07 May 2012

Poslaju

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengujung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah. 

Alhamdulillah petang semalam anak aku dah dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah berikutan ada penurunan tahap bilirubin dari 13.3 kepada 10.7. Dan hari ni masa mendapatkan pemeriksaan susulan di Klinik Kesihatan Gunung Rapat, bacaannya semakin menurun 9.7 yang kira okay la walaupun menurut pandangan doktor yang memeriksa anak aku tu kata masih di tahap berjaga jaga perkembangan jaundicenya.


Malam tadi jugak buat pertama kalinya dalam hidup anak aku tidur bersama dengan ahli keluarganya terutama papa ngan mama dia la. Setelah satu malam ditinggalkan di wad 6C HRPB sampai membuatkan kami suami isteri tak lena tidur memikirkan anak yang kesorangan walaupun ramai lagi geng kuning di wad tu.

Balik dari klinik tadi, aku dapat satu panggilan telefon dari poslaju. Memang laju sungguh. Nasib baik la jarak antara rumah aku ke klinik tu tak jauh mana. Takde la rasa bersalah sangat aku nak mintak encik poslaju tu tunggu aku sampai rumah. 

Seperti sudah dijangkakan setelah membaca entri blog milik bro mie kita pagi tadi, aku telah selamat menerima bungkusan yang dikirimkan. Baru je pagi tadi aku mengomen dalam entri tentang kiriman hadiah teka kos yang dicepumaskan rupanya dah dalam perjalanan hadiahnya.


Terima kasih kepada bro mie atas pemberian hadiah peneka paling hampir tepat tu walaupun berbagai rintangan yang terpaksa dihadapi dalam proses penghantaran. Anak dah dapat. Hadiah kuiz dah dapat. Lepas ni nak dapat apa lagi ye ?



13 comments:

  1. ALHAMDULILAH TANIAH BRO.SEJUK MATA AKU TENGOK GAMBAR BABY NI

    ReplyDelete
  2. onlajer :

    terima kasih..bertambah lagi umat Nabi SAW ke dunia ni..

    ReplyDelete
  3. Sudah merah mukanya dan tidak ada kelihatan kekuningan. Syukur sudah pulih.

    ReplyDelete
  4. Assalam..
    Comelnya baby...
    Alhamdulillah, Anak2 saya tak pernah lagi la tidur di wad sebab kuning..

    ReplyDelete
  5. akubiomed :

    alhamdulillah semakin pulih..
    cuma pada anak matanya je yang masih lagi sedikit kekuningan..

    ReplyDelete
  6. Iza Teratak Usang :

    w'salam..
    saya pun ni baru pertama kali pengalaman anak kena kuning sampai kena tahan wad..
    masa anak pertama dulu alhamdulillah lansung takde kuning..

    ReplyDelete
  7. fuh!!
    akhirnya selamat sampai juga...
    xseberapa pun...
    ehhehee

    ReplyDelete
  8. mie :

    terima kasih daun keladi..

    walau tak seberapa pun tapi sangat berharga..tak sangka lak campai secepat tu..hehehe

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum pipoq...wah seronoknya semuanya dah dpt yer...tahniah sbb berjaya dlm segmen tu ...:)

    ReplyDelete
  10. dlm hti rasa gusar..tpi hait ttp senyum mnanis bila dpt dakap anak lama2 di sisi...

    thnih atas kemenangan kuiz tu

    ReplyDelete
  11. comelnya si kecik ni...putih gebu... :)

    tahniah En Pipoq..hari tu ke blog Mie...terperasan gak nama En Pipoq disebut tntg hadiah ni.. :)

    ReplyDelete