03 September 2012

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Keadaan cuaca di Ipoh dalam minggu ni agak kering dan panas. Tapi tak sepanas isu memijak gambar PM dan penghinaan terhadap bendera negara kita tu.

Masih lagi dalam mood gembira. Gembira merayakan kedatangan bulan Syawal dan gembira meraikan kemerdekaan negara. Minggu lepas sehari sebelum kita menyambut hari kemerdekaan, aku dan anak anak murid kelas aku sempat buat majlis sambutan hari jadi untuk yang lahir di bulan Ogos seterusnya majlis jamuan raya.


Memang meriah sangat la walaupun tak keseluruhan anak murid kelas aku tu hadir. Seronok sangat diorang tu sebab pertamanya aku benarkan hadir ke sekolah pakai baju raya masing-masing.

Abis bergaya sakan budak-budak tu sampaikan pelajar kelas lain agak 'cemburu' dengan jamuan yang diadakan di kelas aku tu. Tambahan lagi diorang nampak aku bawak kek dari Secret Recipe untuk jamuan tu. Mungkin tak pernah dibuat oleh guru guru sebelum ni kot.


Semalam pulak kami meraikan sambutan hari ulangtahun kelahiran anak sulung kami yang mencecah usia empat tahun. Alhamdulillah sepanjang empat tahun ni dikurniakan Allah tubuh badan yang sihat pada anak kami tu.

Terkadang rasa macam tak percaya umurnya dah empat tahun. Terasa masih macam baru setahun lepas lahirnya. Tu pun nasib baik dah bertukar panggilan kepada 'kakak' disebabkan sudah ada adik. Kalau dulu asyik panggil 'baby' je, rasa macam kecik je lagi.


Dan hari ni pulak kakak dan adik dah dapat headband yang dikait oleh rakan blogger. Paling seronok dah mesti la si kakak yang suka bergaya tu. Dia jugak la yang memilihkan warna untuk kepunyaannya dan si adik.

Untuk kegembiraan seterusnya, tak tau lagi. Minggu lepas aku ada dapat panggilan telefon dari pihak P1 yang bagitau aku menang iPod. Sekarang ni nak tunggu email pengesahan alamat je. Ingatkan iPad atau iPhone, tapi asalkan namanya menang tu kira rezeki murah la ye tak ? Syukur Alhamdulillah.



6 comments:

  1. Seronok anak murid dirai oleh guru. Tanniah kepada bro kerana menang iPod dari P1. :-)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari jadi kakak!!

    wah..meriahnya budak² dengan baju raya..

    Tahniah menang Ipod, yang shuffle ke nano? Mahal jugak tuu

    ReplyDelete
  3. Selamat hari jadi kakak... :)

    sekolah tak buat jamuan hari raya ke..? kesian budak2 lain..memendam perasaan.. :)

    murah rezeki en pipoq...tahniah..nnti share la gambar hadia tu kat sini.. ;)

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir untuk anak bro. tahniah juga utk bro dapat hadiah ipod dari P1.

    ReplyDelete
  5. wah...mmg lepas ni menjadi guru kesayanganlah...terbaiklah!

    mng ipod?bestnye! masuk kontest pe ni bro?

    ReplyDelete