01 September 2012

Susulan "10 entri terbaik Denaihati"

  5 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah.

Dua hari terlepas peluang nak mengemaskini kemasukan entri baru. Masa agak tidak mengizinkan. Kita hanya merancang namun segalanya adalah ketentuan dari Allah jua. 


Hari ni aku nak mengulas sedikit pasal entri aku yang bertarikh 28 Ogos baru ni yang bertajuk "10 entri terbaik Denaihati" tu. Kenapa dan mengapa aku memilih 10 tu yang terbaik ? 

Sebenarnya kalau nak diikutkan terdapat lebih dari 10 entri yang terbaik yang terdapat di laman blog Denaihati malah boleh dikatakan setiap entri adalah terbaik, bermanfaat dan penuh maklumat.

Jom kita terjah sikit kenapa aku menjadikan 10 entri dari blog Denaihati tu sebagai pilihan terbaik untuk aku kongsikan bersama rakan-rakan yang lain.

Entri ni walaupun pendek tapi penuh dengan kesinisan yang sepatutnya para lelaki yang bergelar suami renung-renungkan. Memang terdapat sebahagian kaum suami yang bersikap tidak patut bila diberikan peluang. 

Bila diberikan kepercayaan oleh isteri tapi kepercayaan tu disalahgunakan pulak. Hingga ada yang terlupa walaupun di luar rumah, diri tu sudah berpunya dan bukannya bujang ataupun duda.

Entri yang ni bukan lirik lagu dangdut nyanyian Salleh Yaakub tu tapi perkongsian menarik oleh Denaihati menerusi pengalaman beliau sendiri menghadapi dugaan. 

Tersenyum sendiri aku bila baca kisahnya yang cuba menyelesaikan masalah dengan mencari ilham di pusat permainan komputer tapi tak jugak selesai masalahnya, teringat pulak diri sendiri satu masa dulu pernah memperbodohkan diri macam tu jugak cuma tak la sampai ketagih.

Entri ni antara yang terbaik jugak pada aku sebab sekarang ni dalam keluarga yang aku bina bersama isteri tercinta ada dua orang anak dara yang pastinya akan melalui saat begitu. 

Selalu jugak aku terfikirkan bagaimana nanti bila anak-anak aku diwaktu dewasa. Pernah jugak aku memikirkan andainya ianya berkenaan bab-bab kewanitaan, serahkan saja pada isteri aku. 

Tapi bukankah sebagai seorang ketua keluarga, sebagai seorang ayah perlu jugak mengetahui dan mengambil berat tentang apa jugak masalah yang melanda pada pimpinannya ?
Entri pengalaman 'tersangkut' di lapangan terbang. Kebiasaan yang aku baca bila berkenaan penerbangan lewat, ditunda masa dan sebagainya tu, respon dari orang yang menulis tu penuh dengan emosi. 

Sepertimana tajuk yang diletakkan, penulis Denaihati yang aku kenal selama ni rasanya tak pernah menulis tentang beliau mengamuk di lapangan terbang. Tak tau la pulak kalau ianya tidak ditulis namun melalui penulisan sebegitu yang lebih berunsur sikap profesional memang terbaik.
Entri jiwang dari Denaihati. Kisah bagaimana beliau bertemu jodoh dengan isterinya yang tercinta sejak 23 tahun yang lalu. Dan entri ni jugak agak misteri bagi aku kerana ada persoalan bermain di minda. 

Siapakah yang ditemui oleh penulis Denaihati di lapangan terbang tersebut ? Dan bagaimanakah boleh tersasar mendail nombor telefon ke rumah lain ? (aku tau la, dah ditakdirkan Allah..hehehe)

Panjang sungguh tajuk entri dia tu. Tapi tetap jugak menarik dan terbaik bila aku menerjahnya. Pertamanya mengingatkan aku tentang kepentingan masa perdana untuk bersama keluarga. 

Seterusnya video yang ditampilkan dalam entri tu mengingatkan aku kenangan zaman persekolahan dulu. Dan pastinya lirik nasyid tu sangat sangat sangat bagus untuk dijadikan peringatan diri sepanjang hidup.


Tidak dinafikan bagi setiap lelaki yang bergelar suami, pasti yang menjadi kekuatannya adalah seorang wanita yang bergelar isteri. Entri perkongsian oleh pemilik blog Denaihati berkenaan pengorbanan isteri beliau amat menyentuh hati. 

Bukan mudah untuk melayari kehidupan berumahtangga ni andainya tidak kuat semangat. Membina rumahtangga memanglah mudah tapi untuk mempertahankan keutuhannya tu kalau tiada kesefahaman memang teramat susah jadinya.

Entri berkenaan kehidupan berumahtangga. Walaupun pendek tapi tetap juga dapat memberikan kesan mendalam pada orang yang mahu berfikir. Entrinya seakan menjurus kepada kisah menambah isteri namun ianya adalah peringatan bagi setiap lelaki bergelar suami. 

Biasa kita dengar bila hendak menambah isteri kononnya ingin mengikut sunnah. Tapi terkadang yang empunya diri pun tak berapa nak bersunnah, ada hati jugak tu nak tiru macam nabi.
Entri sempena hari bapa oleh penulis Denaihati. Mengingatkan para bapa-bapa semua tentang peranan sebenar seorang bapa. Sememangnya agak mencabar apabila bergelar seorang bapa ni. 

Setelah bergelar ketua rumahtangga, bukan semudah itu untuk melupakan setiap tanggungjawab terhadap setiap insan yang dipertanggungjawabkan atas kita ni. Tak cukup andainya sekadar sebagai pencari rezeki.
Kenapa entri yang pendek ni menjadi salah satu dalam 10 yang terbaik bagi aku ? Ianya hanya memaparkan sedikit jawapan dari soalan "Apa yang kita ingin dalam hidup ini ?" dan dijawab oleh beberapa rakan facebook Denaihati.
Mungkin bagi sesetengah pembaca, entri sebegini boleh dianggap sebagai entri terlalu santai dan mungkin penulis kekurangan idea untuk menaip panjang.
Tapi tidak begitu bagi aku. Walaupun entrinya pendek dan singkat, namun benar bak kata pemilik blog Denaihati, pernahkah kita sesaat terfikir apa yang kita ingin dalam hidup ini ?
Okay, rasa tak cukup dengan perkongsian entri pilihan terbaik ni ? Kalau rasa tak cukup lagi, sila la berkunjung ke blog Denaihati. Pastinya banyak perkongsian bermanfaat dan berguna untuk dijadikan panduan, pengetahuan dan perkongsian minda.




5 comments:

  1. Wah siap dengan ulasan. Selamat berjaya kepada bro. :-)

    ReplyDelete
  2. Memang semangat betul nak menang ni. Siap dengan ulasan lagi.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum pipoq....wah bersemangat selamat berjaya...:)

    ReplyDelete
  4. Semoga semua pwrkongsian dlm setiap entry dpt sama2 manfaatnya

    ReplyDelete
  5. gambar 'pengorbanan wanita' tu pak boleh blah! Kah kah kah...!

    ReplyDelete