Showing posts with label kebersihan. Show all posts
Showing posts with label kebersihan. Show all posts

29 March 2012

Kita dan najis ayam

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengujung yang dihormati dengan doa dan harapan mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Pagi ni kami sekeluarga menghabiskan masa di klinik sebab ibu mengandung perlu buat pemeriksaan rutin dan begitu jugak dengan anak yang dah masuk usia 3 tahun setengah ni pun nak kena buat pemeriksaan sama.


Kembali kepada tajuk entri hari ni, rasanya isu tentang telur najis ayam ni dah agak lama diperkatakan tapi seakan semakin dilupakan saban hari. Kalau kita baca bab hukum makanan, hukum memakan najis itu adalah haram. Tapi dalam sedar tak sedar entah berapa banyak najis yang dah kita masukkan dalam tubuh badan kita ni tak tau la.

Kalau kita sendiri yang memasak di rumah insyaAllah takde masalah dalam mengendalikan telur ayam untuk menjadi menu masakan kita tu sebab mungkin kita akan basuh bersih dulu telur tu sebelum digunakan. Tapi bagaimana pulak kalau kita memesan menu di luar ?


Sebutkan je apa menu yang kat luar tu yang menggunakan telur ayam. Nasi goreng kampung, char kuew tiau, burger benjo, mee goreng mamak, roti canai telur, murtabak, telur bungkus, mee bandung, nasi lemak, bihun kung fu, nasi pataya dan berbagai lagi menu menu yang menggunakan telur sebagai sebahagian dari bahan masakan bagi menyempurnakan masakan tu sendiri.

Adakah telur yang digunakan oleh penyedia makanan tu dibasuh terlebih dahulu ? Atau hanya terus diambil dari bekasnya lalu dipecahkan dan terus dicampurkan ke dalam masakan yang dipesan ? Andai tidak dibasuh, adakah bersih telurnya tu dari najis yang mungkin melekat dikulit telur tersebut ? Dan adakah hasil dari telur yang tidak dibasuh yang dicemari sisa najis ayam itu yang kita makan dengan berselera sekali ?


Rasanya tak menjadi kesalahan pada kita sebagai pengguna untuk bertanyakan soal kebersihan pada makanan yang kita pesan tu dari penyedia makanan tak kira la samada restoran atau gerai di tepi jalan. Sebagai orang Islam, menjadi kewajipan bagi kita untuk memastikan makanan yang kita makan tu adalah dari sumber yang halal lagi bersih. Andainya penyedia makanan tu membantah, buat apa kita nak memajukan perniagaan yang penuh dengan syubhat sebegitu yang hanya memikirkan keuntungan diri sendiri dari memikirkan keutamaan menjaga kesejahteraan umat.

Tepuk dada tanyalah selera masing masing. Perlu kita ketahui setiap apa yang kita makan dan minum itu akan menjadi darah dan daging kita jugak. Kalau rasa tak peduli dari mana sumber hasil darah daging kita tu, terpulang pada selera masing masing. Cuma kita perlu ingat, dalam Islam ni antara perkara utama yang perlu kita jaga ialah kebersihan. Sebab kalau bernajis, dah tentu amal ibadat kita tak sah. Mungkin kerana terlalu banyak makan najis tanpa kita sedari, maka sebab tu la kita ni jadi liat nak beribadah kepada Allah. 


Andai dapat kita hindari, bersama sama la kita cuba hindari. Kalau teringin sangat nak makan kat luar tu, gunakan kuasa kita sebagai pengguna untuk memastikan makanan kita tu benar benar terjamin kebersihannya. Tapi kalau rasa tak kesah nak makan najis sebab mungkin nak cepat tumbuh subur macam tanaman, silakan la menjamu selera berasaskan menu telur najis ayam tanpa perlu memikirkan apa apa.



08 March 2011

mulut

  17 Komen    
label: ,
Salam selasa buat semua rakan pembaca yang sudi menjengah. Alhamdulillah hari ni bandaraya Ipoh sedikit sejuk berikutan hujan yang turun sejak petang semalam membawa sampai ke pagi ni. Ada ke warga Ipoh yang tadah air hujan semalam ? Maklum la bermula jam 10 pagi tadi hingga ke 12 malam nanti beberapa kawasan akan mengalami ketiadaan air berikutan kerja kerja pembersihan yang dilakukan di loji penapisan air Kinta. 

Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang mulut. Bukan mulut botol pulak tapi mulut kita manusia ni la. Ada yang bermulut seksi. Ada yang bermulut anggun. Ada jugak yang bermulut berbagai jenis. 


Kita semua sedia maklum tentang penjagaan kebersihan mulut. Ye la, kalo takde mulut kan susah. Nak bercakap pun susah. Nak makan minum pun susah. Pendek kata mulut ni antara organ terpenting jugak la yang harus kita syukuri sebab dari mulut ni jugak la kita dapat merasai macam macam nikmat lebih lebih lagi nikmat makan minum tu.

Sikit punya cantik la Allah ciptakan mulut kita ni. Dengan bibir mungilnya. Gigi tersusun cantik. Lidah yang berkeupayaan untuk merasai berbagai perisa. Kalo nak sebut semua yang ada dan fungsi fungsi yang terdapat dalam mulut ni nanti jadi macam karangan biologi pulak. 

Kebersihan tu dah sememangnya dituntut dalam agama. Dan sudah pasti ada hikmahnya bila sesuatu tu dituntut untuk dilakukan tul tak ? Cam kalo malas nak gosok gigi, hikmahnya pasti gigi tu akan rosak. Bila gigi rosak dan kotor, tu memungkinkan kita menjadi seperti biawak. 


Kenapa boleh jadi macam biawak pulak ? Takkan tak pernah tengok national geography kot ? Biawak tu kan tak pernah gosok gigi. Dah tu pulak kebersihan mulut dia pun lansung tak dijaganya. Sampaikan air liur biawak tu penuh dengan segala bakteria merbahaya. Jadik, kalo ada sesiapa disekeliling kita tu yang malas menjaga kebersihan mulut dia tu maka berhati hatilah dari terkena gigitan mereka tu. Bahaya woo.

Tujuan lain dalam menjaga kebersihan mulut ni jugak supaya penampilan diri tu lebih meyakinkan dan senang diterima oleh orang lain. Apesal pulak ? Aii..kalo mulut tu tak dijaga kebersihannya tambah pulak macam macam yang kita ni makan, bayangkan saja la aroma hasil dari sisa sisa buangan kita tu camne. Lebih kurang camtu je jugak aroma yang menetap dalam mulut yang tak dijaga kebersihan ni.


Tambah pulak kalo yang sedara mara jin. Takkan tak kenal kot siapa sedara mara jin ? Jin kan suka makan asap. Cuma sedara mara jin ni tak la makan asap cuma suka main telan luah asap je. Diri sendiri mungkin la tak terhidu aroma terapi tu. Tapi kalo orang lain yang berdekatan silap haribulan leh muntah hijau dibuatnya.

Banyak cara untuk menjaga kebersihan mulut dan persekitarannya ni. Antaranya menjaga pemakanan, selalu berkumur, menggosok gigi sekurang kurangnya dua kali sehari, bersugi, berhenti merokok, banyak minum air kosong dan memacam la lagi. Tujuannya untuk diri sendiri jugak. 

Kalo nak cakap bab merokok tu kekadang aku hairan jugak. Mungkin diorang tak pernah dengar tentang keutamaan membersihkan mulut sebelum bersolat sebab bila aku nak bersolat jumaat tu selalu nampak ada la sebahagian umat ni sebelum masuk ke masjid duduk lepak lepak dulu kat bawah pokok sambil menghisap rokok.


Diorang mungkin tak tahu bila kita bersolat ni, bila kita mengucapkan bacaan bacaan dalam solat tu para malaikat akan mengiringi bacaan kita tu sangat hampir dengan kita secara berhadapan. Tapi kalo mulut pun beraroma memualkan, jauh je malaikat tu duduk sesilap lansung tak nak join sama.

Tu serba sedikit tentang penjagaan fizikal mulut. Camne pulak dengan rohani mulut tu ? Ye la, kalo kebersihan mulut sentiasa dijaga rapi tapi apa yang keluar dari mulut tu lansung tak dijaga tak guna jugak kan. 


Tak payah nak cakap orang lain, kita sendiri pun kadang kadang ada termengumpat orang, termengata orang, tergosip sana sini, termencarut, termengomel, terlupa nak bersyukur dan macam macam 'ter' lagi la.

Kebersihan yang berbentuk rohani ni pun kena la jugak kita jaga. Baru la sempurna semuanya. Kalo orang cakap mulut cimpanzi tu busuk tak cantik, tapi walaupun mulut dia busuk tak cantik ada ke pernah cimpanzi tu mengucapkan perkataan yang kotor ? Ada ke pernah cimpanzi tu menyakitkan hati cimpanzi lain dengan kata kata ?


Kesimpulannya, jagalah mulut kita ni zahir dan batinnya. Kebersihan zahir tu mungkin mudah dijaga sebab macam macam kemudahan yang ada. Kebersihan batin mulut tu je yang mungkin tak berapa terjaga. Jangan nanti kerana mulut kita ni, akhirnya merana. Bukan je merana kat dunia, silap haribulan sampai ke akhirat pun merana jugak.