempat. Allah kurniakan akal fikiran kepada kita, gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Jangan tunggu sampai sudah terkena batang hidung baru nak terfikir untuk berubah.



14 comments:

  1. Cerita-cerita seram merosakkan minda anak kecil.

    ReplyDelete
  2. rasanya tv 3 dah makin rancak buat filem2 hantu..mmg marah sy d buatnya,anak2 klu tgok iklan hantu blh jadi takut..hata hari tu siang

    ReplyDelete
  3. buang sampah mmg merata tempat ada org buat perangai..atas jln raya pun depa sempt buang gak heee

    ReplyDelete
  4. mmg byk la skg ni, lau mak bapak budak tgk tak pe gak.. lau anak2 tgk.. mmg leh jadi penakut nanti.. so, kitorng pun tak tgk, kdg2 tu rasa tak best pun.. leh tak..

    tul la, skg ni ramai yg berani dan penakut tak bertempat. nape tah..

    ReplyDelete
  5. @suri

    tul suri.. nak2 hari khamis malam jumaat.. buatlah pengisian yg lebih bermakna kan..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum pipoq...betul tu berani kerana benar takut kerana salahkan...:)

    ReplyDelete
  7. semaikan pendidikan x formal dri umah..membentuk jiwa anak2 yg menjaga kebersihan..tanpa perlu menunggu ajaran dri skolah..insyaAllah, mereka ini akan berfikir 1000x sblm melakukan pembuangan sampah merata2
    citer seram mmg sy x layan, bukan psl takut tp x minat...nantikan 10 malam ch 106 liga ilmu-debat...bez!

    ReplyDelete
  8. cuba kalau port2 buang sampah ni diletakkn CCTV, sure comel2 je sampah tu depa buang dlm tong..
    inilah sikap diorang, selagi tak kena memang mcm ni lah nasib bumi..

    ReplyDelete
  9. @surisetuju suri..plg sakit mata kalau time drive, rileks je campak sampah dr dalam kenderaan..

    pandai..tahu pun kenderaan sendiri xnk kotor...

    ReplyDelete
  10. Hukum Allah lagikan dilanggar, inikan pula hukum yg manusia buat. Manusia sudah hilang arah..

    ReplyDelete
  11. elok depa ni kita serak letak depa kt tepi sampah hee...gerrr

    ReplyDelete
  12. Kanak2 sering d momok kan,mlm jumaat je ada hantu. Pastu plak,hr khams mlm ada cte seram. Makin percaya la bdk2.

    Kalau berani sgt pun,bhaya kan. Takut nanti mengundang bhy d masa dpn. Cthnya berani berjumpa dgn org yg br d kenali seorg diri. Urm

    ReplyDelete
  13. Org kita, realitinya camtulah sekarang. Benda salah cepat saje beraninya. Perkara betul, takut2 nak dibuat. Dunia dah terbalik!

    ReplyDelete
  14. postingan yang bagus tentang Kehidupan - Berani atau takut, biarlah bertempat

    ReplyDelete