04 May 2012

Uri bayi..apa nak buat ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Alhamdulillah petang semalam isteri aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan di HRPB, Ipoh. Dan syukur juga ke hadrat Allah kerana kedua duanya berada dalam keadaan sihat sejahtera berkat makbul doa dari semua rakan rakan.

Hari ni aku nak berkongsi sikit mengenai cara menguruskan uri atau tembuni atau placenta. Pasti ramai yang dah tau apakah bendanya uri ni. Kalau tak tau dan kurang jelas, uri atau tembuni ni adalah satu organ dalam kandungan semasa sepanjang proses kehamilan. Ianya berfungsi untuk membolehkan berlakunya penyerapan nutrien, oksigen, penyingkiran sisa melalui darah ibu yang mengandung. Lebih kurang gitu la fungsinya.


Dan kebiasaannya selepas kelahiran bayi, pihak hospital akan menyerahkan uri atau tembuni bayi tersebut untuk diuruskan oleh pihak keluarga bayi tu sendiri. Dan yang sering kali menjadi persoalannya, apa yang harus dibuat kepada uri tersebut ?

Kalau mengikut adat dan kepercayaan orang Melayu kita, memang kadang kadang tu pelik pelik. Bagi bangsa lain aku tak pasti la pulak. Aku pernah dengar ada orang menanam uri tu bersama sama dengan beberapa objek seperti alat tulis la, jarum la, dan sebagainya lagi sebab kononnya uri tersebut adalah 'saudara kembar' bagi bayi yang dilahirkan tu dan tujuan meletakkan objek objek tu adalah kononnya untuk masa depan bayi tersebut.

Kalau letak alat tulis tu kononnya bila dewasa akan menjadi orang yang bijak pandai. Kalau yang letak jarum tu kononnya nanti bayi tersebut terhindar dari gangguan dan penyakit. Kira macam ikut niat la. Kalau nak anak jadi blogger yang berjaya, mungkin boleh tanamkan sekali dengan laptop berserta talian broadband.


Malah ada yang lebih ekstrim tahap haiwan, mereka memakan uri bayi yang baru lahir ni kononnya ianya berkhasiat dan boleh mencantikkan wajah. Nauzubillah harap harap jangan ada yang berkenan nak buat camni. Biar la Tom Cruise sorang je yang makan uri anak dia. Kita bukan haiwan. Haiwan tu sebab dia tak pandai nak pegang cangkul untuk tanam uri anak dia. Lagipun kalau dia (haiwan) biarkan uri tu di tempat dia (haiwan) beranak, nanti dia (haiwan) risau uri tu akan menyebabkan kuman membiak lalu memudaratkan anak dia (haiwan) yang baru lahir tu.

Bagi yang pernah terjebak dengan permasalahan camni, tolong ambil peduli. Jangan kerana perkara yang sebegitu kita menjadi hamba Allah yang syirik kepada Nya. Andainya dipaksa atau terpaksa, perjelaskan kepada mereka yang masih tenggelam dalam dunia kepercayaan songsang ni bahawa perbuatan sebegitu adalah khurafat dan silap hari bulan boleh jatuh syirik.

Tiada sebarang bukti jelas di dalam Al Quran mahupun hadis Nabi SAW berkenaan tatacara menguruskan uri ni. Namun begitu, terdapat perbincangan para ulama mengenai pengurusan uri atau tembuni.

Adapun mengikut syariat Islam, anak yang baru lahir tu cuma perlu diazan dan iqomahkan, bertahnik, kemudian diberikan nama yang baik, kemudian dicukur rambutnya, kemudian melakukan akikah seterusnya berkhitan. 


Maka dengan tu, upacara seperti naik buaian, turun tanah dan sebagainya tu adalah kebiasaan adat di mana seandainya selagi tidak mendatangkan kesyirikan, harus je la dibuat sebagai meraikan bayi yang baru lahir tu. Sebaiknya cukup dengan melakukan majlis doa selamat, insyaAllah lebih diberkati Allah.

Sebagai umat Islam, adalah menjadi kewajipan untuk kita menghormati setiap kejadian Allah termasuk la uri atau tembuni tu. Sebenarnya cukup hanya sekiranya kita membersihkan sedikit uri tersebut kemudian menanamnya agar tidak dimakan oleh haiwan. Kat mana mana pun boleh tanam, tak de masalah pun. Cuma sebagai menghormati bahagian tubuh yang bercerai dari badan tu, pilih la tempat yang molek sikit.


Ada masalah ? Mudah je kan ? Kita tanam tujuannya untuk menghormati kejadian Allah. Tu je. Ala, sedangkan kuku yang kita potong pun main campak campak je dalam tong sampah, rambut yang kita gunting pun dibiarkan je tinggal kat kedai gunting mamak tu padahal ianya sebahagian dari anggota tubuh kita jugak. 

Apa yang penting, janganlah kerana kejahilan dan ketaksuban kita terhadap kepercayaan karut marut tu menjadikan kita kufur dan syirik dalam diam. Kerana dosa syirik ni sangat besar di sisi Allah. Mudah mudahan perkongsian ni bermanfaat untuk semua, InsyaAllah.





29 comments:

  1. Kalau amalan orang dahulu ada barang yang diletakkan. Jangan sampai melakukan perkara syirik.

    ReplyDelete
  2. jangan melakukan perkara syirik..

    ReplyDelete
  3. Waaa..tahniah..tahniah...
    Tgk uri pn dh geli ni kn pulak nk mkn...
    Name ape ank ni

    ReplyDelete
  4. kalu kami tanam saja.. bungkus dalam plastik, pastu isi dalam tin dan tanam. letakkan anak pokok kelapa sebagai tanda.

    esok2.. pokok kelapa tu jadi milik tuan punya tembuni la.haha..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum pipoq...tahniah sbb kehadiran orang baru dlm keluarga...mesti comel baby girl tu kan..:)

    ReplyDelete
  6. akubiomed :

    terkadang perkara kepercayaan ni dah jadi sebati dalam kehidupan adat orang kita..

    ReplyDelete
  7. Che Rosliza Che mat :

    moga kita semua terhindar dari perkara perkara syirik..

    ReplyDelete
  8. iema ackles :

    terima kasih..
    tom cruise cakap sedap..hehehe..
    nama baby akan diumumkan beberapa hari lagi..

    ReplyDelete
  9. miya :

    sian tuan tembuni tu dapat pokok kelapa je..hhehe

    ReplyDelete
  10. maszull :

    w'salam..
    terima kasih mama..
    pic baby ada kat entri semalam.. :)

    ReplyDelete
  11. hai...rindu pula nak hamil ni heeee

    ReplyDelete
  12. dpt tgok gambar baru rasa puas hati heee, ni tgok gut 2 sblum ni tak jelas heee

    bro org ipoh ker? hee tahniah sb dpt bby girl..baru dpt sorng anak ker?

    ReplyDelete
  13. suri :

    anak yang kedua ni..

    yup..dok Ipoh kat Tmn Seri Berjaya

    ReplyDelete
  14. xdapat dinafikan kepercayaan orang dulu mcm tu, kita yg tahu ni x payah ikut.

    ReplyDelete
  15. Assalam..
    Biasanya basuh dengan garam dan asam, kemudian tanam je la.
    Sekarang ni (kalau Hospital di Kedah) Doktor akan ambil darah tu untuk buat sel stem.

    ReplyDelete
  16. Uri patut dibasuh dengan bersih supaya apabila ditanam tidak mengeluarkan bau yang menarik perhatian binatang buas

    ReplyDelete
  17. Denaihati :

    terkadang tu didesak oleh ibubapa yang masih berfikiran mengikut adat kepercayaan lama..cuma bagi kita yang tahu kena la menerangkan dengan jelas supaya mereka faham..

    ReplyDelete
  18. Iza Teratak Usang :

    W'salam..

    tujuan dibasuh dengan garam kasar atau air asam jawa tu supaya bau hanyir darah tu hilang agar tak menarik perhatian haiwan..

    di Ipoh rasanya kalau nak buat program sel stem dari uri tu perlu daftar dulu..tapi tak tau la kalo diorang amik senyap2..hehehe :)

    ReplyDelete
  19. onlajer :

    ya benar..tujuan dibasuh agar bau hanyir darah hilang sehingga menarik perhatian haiwan..terutama kalau ditanam di kawasan terbuka yang mungkin terdapat haiwan liar berkeliaran..

    ReplyDelete
  20. ada pernah dulu berlaku mak isteri ni simpan uri dalam fridge...lepas tu anak perempuan dia ingat benda tu daging, die g buat sup...xtau la betul ke tak cite tu

    ReplyDelete
  21. entri yang sangat-sangat berguna. Memang kalau tanya aku pun, aku sendiri tak tau nak jawab apa. Tanam je la, yang pasti kalau nak tanam, tanam dalam-dalam. supaya takda haiwan yang korek =) eg. anjing.

    ReplyDelete
  22. Edy Zaidi :

    OMG..memang tekstur uri ni semacam hati lembu or yang lampong tu..rasa dia tu tak pasti la camne..
    apekehal la gi simpan dalam fridge..hehehe

    ReplyDelete
  23. Paragass :

    sebaiknya ditanam la walaupun boleh je kalo nak dibuang begitu je..
    disebabkan uri tu agak besar dan kalo terbiar (tak dimakan haiwan) mungkin akan menjadi seperti bangkai yang akan menjadi tempat bakteria membiak, sebab tu yang terbaik adalah dengan menanamnya..

    kalau tanam dalam kawasan rumah berpagar takyah dalam2 korek pun takpe..

    ReplyDelete
  24. uri banyak jugak digunakan dalam pembuatan alat kosmetik so hati2 la dalam memilih make-up :)

    ReplyDelete
  25. RazFiRa :

    tul tu..tapi alhamdulillah bagi kebanyakan hospital di negara kita, uri bayi yang megiringi bayi lahir tu akan diserahkan kepada ahli keluarga untuk diuruskan..

    ReplyDelete
  26. sy pernh tgk ayah sy cuci uri adik yg last tu..

    apa yg sy nmpk..lepas cuci...taburkan sedikit garam..masukkan dalam periuk tanah dan kemudiannya di tanam di pangkal pokok jambu depan rumah...

    xde pula nampak ayah letak pensil buku segala..huhu... :)

    ReplyDelete
  27. nabilah_2908 :

    ada sebilangan masyarakat kita di kawasan kampung yang masih kuat berpegang dengan adat kepercayaan berbuat camtu..

    ReplyDelete
  28. dah lama sangat rasanya tak tgk dan pegang uri ...ingat2 lupa cmner nk proses cuci dan tanam uri..wuh..suatu pengalaman yg masih segar lg.

    ReplyDelete