06 May 2012

Wad 6C

  18 Komen    
label: , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat menikmati hari hujung minggu kepada semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Petang semalam isteri aku sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Tapi anak aku pulak terpaksa ditinggalkan di wad jagaan kanak kanak kerana bacaan kuningnya agak tinggi sehingga 225 menurut doktor yang memeriksa anak aku tu tengahari semalam.


Semasa aku membantu jururawat membawakan anak aku untuk ke wad jagaan kanak kanak tu, memang agak penuh juga bilik rawatan jaundice tu dengan bayi bayi yang baru lahir. Disebabkan tu, bilik berkatil untuk menempatkan ibu untuk menemani bayi bayi tu pun sudah penuh.

Dan kerana itu, maka terpaksa la kami meninggalkan anak tu dibawah jagaan pihak hospital dengan penuh tawakkal kepada Allah. Tu pun selepas puas isteri aku menyusukan anak aku tu sampai terlena baru la kami pulang ke rumah.

Agak tak puas hati jugak la sebab sepatutnya pihak hospital perlu la menyediakan kemudahan yang betul betul mencukupi bagi menampung permasalahan sebegini. Alasannya cukup mudah, siapa cepat dia dapat. 


Apa yang aku fikirkan, sebegitu mudahnya pihak hospital kerajaan ni menyuruh ibu kepada bayi tu balik ke rumah terlebih dahulu dan meninggalkan bayi yang di tahan tu kemudian datang kembali keesokan harinya untuk melihat bayi.

Cakap memang senang. Beberapa ibu ibu yang sebilik dengan isteri aku ketika di wad bersalin tempohari merungut juga. Kalau la jarak hospital dengan rumah kita ni dekat, mungkin tak menjadi masalah. Buatnya jarak antara rumah ke hospital pun lebih dari 50KM bagaimana ? 

Tu baru persoalan jarak. Belum lagi persoalan tentang pengangkutan. Kalau yang memiliki kereta tu alhamdulillah la. Kalau yang takde tu ? Buatnya pulak ibu tu baru lepas melahirkan melalui pembedahan. Daripada menampung kos menyewa teksi, aku rasa mereka lebih rela membayar kos menetap di wad hospital.

Di hospital lain aku tak pasti la. Tapi di HRPB ni, malangnya wad 6C yang menempatkan bayi bayi kekuningan ni sangat sesak tempatnya. Ibu yang tidak dapat menemani bayi mereka di wad yang disediakan hanya boleh duduk di kerusi yang disediakan. Ya, hanya duduk di kerusi yang bukanlah sesuai untuk diduduki oleh ibu lepas pembedahan.

Sehingga malam tadi ketika di dalam lif, kami sempat berbual dengan salah seorang jururawat yang bertugas di wad 6C HRPB tu. Menurutnya kadar bacaan kuning anak aku tu ada perkembangan yang baik. Menurun la tu. Semalam juga aku sempat menitiskan beberapa titis jus perahan anggur hitam dalam mulut anak aku. Harapnya mujarab la dan boleh dibenarkan balik hari ni. Tak sanggup rasanya memikirkan anak aku tu menangis kelaparan susu ibunya.


Dan semalam juga sewaktu sebelum anak aku di bawa masuk ke wad 6C, aku terperasan rambut anak aku ni agak lain. Aku tak pasti la mengikut siapa atau mungkin sebagai anugerah dari Allah. Tiba tiba anak aku yang ni memiliki dua pusaran rambut lak. Betul ke kalau ada dua pusaran ni orang kata 'nakal' ? Kalau betul, anak aku yang pertama tu satu je pusaran rambutnya tapi 'agak nakal' jugak la. Hehehe..




18 comments:

  1. aduhh... xsampai hati nak tinggalkan anak.huhu~~

    ReplyDelete
  2. mudahan demam kunig anak cepat sembuh. lebat juga rambut baby.

    ReplyDelete
  3. DUlu ada GK kuning juga tapi GK tak bg dia di tahan di wad...bacaan dia 12 JUGA LA..kami letak daun lidah buaya yang telah dibuang kulitnya tekap atas dahi dia...pastu lapkan rambut dia dengan air lidah buaya juga..esok bw pi cek bacaan dah turun jadi 8 pastu selang dua hati cek lagi bacaan dah jadi 4...itu je petua yg kak ipar GK seorang nurse perturunkan...

    ReplyDelete
  4. Tahniah pipoq & isteri atas kehadiran baby baru ni..moga 'kuning' baby cepat hilang xsanggup rasanya berpisah ngan anak kan..ammar ritu mek qema mandikan air rebusan inai selama seminggu, Alhamdulillah xde 'kuning'.

    ReplyDelete
  5. Rawatan Jaundice yang berkesan adalah meletakkan bayi dibawah rawatan Phototherapy.

    Saya tidak nafikan hospital kerajaan yang sedia ada tidak dapat menampung jummlah pesakit.

    Bukan setakat hospital lama sahaja penuh termasuk hospital baru pun turut penuh.

    Kerajaan subsidi perbelanjaan perubatan pun banyak. Bayangkan semasa anak saya menerima rawatan pembedahan bisul dengan kos RM6++ tetapi sebab subsidi cuma perlu bayar RM50. Banyak perbezaannya.

    ReplyDelete
  6. salam...
    sabar anak klu kuning kuat mmg payah skit bro..sy dulu anak pertama sempat blik selepas semalam tdo d sana hee..

    balik kg 2 ke 3 hari dh kuning kmi bgi bby susu kambing 1 sudu susu kambing syukur mujarab,,ada juga kwn saya bgi anak minum air senkung jee

    ReplyDelete
  7. setiap bayi yg baru lahir mmg tak terlepas dari kuning ni yer..?

    sy pun ada dengar gak org kata kalau ada 2 pusar ni nakal & keras kepala..tpi bijak... wallahualam... ;)

    ReplyDelete
  8. miya:

    kalau ikutkan memang nak berkampung je kat depan wad tu tapi kesian lak kat isteri yang baru lepas pembedahan terpaksa duduk je kat situ..

    ReplyDelete
  9. Denaihati :

    insyaAllah, terima kasih..

    matanya pun agak sepet sampaikan ramai yang ingat anak orang cina..

    ReplyDelete
  10. Gadis Kampung :

    InsyaAllah boleh dicuba petua yang GK bagi ni..terima kasih banyak..

    ReplyDelete
  11. qemaishak :

    terima kasih qema..kabornya tak lama lagi giliran qema lak kan ? semoga semuanya dipermudahkan dan selamat..

    memang terseksa mental bila terpaksa berpisah dengan anak ni..

    pagi tadi pertama kali cuba ubat mandian yang dibeli di kedai herba cina..

    ReplyDelete
  12. akubiomed :

    sy pernah terbaca ada bayi yang sangat tinggi jaundicenya diletakkan dibawah tiga lampu phototherapy tu..dan kalau yang lebih serius lagi, hingga perlu dilakukan pemindahan darah..

    pada pendapat saya, sekurang kurangnya pihak hospital perlu juga menyediakan kemudahan seperti kerusi yang lebih sesuai untuk ibu lepas pembedahan duduk menyusukan anak anak mereka di wad NIC..

    berkenaan subsidi tu memang tak dinafikan banyak manfaat untuk rakyat..

    ReplyDelete
  13. suri :

    Alhamdulillah cuma perlu ditinggalkan satu malam je..

    ada orang cakap kalo susu kambing tu takut 'panas' sangat..

    masa anak pertama dulu memang takde lansung masalah jaundice ni..cuma yang kedua ni pulak 'sangkut'..

    ReplyDelete
  14. nabilah_2908 :

    dari pembacaan menerusi kajian ahli perubatan, jaundice ni sebenarnya bukan la penyakit sebab memang boleh dikatakan setiap bayi yang baru lahir pasti akan mengalami jaundice..bezanya cuma tahap tinggi atau rendah kandungan bilirubin dalam darah je..

    hahaha..betul ke ? kakak dia yang satu pusar aje pun boleh tahan nakal + keras kepala..kalo dua pusar ni nak kena double kot..

    ReplyDelete