Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

29 March 2012

Kita dan najis ayam

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengujung yang dihormati dengan doa dan harapan mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Pagi ni kami sekeluarga menghabiskan masa di klinik sebab ibu mengandung perlu buat pemeriksaan rutin dan begitu jugak dengan anak yang dah masuk usia 3 tahun setengah ni pun nak kena buat pemeriksaan sama.


Kembali kepada tajuk entri hari ni, rasanya isu tentang telur najis ayam ni dah agak lama diperkatakan tapi seakan semakin dilupakan saban hari. Kalau kita baca bab hukum makanan, hukum memakan najis itu adalah haram. Tapi dalam sedar tak sedar entah berapa banyak najis yang dah kita masukkan dalam tubuh badan kita ni tak tau la.

Kalau kita sendiri yang memasak di rumah insyaAllah takde masalah dalam mengendalikan telur ayam untuk menjadi menu masakan kita tu sebab mungkin kita akan basuh bersih dulu telur tu sebelum digunakan. Tapi bagaimana pulak kalau kita memesan menu di luar ?


Sebutkan je apa menu yang kat luar tu yang menggunakan telur ayam. Nasi goreng kampung, char kuew tiau, burger benjo, mee goreng mamak, roti canai telur, murtabak, telur bungkus, mee bandung, nasi lemak, bihun kung fu, nasi pataya dan berbagai lagi menu menu yang menggunakan telur sebagai sebahagian dari bahan masakan bagi menyempurnakan masakan tu sendiri.

Adakah telur yang digunakan oleh penyedia makanan tu dibasuh terlebih dahulu ? Atau hanya terus diambil dari bekasnya lalu dipecahkan dan terus dicampurkan ke dalam masakan yang dipesan ? Andai tidak dibasuh, adakah bersih telurnya tu dari najis yang mungkin melekat dikulit telur tersebut ? Dan adakah hasil dari telur yang tidak dibasuh yang dicemari sisa najis ayam itu yang kita makan dengan berselera sekali ?


Rasanya tak menjadi kesalahan pada kita sebagai pengguna untuk bertanyakan soal kebersihan pada makanan yang kita pesan tu dari penyedia makanan tak kira la samada restoran atau gerai di tepi jalan. Sebagai orang Islam, menjadi kewajipan bagi kita untuk memastikan makanan yang kita makan tu adalah dari sumber yang halal lagi bersih. Andainya penyedia makanan tu membantah, buat apa kita nak memajukan perniagaan yang penuh dengan syubhat sebegitu yang hanya memikirkan keuntungan diri sendiri dari memikirkan keutamaan menjaga kesejahteraan umat.

Tepuk dada tanyalah selera masing masing. Perlu kita ketahui setiap apa yang kita makan dan minum itu akan menjadi darah dan daging kita jugak. Kalau rasa tak peduli dari mana sumber hasil darah daging kita tu, terpulang pada selera masing masing. Cuma kita perlu ingat, dalam Islam ni antara perkara utama yang perlu kita jaga ialah kebersihan. Sebab kalau bernajis, dah tentu amal ibadat kita tak sah. Mungkin kerana terlalu banyak makan najis tanpa kita sedari, maka sebab tu la kita ni jadi liat nak beribadah kepada Allah. 


Andai dapat kita hindari, bersama sama la kita cuba hindari. Kalau teringin sangat nak makan kat luar tu, gunakan kuasa kita sebagai pengguna untuk memastikan makanan kita tu benar benar terjamin kebersihannya. Tapi kalau rasa tak kesah nak makan najis sebab mungkin nak cepat tumbuh subur macam tanaman, silakan la menjamu selera berasaskan menu telur najis ayam tanpa perlu memikirkan apa apa.



27 May 2011

jaga diri

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati sekalian. Buat adik adik yang bersekolah tu, hari ni dah hari terakhir persekolahan bagi penggal pertengahan. Cuti selama dua minggu selepas bertungkus lumus menjawab soalan peperiksaan baru baru ni gunakan la dengan sebaik baiknya. 



Aku tak cuti lagi. Sebahagian pelajar yang bakal menempuh peperiksaan SPM dan PMR tahun ni ada program perkampungan ilmu selama satu minggu. Maknanya cuti yang sepatutnya dua minggu telah menjadi satu minggu je la. 



Hari ni aku nak berkongsi tafsir Al Quran dari Surah Luqman. Kita bukak Al Quran tu pada mukasurat 412 dijuzuk ke 21 surah yang ke 31 ayat 18 dan 19, kita akan temui ayat dimana Luqman Al Hakim menasihati anaknya tentang perlakuan sepatutnya kita di muka bumi ni.


"Dan janganlah engkau memalingkan muka mu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." Luqman : 18
 
"Dan sederhanakanlah langkah mu semasa berjalan, juga rendahkanlah suara mu (semasa berkata kata), sesungguhnya seburuk buruk suara ialah suara keldai." Luqman : 19
Pengertian ayat yang kat atas ni jelas membimbing kita dalam menjadi insan yang baik budi pekerti. Pada ayat ke 18 tu mengingatkan kita supaya tidak memandang rendah terhadap orang lain. 



Walau setinggi mana pun martabat kita, walau sehebat mana pun kita ni, tak sepatutnya perkara tu membuatkan kita lupa diri. Seringkali berlaku dalam peradaban manusia, yang berkuasa menindas yang lemah, yang berasakan diri mereka lebih dari orang lain memandang rendah pada keupayaan dan kedudukan mereka yang berada di bawah.



Kerana itulah Nabi SAW mengajar kita bahawa Islam itu bersaudara. Malah dalam Islam tak de lansung istilah darjat atau kasta tertentu yang membezakan antara satu dengan yang lain. 


Kita jugak tidak digalakkan malah dilarang untuk berjalan dibumi Allah ni dengan perasaan bangga dan membesar diri. Kecuali la diri tu memang besar. Sebagai hamba Allah dan nama panggilannya pun hamba, tak sepatutnya kita bersombong diri merasa macam dah hebat sangat.




Tak perlu jugak kita berjalan sampai nak hentak hentak kaki. Lain la kalau nak berkawad tu. Ni berjalan kat pusat membeli belah pun kalau boleh nak semua orang tau yang dia tu tengah berjalan. 


Etika ketika bercakap dan berkata kata pun perlu dijaga. Sederhanakan intonasi suara, cakap dengan beradab. Ni tak, kalau nak bersembang tu dah macam sembang kat kedai kopi je. Mengalahkan ahli parlimen tengah berdebat lagi tu. 




Tak kira la samada lelaki mahupun perempuan, jagalah suara tu. Nak jerit jerit, pegi la jerit kat stadium masa tengok bola ke, sukan ape ke tapi jangan lebih lebih pulak. Bertutur la dengan penuh kesopanan. Orang yang dengar pun rasa aman je. Kalau suara tu sedap tak pe jugak kot, ni kalau suara pun serupa keldai apa cerita ? 


Sama sama la kita menjaga tatasusila kita sesama manusia lain. Buang sifat sifat buruk tu gantikan dengan sifat sifat terpuji. Semoga kita mendapat manfaat dari apa yang kita pelajari hari ni.

24 February 2011

jodoh pilihan

Salam hari khamis buat semua rakan pembaca. Semalam takde entri ditulis disebabkan talian internet yang semacam je. Tambahan pula semalam agak sibuk ditempat kerja. Hari ni alhamdulillah ada sedikit peningkatan walaupun tersengguk sengguk macam kereta nak habis minyak.

Pagi tadi sambil membuat kerja, telinga ni sibuk mendengar celoteh di radio. Penyampai radio tu berikteraksi bersama pemanggil dan pendengar siaran radio tu berkenaan jodoh. Antara jodoh pilihan sendiri atau pilihan ibu bapa.


Banyak jugak la respon dari pemanggil menyatakan pendapat masing masing. Tapi dari banyak banyak tu pulak kebanyakannya pemanggil yang makcik makcik yang dah semestinya melalui zaman perkahwinan yang dipilih oleh ibubapa. 

Dan begitu jugak mereka mengakui jodoh yang ditetapkan oleh ibubapa ni lebih bagus dari pilihan sendiri. Buktinya dengan perkahwinan mereka yang tetap bertahan sehingga ke hari ini.


Memang tak dinafikan la tersangat jarangnya kita mendengar berlaku penceraian bagi pasangan yang setaraf mak dan nenek kita. Malah kalo diperhatikan, bilangan anak yang berjaya diorang hasilkan bukan sebelah tangan tak macam orang sekarang ni.

Tapi dalam pada tu aku memikirkan jugak la tentang jodoh pilihan ni. Kalau kita fikirkan tentang zaman dulu dulu mak mak kita masa dipertemukan jodoh oleh atuk nenek kita, apa kriteria yang diutamakan oleh atuk nenek kita tu dalam mencari pasangan untuk mak kita.

Pastinya takde mak bapak yang nak menjodohkan anaknya dengan ketua penyamun. Kalau kita tengok dalam drama pun, yang pertama dilihat mesti latarbelakang keluarga bakal menantu tu terlebih dahulu. Kemudian kesepadanan antara bakal menantu dan anak diorang. 


Dan hasilnya yang boleh kita tengok sekarang ni keteguhan jodoh yang berpanjangan sampai ke cucu cicit. Apakah rahsianya ? Dah tentu la kesesuaian yang dipilih oleh atuk nenek kita tu. 

Zaman sekarang ni pulak kebanyakan dari kita dah pandai untuk memilih sendiri. Tak macam zaman mak mak kita dulu. Sekarang ni lebih terbuka. Masih bersekolah rendah pun dah pandai untuk berpasangan. 

Tak menjadi satu kesalahan pun untuk memilih pasangan hidup sendiri. Tapi bukan la boleh dengan sewenang wenangnya. Sebab tu nabi junjungan kita dah bagitau, kalau nak memilih jodoh tu pandang la pada agamanya yang utama. 

Jangan dilihat hanya pada kecantikan atau kehenseman semata mata. Ataupun hanya melihat pada kekayaan harta benda. Kalau hanya tertarik pada pandangan mata, segala tu kelak akan susut dan pastinya mata akan mencari tarikan yang lain pulak.

Kalau hanya tertarik pada kekayaan harta benda pulak, belum tentu kekayaan tu akan kekal selamanya. Kalau nak memilih jodoh sendiri pun, rujuk la pada mak dan bapak. Kalau nak rujuk diri sendiri pun, lihat la pada kriteria pasangan pilihan tu. 

Bagaimana dengan agamanya ? Bagaimana dengan kesopanan dan kesusilaannya ? Bagaimana dengan sikap bertanggungjawabnya ? 

Dah la zaman sekarang ni nak kahwin pun bukan senang. Bukan sekupang dua yang dibelanjakan. Berhempas pulas nak menyediakan belanja untuk perkahwinan tapi kalau akhirnya tidak berkekalan alangkah malangnya menanggung kerugian.


Lagipun alam perkahwinan ni bukan sekadar untuk bersuka ria. Beban tanggungjawab yang harus dipikul oleh kedua suami isteri tu bukan semudah kata. Sebagai suami harus memikul amanah untuk mendidik isteri dan anak anak patuh pada agama. Begitu juga dalam menjaga segala kebajikan keluarga agar sentiasa dalam keberkatan.

Bagi yang tak kesah mungkin tak memperdulikan semua tu. Sumber rezeki makan pakai keluarga pun tak diperdulikan dari mana datangnya. Ketaatan pada agama lansung tidak diendahkan. Lalu tanggungjawab sebagai ketua keluarga tu dicampak entah ke mana. 

Sebagai isteri pula, bukan sekadar menjaga makan minum suami dan anak anak. Perlu juga menunaikan amanah dalam mengawasi keluarga agar terhindar jauh dari keberkatan ilahi. Kalau setakat menjaga makan minum semata mata, mamak kat restoran tu lebih berkualiti. Kalau tak percaya cuba tengok berapa ramai suami suami yang suka makan minum kat restoran mamak ? 


Cam aku bagi pendapat tadi tu, tak salah pun untuk memilih jodoh sendiri tapi cuba gunakan pendekatan atuk nenek kita cam zaman dulu tu. Kalo yang bakal nak jadi menantu ni, cuba tengok bakal mertua tu. Rukun islamnya camne ? Terjaga atau tak tau pun apa benda rukun islam tu. InsyaAllah andai perkara utama ni terpelihara, pastinya Allah juga akan memelihara kita dalam apa juga yang kita lalui dalam kehidupan ni.

Pehtu tengok jugak diri sendiri. Rukun islam tu terlaksana ke tak ? Kalo tak berapa terlaksana, laksanakan la dengan sempurna sebelum bercita cita nak mengembangkan generasi. Lain la kalau nak jadikan generasi yang bakal dilahirkan tu serupa macam kita jugak. Jangan sampai satu hari nanti, ada generasi yang akan mengatakan tidak mengenali penciptanya.