Showing posts with label perkembangan anak anak. Show all posts
Showing posts with label perkembangan anak anak. Show all posts

08 October 2012

Melihat perkembangan anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Semakin hari semakin menghampiri hari para jemaah menunaikan rukun islam yang ke lima. Seronoknya andai kita sendiri pun berpeluang menjadi tetamu Allah untuk ke sana.

Dan dari hari ke hari jugak rasa teruja melihat perkembangan anak di depan mata. Masa anak pertama dulu tak berapa nak ternampak sebab kurang masa berada di rumah. 

Selalunya hanya isteri yang menceritakan perkembangan terbaru yang berlaku pada anak yang pertama dulu tu. Tapi sekarang ni agak banyak masa jugak berada di rumah, dapat la melihat sendiri perkembangan anak tu.


Baru mencecah usia lima bulan, macam tak terasa cepat masa berlalu. Kalau sebelum ni anak yang kedua tu hanya berguling bila dibaringkan, sekarang ni sudah pandai nak menerokai setiap ruang rumah.

Dan antara dua anak ni memang agak berbeza. Ingatkan sama dan serupa je cara keduanya, rupanya banyak jugak perbezaannya. 

Kalau nak ditandingkan BMI antara kakaknya dan adiknya ni memang ada perbezaannya. Kakaknya walaupun sangat kuat menyusu tapi kadar peningkatan BMI dia tu sedikit perlahan. 


Adiknya pulak tak banyak menyusu macam kakaknya tapi badannya agak gebu dan matanya pantang melihat orang lain makan, macam tak sabar sabar nak menjamah makanan je.

Apa pun yang terpenting bagi setiap ibu bapa, pastinya kesihatan dan kesejahteraan anak anak tu yang lebih utama. Waima anak demam pun pastinya membuatkan hati ibu dan bapa sangat terseksa.



10 April 2012

Tiga bulan pertama

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Orang kata cabaran membesarkan anak ni berbeza beza. Aku tak pasti la sangat penyataan tu sebab anak pun baru sorang dan bakal menerima sorang lagi dalam masa terdekat ni insyaAllah. Cuma yang aku pasti, untuk membesarkan anak ni memang mencabar.


Surah Al Isra', ayat 31


Kalau nak membicarakan bab perbelanjaan bila dah ada anak tu sebenarnya sebagai umat Islam yang beriman kita tak perlu risau sebab sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi setiap makhluk Nya rezeki masing masing. Tak perlu la berasa khuatir dan bimbang sampai terniat nak 'membuang' anak yang dikandungkan tu. InsyaAllah setiap anak yang dilahirkan tu pastinya ada rezekinya masing masing.


Tiga bulan pertama selepas kelahiran anak sulung mungkin agak kekok bagi pasangan yang pertama kali menimang cahaya mata sebab belum berpengalaman. Bagi yang mendapat bantuan dari ibu bapa tu mungkin agak mudah la sebab dah pasti sebarang kekekokan tu dapat diatasi oleh ibu bapa kita yang lebih berpengalaman.


Waktu tiga bulan pertama ni la antara suami dan isteri yang baru menimang cahaya mata ni kena saling bantu membantu. Maklum saja la bagi si isteri masih lagi berada dalam masa berpantang. Tubuh badan pun masih belum kuat sepenuhnya namun tetap juga perlu menjaga anak yang baru lahir tu. Jadi bagi si suami pulak, jangan mengharapkan isteri untuk menyediakan segalanya.




Walaupun penat setelah pulang dari kerja, ringan ringankan la badan untuk turut membantu isteri tu. Sediakan makan malam ke, kemas kemas rumah sikit ke, mandikan anak tu ke dan macam macam la lagi yang boleh nak dibuat. Dan kalau anak menangis tengah malam pun, jangan merungut banyak atau marah marah pegi lari tidur kat bilik lain pulak. Apa salahnya bangun sebentar tengokkan anak yang menangis tu. Bukan anak orang lain pun yang banyak meragam tu ye tak ?


Selain tu jugak, dalam tiga bulan pertama ni aspek kesihatan ibu dan anak tu perlu diambil berat jugak. Bagi bayi bayi baru lahir ni masalah yang biasa dialami tu tak lain tak bukan jaundice atau kuning tu la. Tu sebab kena diperiksa selalu masa dua minggu pertama kelahiran tu. Ibu yang melahirkan pun sama jugak. Tahap kesihatan selepas melahirkan anak pun kena dipantau selalu.


Dan seboleh bolehnya dari awal kelahiran anak tu, berikanlah makanan yang terbaik untuknya. Tak perlu keluarkan belanja yang tinggi pun. Susu ibu dia sendiri jugak yang paling terbaik sepanjang tumbesarannya. Takde yang lebih baik dari apa yang telah Allah ciptakan untuk setiap makhluk Nya. Tak payah takut nanti kendur ke ape ke. Dah memang hak anak kita tu kenapa perlu ditahan tahan pulak ? 




Banyak kelebihan yang diperolehi melalui amalan menyusu badan ni. Jimat duit tu dah tentu. Badan cepat slim pun insyaAllah. Anak yang menyusu pun mudah hadam susu ibunya. Kenser payudara ? InsyaAllah terhindar. Begitu jugak dengan kanser ovari, kurang risikonya bila menyusu badan ni. Susu ibu ni jugak ada imunisasi untuk anak yang menyusu tu. Melalui pengalaman anak sendiri yang hanya menyusu badan dengan mama dia, alhamdulillah tak pernah bermasalah demam yang teruk, jaundice atau sebagainya tu. 


Tu baru tiga bulan pertama. Selalunya tak terasa pun tiga bulan tu berlalu. Cuma dalam masa tiga bulan pertama ni buat pasangan suami isteri yang baru menimang cahaya mata tu, tak kira la yang ke berapa pun cahaya matanya tu kalau boleh bantu membantu la sesama sendiri. Jangan hanya buat anak je seronok tapi nak jaga anak rasa tak seronok. 


InsyaAllah nanti kita kongsi pulak pengalaman selepas tiga bulan tu. Kalau ada rakan rakan yang berminat nak berkongsi pengalaman jugak, jangan lupa tinggalkan di ruangan komen. InsyaAllah boleh la dihighlightkan untuk dikongsikan bersama dalam entri akan datang. 





09 February 2012

Kongsi

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Sehari dua ni cuaca di Ipoh agak panas terik. Walaupun kadang kadang bila menjelang petang ternampak awan mendung tapi tak turun jugak hujannya.


Hari ni agak lewat sikit nak update entri sebab dari pagi tadi menguruskan beberapa urusan penting di bandar. Balik ke rumah pulak dah sibuk melayan anak yang tak reti reti nak duduk diam. 


Bukan la tak seronok melayan anak sendiri ni tapi kadang kadang tu penat jugak. Kalau anak orang lain tu aku tak tau la camne, tapi cam anak aku ni dah macam berjuta juta lemon tenaga nak main dia tu. Sebab tu kot badan tak naik naik walaupun makan banyak.


Bila waktu anak aku demam aritu memang terasa sunyi sepi je rumah sebab memang dia sorang je yang memeriahkan rumah ni. Kang kalau papa ngan mama dia yang meriah meriah nanti takut jiran jiran terfikir serong pulak. Hehehe..Bila dah sihat segar bugar ni 85% dalam fikiran anak aku ni nak main je.


Penat jugak nak melayan. Bukan nak melayan je, lepas tu penat pulak nak mengemas rumah yang bersepah dengan segala permainan dia tu. Tapi kalau budak budak yang baru nak membesar ni mane boleh nak dihalang ye tak ? Sebab dengan bermain tu pun adalah salah satu cara otak diorang nak berkembang. 


Cuma kadang kadang aku macam tak pasti pulak samada cara aku ni betul ke tak bila aku jarang jarang nak melarang anak aku ni dari melakukan apa yang dia nak. Kebanyakannya aku sokong je kalau dia nak buat sesuatu tu sendiri macam nak bancuh air sendiri, nak mandi sendiri, gosok gigi sendiri dan beberapa kerja kerja rumah ringan yang dia menyebok nak tolong buat sendiri.

Ni baru sorang yang berusia 3 tahun. InsyaAllah akan datang bertambah lagi seorang. Selalu jugak aku bergurau dengan isteri, tak dapat nak membayangkan kalau dah ada dua orang bergabung memeriahkan rumah ni. Apa yang pasti, keseronokan yang mencabar la kot.


Kalau ada rakan rakan pengunjung yang berpengalaman dalam melayan karenah anak anak ni nak berkongsi pengalaman boleh la berkongsi di ruangan komen. Seronok jugak kadang kadang tu bila melawat blog rakan rakan yang lain yang ada berkongsi tentang kehidupan dengan anak anak masing masing.

Bagi yang bakal bakal tu pulak, jangan rasa susah hati tau nak fikirkan bila sampai masa nak ada anak ni. Apa yang penting, persediaan fizikal dan mental tu kena cukup bersedia la bila sampai masanya nanti.