10 December 2012

Gigi baru

  12 Komen    
label: ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah dalam perjalanan hidup kita di muka bumi ini.

Dalam sibuk-sibuk 'mengerjakan' tugasan kontest iPhone 5 gadget impian, sempena musim cuti sekolah ni ada jugak masa lebih untuk berjimba bersama keluarga. 


Pagi tadi berlanjutan sampai ke petang aku menghadiri seminar taklimat untuk guru-guru KAFA daerah Ipoh serta penyerahan surat lantikan guru KAFA dari pihak JAKIM.

Selepas gelincir matahari, hujan bercucuran turun membasahi bumi Ipoh. Boleh tahan lebat jugak. Sampai waktu aku menaip entri ni selepas usai solat isya pun masih lagi bergerimis kat luar sana tu.

Anak-anak pulak alhamdulillah sihat belaka. Anak yang sulung sekarang ni sudah mula banyak makannya. Kalau sebelum ni memang susuh sungguh nak menghabiskan sepinggan juadah.


Tak pasti la pulak kalau-kalau asbab aku memberikan pil vitamin C yang mengandungi lysine menyebabkan selera makannya lebih terbuka. Cuma terkadang tu nak menghabiskan satu juadah nasi pun sejam lebih.

Anak yang kedua tu pulak sekarang ni dah masuk bulan ke tujuh. Ligat sungguh bila dibiarkan tanpa dikendong. Tak sempat nak mengesot sudah terus merangkak. 

Sekarang ni pulak sudah mula bertatih berpaut pada kerusi, meja, dinding dan sebagainya yang boleh dipaut berdiri. Tak cukup dengan tu, sudah pandai panjat memanjat lagi tu.

Dan yang paling terbaru, giginya sudah bertambah pulak. Kalau sebelum ni dua gigi bawah je yang tumbuh, sekarang ni gigi kapak sebelah atas sudah mula keluar.


Ganas dan gigih sungguh papa dan mama dia nak ambil gambar gigi barunya yang nak tumbuh keluar tu. Hehehe..Dan sekarang ni semakin besar selera makannya. 




12 comments:

  1. memang nampak ganas kerjakan anak tu... dah berapa bulan yer

    ReplyDelete
  2. Tak lama lagi nampaklah gigi arnab.

    ReplyDelete
  3. @Denaihati
    baru tujuh bulan ni..susah tul nak ambik gambar gigi dia tu..hehehe

    ReplyDelete
  4. @akubiomed
    hehehe..baru malam semalam perasan gigi dia yang baru nak tumbuh lagi tu..

    ReplyDelete
  5. mak ai..sampai macam tu sekali. hehe..

    ReplyDelete
  6. intan yang dah belas2 tahun umur pun, kalau gigi tanggal je riuh satu rumah .... kecoh nak bagi tau orang.

    tapi...yg ni makpak pula kecoh gigih dgn gigi...hahaha

    ReplyDelete
  7. boleh la kunyah mengunyah llepas ni
    ehheheee

    ReplyDelete
  8. @ohcikgu
    hahaha..susah nak kasi duduk diam bukak mulut..

    ReplyDelete
  9. @kujie
    makpak eksaited terlebih ni kak jie..hehehe

    ReplyDelete
  10. @mie
    tak sempat nak tunggu lepas ni dah..asyik nak mengunyah je kerjanya tu..

    ReplyDelete
  11. time2 ni lah dia akan kuat menggigit ni..hahaha

    ReplyDelete
  12. @boni kacak
    paling tak tahan bila dengar dia mengunyah gigi..hahaha

    ReplyDelete