Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Dalam keterujaan menimang cahaya mata baru ni, terasa juga beban tanggungjawab yang semakin bertambah namun amanah yang diberikan oleh Allah ini pasti tidak akan diabaikan.
Pesanan Luqman Al Hakim kepada anaknya seperti yang termaktub di dalam Al Quran sentiasa teringat di dalam hati. Malah pesanan Nabi SAW kepada umatnya juga sentiasa bermain di minda. Anak anak itu ibarat kain yang putih bersih, maka kedua ibubapa yang bertanggungjawab mencorakkannya.
Wahai anak anak ku,
Andainya nanti papa dan mama memberitahu kepadamu bahawa dunia ini penuh dengan fitnah dan pancaroba, janganlah engkau merasakan khuatir dan takut kerana kita dikurniakan Al Quran dan Hadis sebagai panduan untuk menempuhinya.
Andainya nanti papa dan mama menyuruhmu melaksanakan kewajipan solat, janganlah engkau anakku merasa terpaksa dan melaksanakannya kerana disuruh oleh papa dan mama sedangkan kewajipan itu adalah tuntutan dari Allah yang menciptakan kita semua.
Wahai anak anak ku,
Andainya nanti papa dan mama melatihmu untuk menahan lapar dan dahaga disiang hari di bulan Ramadhan, janganlah engkau anakku merasakan ianya satu bentuk kekejaman dan penderaan. Ketahuilah bahawa diluar sana terdapat insan insan lain yang bukan hanya di bulan Ramadhan terpaksa menahan lapar dan dahaga.
Andainya nanti papa dan mama menegur cara berpakaianmu apabila engkau anakku meningkat dewasa, janganlah engkau anakku menganggap papa dan mama ketinggalan zaman. Fahamilah syariat yang telah Allah dan Nabi SAW telah titipkan buat panduan kita semua agar terpelihara kehormatan kita.
Wahai anak anak ku,
Andainya nanti papa dan mama meningkat tua, janganlah engkau anakku berasa malu untuk memeluk dan mencium kedua ibubapa mu ini dihadapan rakan rakanmu kerana sejak dari saat kelahiranmu, tiada insan lain yang lebih mengambil berat tentangmu selain dari kedua ibubapa mu jua.
Andainya nanti papa dan mama terlantar sakit, janganlah engkau anakku merasa terbeban untuk menguruskan kedua ibubapa mu. Janganlah engkau merasa jijik kiranya terpaksa membersihkan najis dari ibu bapa mu kerana papa dan mama tidak pernah sekalipun merasakan sebegitu sepanjang hayatmu.
Wahai anak anak ku,
Andainya nanti papa dan mama tidak menghantarmu ke kelas muzik seperti rakan rakan mu yang lain tetapi menghantarmu pula ke kelas agama, janganlah engkau merasa rendah diri kerana papa dan mama mahukan engkau anakku menjadi insan yang lebih mulia disisi Allah yang menjadikanmu.
Andainya nanti papa dan mama tidak mampu untuk mewariskan harta dunia yang banyak kepadamu, janganlah engkau anakku merasa menyesal dilahirkan bukan dari keluarga hartawan. Ketahuilah wahai anakku, engkau jugalah harta yang paling bernilai yang pernah papa dan mama miliki.
Wahai anak anak ku,
Andai kelak engkau anakku menjadi seorang yang berjaya apabila dewasa, janganlah engkau menyombong diri. Papa dan mama tidak akan pernah bangga dengan kejayaanmu kiranya ianya menjadikan mu manusia yang lupa diri.
Andainya nanti papa dan mama pergi menghadap Ilahi buat selamanya, janganlah engkau anakku melupakan kedua ibubapa mu. Bukan kunjungan di pusara yang papa dan mama harapkan, cukup hanya dengan doa dari mu sebagai bekalan buat papa dan mama di sana.
Wahai anak anak ku,
Andainya nanti papa dan mama tersilap tidak menunaikan hak yang sepatutnya terhadapmu, janganlah engkau anakku memendamkan perasaan mu itu. Jangan biarkan perkara itu membuatkan api neraka bisa menjilat kedua ibu bapa mu di akhirat kelak.
Andainya nanti engkau anakku mengerti kenapa dan mengapa papa dan mama mu begitu cerewet dalam menyediakan dirimu meniti perjalanan di dunia ini, panjatkanlah kesyukuran itu kepada Allah kerana papa dan mama mu tidak sekali kali pernah ingin engkau anakku menjadi hamba Nya yang dimurkai.
InsyaAlah kemungkinan petang ni isteri dan anak aku akan dibenarkan pulang ke rumah. Dengan itu maka bermulalah episod baru dalam menjalani rutin harian nanti. Walau macam mana pun, sebenarnya aku tak sabar nak melaluinya.
happy tul kakak bila dapat adik ye...senyum melebar...hehe.. :)
ReplyDeletesy lak terasa sebak bila baca kata2 ni..huhu... :)
En Pipoq dah fikirkan nama baby girl ni..? ;)
betu tu...bila kita dah ada anak..kita dah mula ada tangunnggjawab besar.. kena didik betul.... like this entry
ReplyDelete!
salam
ReplyDeletesemoga mereka menjadi anak2 yang penyejuk mata dan penenang dihati...
wahhhhhh seronok la kakak die ade adik
ReplyDeletebesarnye tanggungjawab sbgai ibubapa
ReplyDeleteteruja dapat adik...
ReplyDeleteinsyaAllah.. sama2 kita berdoa dapat anak2 yang soleh dan solehah...
assalamualaikum pipoq....peringatan yg baikutk anak2 n seronoknya kakak dah ada adik yer....:)
ReplyDeleteJangan ajar anak-anak dengan kemewahan duniawi sangat masa kecik-kecik. kelak, corak sudah tidak tercorak lagi. =)
ReplyDeleteSayang betul kak Yong dengan adiknya. :-)
ReplyDeleteseronoknya dia ada adik..
ReplyDeleteehehehee
2015-9-30 linlei
ReplyDeleteMichael Kors Outlet Online Deals Huge
Michael Kors Factory Outlet Online Official
Outlet Michael Kors Sale Online
Coach Outlet Handbags With Factory Price
Michael Kors Handbags Clearance Outlet
Christian Louboutin Outlet Sale Cheap Online
Gucci Outlet Store Locations
Montblanc Pen Refills Outlet
hollister uk sale
michael kors bags
xiaowei 20160409
ReplyDeletecoach outlet store online
coach outlet online
nike huarache
prada handbags on sale
hollister clothing store
true religion jeans
ray ban sunglass,ray ban sunglasses,ray ban outlet,cheap ray bans,cheap ray ban sunglasses,cheap ray bans,ray bans
bottega veneta shoes
calvin klein dresses
fitflops sale clearance
nike cortez shoes
coach outlet online
louis vuitton pas cher
coach outlet online
michael kors
valentino
coach factory
levis 511
adidas superstars
coach outlet online
longchamp uk
michael kors uk
michael kors canada
adidas shoes
reebok shoes
timberland boots
michael kors outlet canada
sac longchamp pliage
asics gel kayano
fitflop uk
ugg sale
michael kors outlet
true religion jeans
coach factory outlet
rolex replica watches
toms outlet
timberland uk
michael kors outlet
converse sale
nike blazer