Showing posts with label bilirubin. Show all posts
Showing posts with label bilirubin. Show all posts

08 May 2012

O positif

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat rakan rakan pengunjung sekalian mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Dah nak sampai penghujung hari selasa baru sempat aku nak masukkan entri untuk hari ni. Sejak anak aku dah dibenarkan pulang ke rumah tempohari, jadual harian kami suami isteri dah ada penambahan sikit.

Maklum saja la kadang kadang tu anak kecil ni tak nak tidur malam malam. Nak kena didukung dan didodoi baru la lena semula. Bukan reti nak tengok jam pun, kira ikut suka dia je nak bangun jam berapa. Cuma biasanya isteri aku la yang terlebih peka bila anak aku tu menangis tengah malam. Hehehe..


Pagi tadi sekali lagi kami terpaksa membawa anak kecil kami tu ke klinik untuk pemeriksaan susulan tahap bilirubin dalam darah bagi masalah jaundice. Alhamdulillah selepas ujian darah dilakukan di makmal klinik, tahap bilirubin dalam darahnya cuma 8.8 bermakna faktor risiko kesan sampingan jaundice tu semakin berkurangan.

Terima kasih kepada rakan rakan yang memberikan petua dan cadangan dalam menangani masalah jaundice untuk bayi yang baru lahir ni. Sewaktu anak yang pertama dulu memang tiada masalah jaundice ni walaupun pernah disyaki mengalami jaundice namun setelah pemeriksaan darahnya, doktor mengesahkan anak aku tu normal je tahap bilirubinnya dan tak perlu sebarang rawatan.


Cuma anak kedua ni pulak yang memberikan kami suami isteri pengalaman menghadapi jaundice. Menurut doktor yang kami temui, faktor isteri aku yang memiliki darah kumpulan O positif memang agak tinggi kemungkinan untuk anak mendapat jaundice. Pada aku tu semua dari sudut kajian saintifik dan pastinya setiap apa yang berlaku tu adalah atas kehendak dan kuasa Allah jualah.

Bagi bakal bakal ibu bapa yang ada tu, jaundice ni adalah perkara biasa yang kemungkinan akan berlaku kepada setiap bayi yang baru lahir. Cuma kita sebagai ibu bapa, perlu la bersedia dan belajar berkenaan jaundice ni betul betul agar kita dapat fahami penyebab, kesan dan akibatnya. Sekurang kurangnya bila kita dah ada sedikit pengetahuan tu, ianya akan memudahkan kita dalam membuat sebarang keputusan.


Makan malam tadi kami menikmati sajian yang nak kata klasik tu tak la jugak. Tiba tiba isteri aku teringin pulak nak makan McDonalds Chicken Foldover lepas tengok iklan dia kat TV. Suatu masa dulu sekitar tahun 2006, hidangan foldover ni memang agak popular di McDonalds tapi kemudian menghilang pulak dari menu namun kini kembali menghantui restoran restoran McDonalds seluruh negara. 



07 May 2012

Poslaju

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengujung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah. 

Alhamdulillah petang semalam anak aku dah dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah berikutan ada penurunan tahap bilirubin dari 13.3 kepada 10.7. Dan hari ni masa mendapatkan pemeriksaan susulan di Klinik Kesihatan Gunung Rapat, bacaannya semakin menurun 9.7 yang kira okay la walaupun menurut pandangan doktor yang memeriksa anak aku tu kata masih di tahap berjaga jaga perkembangan jaundicenya.


Malam tadi jugak buat pertama kalinya dalam hidup anak aku tidur bersama dengan ahli keluarganya terutama papa ngan mama dia la. Setelah satu malam ditinggalkan di wad 6C HRPB sampai membuatkan kami suami isteri tak lena tidur memikirkan anak yang kesorangan walaupun ramai lagi geng kuning di wad tu.

Balik dari klinik tadi, aku dapat satu panggilan telefon dari poslaju. Memang laju sungguh. Nasib baik la jarak antara rumah aku ke klinik tu tak jauh mana. Takde la rasa bersalah sangat aku nak mintak encik poslaju tu tunggu aku sampai rumah. 

Seperti sudah dijangkakan setelah membaca entri blog milik bro mie kita pagi tadi, aku telah selamat menerima bungkusan yang dikirimkan. Baru je pagi tadi aku mengomen dalam entri tentang kiriman hadiah teka kos yang dicepumaskan rupanya dah dalam perjalanan hadiahnya.


Terima kasih kepada bro mie atas pemberian hadiah peneka paling hampir tepat tu walaupun berbagai rintangan yang terpaksa dihadapi dalam proses penghantaran. Anak dah dapat. Hadiah kuiz dah dapat. Lepas ni nak dapat apa lagi ye ?