03 May 2012

Inilah dia

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Sehari dua ni sebenarnya sibuk berkampung di dewan bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menantikan kelahiran ahli baru dalam keluarga aku.

Situasi menunggu untuk anak yang kedua ni memang agak mencabar kerana semasa kelahiran anak pertama dulu aku hanya menghabiskan masa seharian berkampung di ruang menunggu dewan bersalin di hospital yang sama. Kali ni berlanjutan hingga hari yang kedua pulak.


Kalau aku sorang je mungkin boleh layan tidur je sementara menunggu saat dibenarkan menemani isteri yang hendak melahirkan. Untuk pengetahuan, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mengamalkan amalan hospital mesra suami dimana dalam situasi tertentu, suami digalakkan untuk menemani isteri ketika proses melahirkan.

Disebabkan kali ni ada bawak anak yang tak sabar sabar menantikan adiknya, persediaan untuk mengawal situasi kebosanan dah aku siapkan awal awal. Bawak anak patung kegemarannya. Segenggam gula gula buah. Air minuman secukupnya, buku dan alat tulis. Tapi kalo dah nama budak budak bawah umur, pantang jumpa 'geng sebaya', dah tak peduli orang lain kalo nak berlari berkejaran tu.


Dari awal pagi semalam lagi, isteri aku sudah dimasukkan ke dewan bersalin untuk dimasukkan ubat bagi memulakan persediaan proses melahirkan anak. Kesakitan akibat kontraksi kerap juga dirasakan malah terdapat juga sedikit darah yang keluar menjelang petang namun bukaan yang diharapkan masih terlalu kecil untuk dilalui oleh bayi dalam kandungan. Penyudahnya doktor suruh balik wad dan sambung proses keesokan harinya (hari ni).

Bermula pagi tadi jugak, isteri aku memaklumkan bahawa air ketuban sudah sedia untuk dipecahkan. Lebih kurang jam 10 pagi baru aku bertolak ke dewan bersalin HRPB. Tungu punya tunggu, hampir jam 4 petang aku dipanggil untuk masuk menemui isteri. Ingatkan dah tiba masanya...

Rupanya aku diberikan sedikit taklimat dan persetujuan untuk menyediakan isteri aku melalui proses kelahiran pembedahan cesarean setelah lebih 4 jam bukaan tidak berganjak dari angka 5cm dan isteri aku sendiri sudah tidak tertanggung kesakitan akibat kontraksi sejak semalam.

Alhamdulillah selepas hampir satu jam setengah di dalam bilik pembedahan, isteri aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat dan sempurna sifat kejadiannya. Nampaknya perancangan untuk melahirkan secara normal tidak kesampaian. 

Alhamdulillah jugak sebab aku berkesempatan untuk melafazkan kalimah azan dan iqomah kepada anak aku yang baru lahir ke bumi Allah ni selepas selesai pemeriksaan doktor terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah.

Sehari dua ni sebelum isteri dan anak aku dibenarkan pulang ke rumah, aku akan menjadi pelawat tetap ke wad HRPB, Ipoh. Dikesempatan yang ada ni, aku sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua rakan rakan yang sentiasa mendoakan dan semoga Allah merahmati kalian semua.

Buat rakan rakan yang sentiasa mendoakan, di sini aku kongsikan beberapa gambar anak perempuan aku yang baru lahir ke dunia ni pada tarikh 3 Mei 2012 bersamaan 11 Jamadil Akhir 1433H. Semoga dewasanya menjadi muslimah yang patuh taat kepada Allah. 







p/s : Al Fatihah buat arwah Husni Mohd Rawi (Bob Kuman) yang telah pergi menghadap Ilahi petang tadi. Semoga rohnya dirahmati Allah. 





15 comments:

  1. comelnya baby,...harap membesar dengan sihat ya..

    ReplyDelete
  2. Udinz.com :

    terima kasih..mudah mudahan begitulah..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. comelnya. tahniah!

    ReplyDelete
  4. Syukur Alhamdulillah walaupun dilahirkan mengikut tingkap. Bro dan isteri dapat bayi perempuan yang comel. Lepas ini kak yong kena tengok-tengokkan adik. :-)

    ReplyDelete
  5. miya :

    terima kasih..

    nampak gaya cam tak dapat la nak tambah lagi sampai 5 orang..hehehe

    ReplyDelete
  6. akubiomed :

    terima kasih..

    tadi masa di hospital pun dah tak sabar sabar kakaknya nak dukung adik yang baru lahir..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah n tahniah dgn kehadiran cahaya mata baru.

    ReplyDelete
  8. Denaihati :

    terima kasih..

    semoga musafir DH & rakan rakan diberkati Allah..

    ReplyDelete
  9. syukur...
    lebat rambut tu..
    ehehehee

    ReplyDelete
  10. mie :

    alhamdulillah..
    ikut macam mama dia tu..
    kalo ikut papa dia, rambut dah makin kurang..hehehe

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...penantian dah berakhir...baby girl pun lahir dgn selamat... tahniah En Pipoq..!! :)

    ReplyDelete