Showing posts with label kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label kasih sayang. Show all posts

25 May 2012

Bukti cinta mu

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati dan marilah kita bersama sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah mudah mudahan kehidupan kita di dunia ni akan diberkati dan dirahmati Allah.

Bila berbicara tentang cinta, kasih dan sayang pastinya ramai dari kita yang lebih mengerti akan maksudnya. Anak anak pastinya cinta, kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa dan adik beradik. Ibu bapa pula semestinya cinta, kasih dan sayang kepada anak anak mereka. 


Namun bagaimanakah cara kita membuktikan cinta, kasih dan sayang kita tu kepada mereka ? Adakah cukup dengan hanya mengucapkan melalui kata kata ? 

Buat ibu dan bapa mahupun bakal ibu dan bapa terutama yang beragama Islam, jika benar kita menyintai, mengasihi dan menyayangi anak anak kita, usahlah kita abaikan penerapan nilai nilai syariat dalam kehidupan mereka. Pastikan mereka mematuhi rukun iman dan rukun islam sepanjang hayat mereka. Didik mereka dengan ajaran islam yang mengikut syariat sebenar.

Adakah kita rasa kita cukup memberikan mereka cinta, kasih dan sayang dengan hanya memastikan mereka berjaya di dunia semata mata ? Sudah semestinya kita sebagai ibu bapa akan merasa bangga jika anak anak kita mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburinya di dunia ni. Tapi jika kita mengabaikan kehidupan mereka di akhirat kelak, cukupkah cinta, kasih dan sayang yang kita berikan itu ?

Buat anak anak pula, jangan dipersoalkan kenapa ibu dan ayah menyuruh mendirikan solat atau mengerjakan ibadah puasa ketika umur baru meningkat 7 tahun dan belum mencapai baligh. Walaupun di sekolah diajarkan antara syarat wajib ibadah tu adalah mencapai usia baligh. Sememangnya andai tidak dilakukan tidak menjadi kesalahan bagi kita namun tidakkah kita mahu Allah memberikan 'bonus' untuk ibu dan ayah kita atas usaha kita mematuhi perintah dan suruhan Allah tu ?


Dan apabila semakin meningkat dewasa dan berlumba lumba mengejar kehidupan dunia, janganlah kita lupa untuk mengasihi kedua ibu bapa kita. Bukanlah kiriman wang setiap bulan mahupun limpahan harta boleh dijadikan bukti cinta, kasih dan sayang kita kepada mereka. Itu semua hanyalah habuan di dunia yang tidak bekekalan sifatnya.

Tiada cinta, kasih dan sayang yang lebih berharga untuk kita berikan kepada kedua ibu bapa kita selain mengharapkan cinta, kasih dan sayang itu datang dari Allah yang Maha berkuasa. Doa yang tidak putus putus dari seorang anak untuk kedua ibu bapanya sebagai bekalan berpanjangan membawa ke akhirat la antara bukti sebenar betapa kita menyintai, mengasihi dan menyayangi kedua ibu bapa kita.

Namun kiranya hidup kita sendiri pun bergelumang dengan tipu daya dunia, adakah pasti ada masa untuk kita mengangkat kedua tangan merendahkan diri di hadapan-Nya memohon agar Allah memberikan ampunan dan kasih sayang-Nya buat kedua ibu bapa kita ? Jangan pula kita rasa sudah cukup kasih sayang kita berikan kepada kedua ibu bapa kita di dunia ni dan kelak di akhirat kita menuding jari menyalahkan mereka pula kerana membiarkan kita tewas dengan segala fitnah dunia.




20 February 2012

Nafkah batin

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Sejuk je pagi ni berikutan hujan yang turun sejak awal sebelum subuh lagi membasahi bumi Ipoh dengan lebatnya.


Bagi penduduk kawasan Gugusan Manjoi yang terlibat dalam bencana banjir kilat akibat hujan yang berterusan sejak awal pagi tadi diharap tabah dan bersabar dengan ujian Allah ni. 

Apa agaknya yang bermain dalam fikiran kita bila baca tajuk entri hari ni ? Ada unsur unsur kelucahan ? Kebiasaannya camtu la ye tak ? Asalkan ada perkataan 'batin' je mesti nak terfikir ke situ ye tak ?


Nafkah batin yang aku nak perkongsikan hari ni lebih menjurus kepada hubungan antara pasangan suami isteri tapi bagi yang bakal bakal pun boleh je nak jadikan panduan akan datang.

Bila membicarakan berkenaan nafkah batin, biasanya keutamaan ni ditujukan kepada kaum lelaki yang bergelar suami la. Sebab antara kewajipan suami tu adalah memberikan nafkah zahir dan batin kepada isterinya. 


Kalau yang nafkah zahir tu insyaAllah dah faham bebenor kot. Sediakan pakaian, tempat tinggal, makanan dan belanja mengikut kemampuan untuk isteri. Tapi yang bab nafkah batin ni adapun bukan la setakat memberikan hubungan kelamin semata mata bahkan banyak lagi sebenarnya.

Kasih sayang terhadap pasangan pun dikira sebagai nafkah batin yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya. Layanan yang adil, membahagiakan isteri pun sebahagian dari nafkah batin yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri.


Namun camtu, nafkah batin yang terpenting sekali adalah pengisian rohani dari suami untuk isteri. Sebagai suami adalah wajib untuk memastikan isteri memahami segala tuntutan fardu ain seperti kepentingan bersuci, keutamaan solat, ibadah puasa dan lain lain.

Sebagai ketua keluarga, wajib bagi pihak suami untuk memastikan isteri dan anak anaknya melaksanakan segala tuntutan agama dengan betul. Dalam bab bersuci, suami kena pastikan isteri dan anak anaknya mengetahui cara menyucikan najis, mandi hadas dan berwudhu dengan sempurna.


Dalam bab ibadah pulak, suami kena pastikan isteri dan anak anaknya mematuhi setiap kewajipan. Kalau dalam perkara solat, kena pastikan bacaan dan tuntutan rukun solat tu benar benar sempurna. Begitu jugak dalam perkara perkara tuntutan syariah yang lain.

Camne pulak kalau suami sendiri pun tak cukup ilmu di dada ? InsyaAllah andai ada la suami suami yang belum cukup ilmu di dada ni, jangan malu untuk menuntut ilmu demi keluarga jagaan kita. Kalau rasa tak tau atau malu  nak ajarkan isteri tentang perkara fardu ain yang kita sendiri pun baru nak bertatih, belikan je buku rujukan agama supaya sama sama boleh merujuk andai ada perkara yang dimushkilkan.


Begitu jugak andainya ada kursus kursus atau kelas kelas agama, jangan malu untuk sama sama menyertainya. Jangan pulak menghalang andai isteri dan anak anak kita tu nak menyertai kelas pengajian seumpama tu kalau kita sendiri tak mampu nak mencukupkan ilmu kepada mereka.

Jadi jangan la fikir nafkah batin tu hanya perkara dalam selimut je. InsyaAllah andai kita mampu untuk menyediakan segala tuntutan 'batin' dalam melayari kehidupan berumahtangga mudah mudahan hubungan rumahtangga yang kita semua dirikan tu pastinya berkekalan dalam rahmat Allah.