Showing posts with label review jenama. Show all posts
Showing posts with label review jenama. Show all posts

10 June 2012

Review jenama - Set selepas bersalin Nona Roguy

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah. 

Sejak semalam lagi kelihatan kenderaan memenuhi jalan raya berikutan musim cuti sekolah yang akan berakhir hari ni. Bagi rakan rakan yang memandu ke mana jua destinasi didoakan semoga selamat sampai dan sentiasalah beringat dan berhati-hati ketika memandu.


Bagi entri ulasan jenama hari ni, aku nak berkongsi pengalaman berkenaan set selepas bersalin. Sepatutnya aku nak suruh isteri aku yang jadi penulis jemputan tapi malu-malu kucing pulak dia.

Jenama yang aku nak kongsikan hari ni adalah seperti yang pernah aku kongsikan dalam entri persediaan menyambut kelahiran dulu tu. Jenama set selepas bersalin yang aku maksudkan tu ialah set selepas bersalin Nona Roguy.

Set selepas bersalin Nona Roguy ni mengandungi enam produk didalamnya. Antaranya tablet PhytoNatal, paket Akar herbanika, minyak herbanika, herbanika barut, paket uncang cuci herbanika dan serbuk herbanika lulur. Kesemuanya didatangkan khas dalam satu kotak set bersalin keluaran Nona Roguy.

Jika sewaktu anak pertama dahulu, isteri aku menggunakan set bersalin keluaran HPA. Walaupun ianya agak memuaskan juga namun kebanyakan item yang terkandung dalam set bersalin tu tidak mencukupi sehingga habis tempoh pantang. Namun itu bukanlah masalah kerana produknya boleh dibeli secara berasingan dan harganya juga tidaklah sebegitu mahal.


Bagi kelahiran anak yang kedua pula, isteri aku memilih untuk menggunakan set selepas bersalin keluaran Nona Roguy. Tidak aku nafikan bahawa harga untuk satu set selepas bersalin Nona Roguy ni agak mahal namun ianya agak berbaloi untuk digunakan.

Rasanya tidak perlu untuk aku mengulas setiap satu produk yang terkandung dalam set bersalin Nona Roguy ni. Dari pengalaman isteri aku sebagai pengguna, alhamdulillah menurutnya memang terasa perbezaan ketara jika nak dibandingkan dengan produk yang digunakan sebelum ini.

Dan katanya yang lebih penting sekali [mungkin juga bagi semua wanita] selepas menggunakan produk set bersalin Nona Roguy ni, penurunan berat badan jelas ketara. Selain tu jugak, badan terasa lebih bertenaga dan tiada masalah sembelit atau buang air kecil yang tidak lawas.

Disebabkan anak kedua aku hari tu terkena jaundis hingga terpaksa ditahan di wad hospital, mulanya rasa agak risau juga untuk isteri aku menggunakan produk set bersalin Nona Roguy ni. Tapi alhamdulillah sejak anak aku tu dibenarkan pulang dan berterusan menyusu badan dengan isteri aku, tiada masalah bagi isteri dan anak aku tu.

Dan yang paling penting sekali, set selepas bersalin Nona Roguy ni memang mencukupi untuk bekalan sepanjang tempoh berpantang. Kecuali la kalau ingin meneruskan penggunaan beberapa produk dari set bersalin ni, ianya boleh dibeli secara berasingan di stokis atau kedai kedai jamu berhampiran.

Disokong penggunaannya oleh mak mertua aku sendiri jugak, bagi produk set selepas bersalin jenama Nona Roguy ni aku dan isteri bagi 9/10 markah dari sudut keberkesanannya, 7/10 untuk harga yang ditawarkan. 




03 June 2012

Review jenama - Lampin pakai buang Huggies

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu bersama keluarga atau sahabat handai mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Dalam kehidupan yang serba moden dan sibuk ni, kebanyakan ibu bapa sekarang masakini lebih suka memilih untuk menggunakan lampin pakai buang untuk anak mereka. Dalam memilih lampin pakai buang untuk anak, jenama apa yang menjadi pilihan ? 


Untuk review jenama kali ni, aku nak berkongsi pengalaman tentang produk lampin pakai buang. Sewaktu anak yang pertama dulu kami bermula dengan menggunakan produk lampin pakai buang jenama Drypers. Pada permulaan penggunaan alhamdulillah takde masalah seperti ruam lampin atau sebagainya. Harga yang ditawarkan juga agak berbaloi.

Namun selepas bertukar dari saiz NB kepada saiz S, masalah mula melanda. Anak aku mula terkena ruam lampin. Walaupun kerap juga menggantikan lampin pakai buangnya setiap kali dia membuang air namun masalah ruam lampin tetap tidak berkurangan. 

Bagi mengatasi ruam lampin yang menyebabkan anak aku tu tak selesa, kami menggunakan krim calamine yang mudah didapati di farmasi. Apabila melihat ruam yang dihidapinya berkurangan, kami tidak lagi menyapu krim calamine setiap kali selepas menukar lampin pakai buangnya. Namun begitu, masalah ruam lampin kembali semula.


Merasakan lampin pakai buang yang digunakan mungkin tidak sesuai, maka kami bertukar menggunakan lampin pakai buang berjenama Huggies. Walaupun harga yang ditawarkan agak mahal sedikit dari jenama pilihan sebelum tu namun sejak menggunakan lampin pakai buang jenama huggies, masalah ruam lampin lansung tidak perlu dirisaukan.

Dan untuk anak kami yang kedua pun aku masih menggunakan lampin pakai buang jenama huggies. Alhamdulillah masalah ruam lampin tidak ketara berbanding menggunakan lampin pakai buang jenama lain yang diberikan percuma sebagai hadiah kelahiran. 

Buat masa ni, hanya jenama huggies yang menjadi pilihan untuk produk lampin pakai buang. Mungkin lain bayi lain tahap sensitif kulitnya. Bagi aku dan isteri untuk keselesaan anak anak kami, jenama huggies amat boleh dipercayai dalam mengatasi ruam lampin dan ketidakselesaan kulit.