Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah dalam perjalanan hidup kita di muka bumi ini.
Dalam sibuk-sibuk 'mengerjakan' tugasan kontest iPhone 5 gadget impian, sempena musim cuti sekolah ni ada jugak masa lebih untuk berjimba bersama keluarga.
Pagi tadi berlanjutan sampai ke petang aku menghadiri seminar taklimat untuk guru-guru KAFA daerah Ipoh serta penyerahan surat lantikan guru KAFA dari pihak JAKIM.
Selepas gelincir matahari, hujan bercucuran turun membasahi bumi Ipoh. Boleh tahan lebat jugak. Sampai waktu aku menaip entri ni selepas usai solat isya pun masih lagi bergerimis kat luar sana tu.
Anak-anak pulak alhamdulillah sihat belaka. Anak yang sulung sekarang ni sudah mula banyak makannya. Kalau sebelum ni memang susuh sungguh nak menghabiskan sepinggan juadah.
Tak pasti la pulak kalau-kalau asbab aku memberikan pil vitamin C yang mengandungi lysine menyebabkan selera makannya lebih terbuka. Cuma terkadang tu nak menghabiskan satu juadah nasi pun sejam lebih.
Anak yang kedua tu pulak sekarang ni dah masuk bulan ke tujuh. Ligat sungguh bila dibiarkan tanpa dikendong. Tak sempat nak mengesot sudah terus merangkak.
Sekarang ni pulak sudah mula bertatih berpaut pada kerusi, meja, dinding dan sebagainya yang boleh dipaut berdiri. Tak cukup dengan tu, sudah pandai panjat memanjat lagi tu.
Dan yang paling terbaru, giginya sudah bertambah pulak. Kalau sebelum ni dua gigi bawah je yang tumbuh, sekarang ni gigi kapak sebelah atas sudah mula keluar.
Ganas dan gigih sungguh papa dan mama dia nak ambil gambar gigi barunya yang nak tumbuh keluar tu. Hehehe..Dan sekarang ni semakin besar selera makannya.
memang nampak ganas kerjakan anak tu... dah berapa bulan yer
ReplyDeleteTak lama lagi nampaklah gigi arnab.
ReplyDelete@Denaihati
ReplyDeletebaru tujuh bulan ni..susah tul nak ambik gambar gigi dia tu..hehehe
@akubiomed
ReplyDeletehehehe..baru malam semalam perasan gigi dia yang baru nak tumbuh lagi tu..
mak ai..sampai macam tu sekali. hehe..
ReplyDeleteintan yang dah belas2 tahun umur pun, kalau gigi tanggal je riuh satu rumah .... kecoh nak bagi tau orang.
ReplyDeletetapi...yg ni makpak pula kecoh gigih dgn gigi...hahaha
boleh la kunyah mengunyah llepas ni
ReplyDeleteehheheee
@ohcikgu
ReplyDeletehahaha..susah nak kasi duduk diam bukak mulut..
@kujie
ReplyDeletemakpak eksaited terlebih ni kak jie..hehehe
@mie
ReplyDeletetak sempat nak tunggu lepas ni dah..asyik nak mengunyah je kerjanya tu..
time2 ni lah dia akan kuat menggigit ni..hahaha
ReplyDelete@boni kacak
ReplyDeletepaling tak tahan bila dengar dia mengunyah gigi..hahaha