Showing posts with label kesedaran awam. Show all posts
Showing posts with label kesedaran awam. Show all posts

11 March 2011

Artis menyanyi dalam masjid

Salam jumaat buat semua rakan pembaca yang sudi melawat blog ni. Hari ni hari terakhir persekolahan untuk penggal pertama, seronok sakan la bebudak sekolah bermula hari ni. Kalo zaman aku bersekolah dulu, perkara pertama yang bermain dalam kepala bila cuti sekolah ni nak bangun lewat je keesokan hari tu. 


Ape pun kepada adik adik yang bersekolah tu, selamat bercuti dan manfaatkan la cuti ni dengan perkara yang berfaedah. Orang melansungkan perkahwinan pun ramai gak dalam cuti sekolah ni. Kalau ada rakan rakan pembaca yang bakal melansungkan perkahwinan tu, selamat pengantin baharu aku ucapkan.

Artis mane yang menyanyi dalam masjid tu ? Gempar betul tajuk entri hari ni. Tapi tak nampak pulak dalam muka depan akhbar. Kalau aku nak bagitau artis mana yang menyanyi dalam masjid ni, bukan je artis tempatan kita malah artis antarabangsa pun ada terlibat sama.


Siapa yang tak terkejut kalau tiba tiba suara Wonder Girls berkumandang menyanyikan lagu nobody tu dalam masjid. Kadang kadang Girl Generation pun ada. Tak termasuk lagi artis artis lain yang kebiasaannya artis perempuan la yang menyanyi di dalam masjid ni. 

Bukan je artis dari luar negara. Malah artis tempatan pun tak kurang hebatnya memeriahkan masjid dengan nyanyian diorang tu. Baik artis lelaki atau artis perempuan, masing masing mempersembahkan lagu lagu terbaru untuk menjadi halwa telinga jemaah yang hadir tu.

Aku ingatkan mungkin cara camtu sebagai satu pendekatan untuk menarik lebih ramai jemaah lelaki untuk ke masjid. Rupanya tidak. Jauh sama sekali tanggapan aku tu.  Sebab apa ? Sebabnya kena la tanya pada encik Osman Yusoef.


Nampak tu ? Ana Rafalli pun menyanyi dalam masjid jugak. Tak cukup cukup menyanyi dalam panggung wayang, dalam tren LRT, dalam kereta, dalam kelas, dalam rumah, dalam masjid pun dia nak menyanyi jugak tu.


Bukan takde larangan pun tertera. Malah kekadang tu kat setiap pintu masuk masjid pun ada tanda larangan ni. Cuma tu la dah nama pun peminat setia, kena la setia sepanjang masa tak kira tempat.


Paling tak tahan tu bila tengah bersolat tu pulak la artis artis ni nak menyanyi. Waktu sebelum bersolat tu diam je. Daripada nak mendengar tuan imam membacakan ayat ayat suci dalam solat, tetiba terganggu pulak dengan suara merdu sang artis ni. Berkecamuk fikiran weh.

Dan tak pasal pasal je pulak dapat saham dosa sebab mengutuk dalam hati. Tu la, orang lain pakai telefon bimbit, dia pun nak pakai jugak. Orang lain sebelum pakai tu baca dulu buku panduan, dia tak nak baca. Orang lain dah tau camne nak matikan atau kasi mod getar telefon tu, dia tak reti reti.

Kesudahannya jadi la cam yang encik Osman Yusoef kita tu alami. Yang tuan peminat setia ni pulak, konon khusyuk sangat la pulak. Dah tau artis kesayangan dia tu menyanyi, tak reti reti pulak nak tekankan apa yang patut supaya artis dia tu tau dia tengah solat. Haru betul.


24 February 2011

jodoh pilihan

Salam hari khamis buat semua rakan pembaca. Semalam takde entri ditulis disebabkan talian internet yang semacam je. Tambahan pula semalam agak sibuk ditempat kerja. Hari ni alhamdulillah ada sedikit peningkatan walaupun tersengguk sengguk macam kereta nak habis minyak.

Pagi tadi sambil membuat kerja, telinga ni sibuk mendengar celoteh di radio. Penyampai radio tu berikteraksi bersama pemanggil dan pendengar siaran radio tu berkenaan jodoh. Antara jodoh pilihan sendiri atau pilihan ibu bapa.


Banyak jugak la respon dari pemanggil menyatakan pendapat masing masing. Tapi dari banyak banyak tu pulak kebanyakannya pemanggil yang makcik makcik yang dah semestinya melalui zaman perkahwinan yang dipilih oleh ibubapa. 

Dan begitu jugak mereka mengakui jodoh yang ditetapkan oleh ibubapa ni lebih bagus dari pilihan sendiri. Buktinya dengan perkahwinan mereka yang tetap bertahan sehingga ke hari ini.


Memang tak dinafikan la tersangat jarangnya kita mendengar berlaku penceraian bagi pasangan yang setaraf mak dan nenek kita. Malah kalo diperhatikan, bilangan anak yang berjaya diorang hasilkan bukan sebelah tangan tak macam orang sekarang ni.

Tapi dalam pada tu aku memikirkan jugak la tentang jodoh pilihan ni. Kalau kita fikirkan tentang zaman dulu dulu mak mak kita masa dipertemukan jodoh oleh atuk nenek kita, apa kriteria yang diutamakan oleh atuk nenek kita tu dalam mencari pasangan untuk mak kita.

Pastinya takde mak bapak yang nak menjodohkan anaknya dengan ketua penyamun. Kalau kita tengok dalam drama pun, yang pertama dilihat mesti latarbelakang keluarga bakal menantu tu terlebih dahulu. Kemudian kesepadanan antara bakal menantu dan anak diorang. 


Dan hasilnya yang boleh kita tengok sekarang ni keteguhan jodoh yang berpanjangan sampai ke cucu cicit. Apakah rahsianya ? Dah tentu la kesesuaian yang dipilih oleh atuk nenek kita tu. 

Zaman sekarang ni pulak kebanyakan dari kita dah pandai untuk memilih sendiri. Tak macam zaman mak mak kita dulu. Sekarang ni lebih terbuka. Masih bersekolah rendah pun dah pandai untuk berpasangan. 

Tak menjadi satu kesalahan pun untuk memilih pasangan hidup sendiri. Tapi bukan la boleh dengan sewenang wenangnya. Sebab tu nabi junjungan kita dah bagitau, kalau nak memilih jodoh tu pandang la pada agamanya yang utama. 

Jangan dilihat hanya pada kecantikan atau kehenseman semata mata. Ataupun hanya melihat pada kekayaan harta benda. Kalau hanya tertarik pada pandangan mata, segala tu kelak akan susut dan pastinya mata akan mencari tarikan yang lain pulak.

Kalau hanya tertarik pada kekayaan harta benda pulak, belum tentu kekayaan tu akan kekal selamanya. Kalau nak memilih jodoh sendiri pun, rujuk la pada mak dan bapak. Kalau nak rujuk diri sendiri pun, lihat la pada kriteria pasangan pilihan tu. 

Bagaimana dengan agamanya ? Bagaimana dengan kesopanan dan kesusilaannya ? Bagaimana dengan sikap bertanggungjawabnya ? 

Dah la zaman sekarang ni nak kahwin pun bukan senang. Bukan sekupang dua yang dibelanjakan. Berhempas pulas nak menyediakan belanja untuk perkahwinan tapi kalau akhirnya tidak berkekalan alangkah malangnya menanggung kerugian.


Lagipun alam perkahwinan ni bukan sekadar untuk bersuka ria. Beban tanggungjawab yang harus dipikul oleh kedua suami isteri tu bukan semudah kata. Sebagai suami harus memikul amanah untuk mendidik isteri dan anak anak patuh pada agama. Begitu juga dalam menjaga segala kebajikan keluarga agar sentiasa dalam keberkatan.

Bagi yang tak kesah mungkin tak memperdulikan semua tu. Sumber rezeki makan pakai keluarga pun tak diperdulikan dari mana datangnya. Ketaatan pada agama lansung tidak diendahkan. Lalu tanggungjawab sebagai ketua keluarga tu dicampak entah ke mana. 

Sebagai isteri pula, bukan sekadar menjaga makan minum suami dan anak anak. Perlu juga menunaikan amanah dalam mengawasi keluarga agar terhindar jauh dari keberkatan ilahi. Kalau setakat menjaga makan minum semata mata, mamak kat restoran tu lebih berkualiti. Kalau tak percaya cuba tengok berapa ramai suami suami yang suka makan minum kat restoran mamak ? 


Cam aku bagi pendapat tadi tu, tak salah pun untuk memilih jodoh sendiri tapi cuba gunakan pendekatan atuk nenek kita cam zaman dulu tu. Kalo yang bakal nak jadi menantu ni, cuba tengok bakal mertua tu. Rukun islamnya camne ? Terjaga atau tak tau pun apa benda rukun islam tu. InsyaAllah andai perkara utama ni terpelihara, pastinya Allah juga akan memelihara kita dalam apa juga yang kita lalui dalam kehidupan ni.

Pehtu tengok jugak diri sendiri. Rukun islam tu terlaksana ke tak ? Kalo tak berapa terlaksana, laksanakan la dengan sempurna sebelum bercita cita nak mengembangkan generasi. Lain la kalau nak jadikan generasi yang bakal dilahirkan tu serupa macam kita jugak. Jangan sampai satu hari nanti, ada generasi yang akan mengatakan tidak mengenali penciptanya. 


22 February 2011

kau memang tak guna

  17 Komen    
label: 
Salam hari selasa buat semua rakan pembaca yang dihormati sekelian. Amboi eh, macam pidato la pulak rasanya. Semalam aku menghadapi masalah talian internet yang terlalu perlahan. Rasa macam lebih perlahan dari dail 1515 zaman dulu dulu tu. 

Hari ni alhamdulillah talian kembali seperti biasa seadanya. Pagi tadi agak awal jugak aku keluar rumah untuk ke tempat kerja. Memang luar biasa rasanya sebab pada hari hari lain tu sekitar 7 pagi lebih baru aku keluar rumah. Baru la dapat nak menyertai perempit perempit veteran di lampu isyarat pertama tu. 

Biasa la kan kalo pepagi antara sekitar jam 7:30 pagi tu masing masing dah sibuk nak ke tempat kerja. Paling syok kalo bermotorsikal. Walau kereta dan kenderaan lain terpaksa berhempas pulas menunggu giliran untuk melepasi lampu isyarat, geng motorsikal ni dengan selamba je boleh menunggu di petak pertama. Layan beb kalo menyala je lampu hijau tu pehtu ramai ramai merempit walaupun tak la selaju mat rempit. 

Disebabkan aku agak awal memulakan perjalanan, takde la aku bawak laju sangat. Dah macam bersiar siar pulak rasanya bila sekitar kelajuan 40Km/h je aku bawak motor tu. Lagipun kedinginan pagi yang menyegarkan tu memang sangat asyik untuk dinikmati. 

Tiba tiba tak jauh dari depan aku ada la sebuah kereta ni dengan kelajuan yang sederhana. Masalahnya aku tengok sekejap terarah ke kiri dan sekejap terarah ke kanan sampai ada beberapa kenderaan lain membunyikan hon apabila nak melintasi kereta tu tadi. 

Aku pun sengaja mengekori kereta tu dalam jarak yang selamat. Sambil tu aku jenguk jenguk la jugak ntah ntah pemandunya sakit ke apa ke. Tapi aku tengok takde pulak menunjukkan pemandunya bermasalah cuma sekali sekala kepalanya tertunduk tunduk ke bawah.

Kemudiannya aku memintas kereta tu dari sebelah kanan. Rupa rupanya sambil sebelah tangan memegang stereng kereta dan sebelah lagi sedang sibuk bermesej di telefon.


Sibuk atau penting sangat ke nak menghantar mesej waktu sedang memandu tu ? Memang menyusahkan pengguna jalan raya yang lain betul la. Kalo dibuatnya berlaku kemalangan camne ? 

Tu satu hal kalo nak cakap pasal perangai tak senonoh pengguna jalan raya kat dunia ni. Satu lagi kalo yang kaki asap ni. Walaupun tak la menjengkelkan pemanduan tu macam pemandu yang mati dan hidupnya bersama telefon, tapi tetap gak sedikit memualkan perasaan.


Hensem sangat ke kalo memandu sambil merokok tu ? Tak cukup dengan asap kenderaan tu tambah lak asap rokok berkepul kepul mencemarkan udara bumi ni. Lepas tu pulak puntung rokok tu lepas dah abis merokok, main jentik je sesuka hati. 

Gila kau..silap haribulan terkena orang kat belakang tak pasal pasal je tebakar. Dah tu pulak mencemarkan bumi je dengan sampah puntung tu. Memang la setiap hari ada pekerja bandaraya yang akan menyapu sampah disepanjang jalan tu tapi apa diorang perokok ni rasa kalo orang lain isap rokok pehtu campak puntung rokok tu depan rumah diorang. 


Kalau la puntung rokok tu boleh dijual timbang buat kitar semula takpe jugak. Aku pun nak menyertai mengutip puntung puntung rokok ni kalo mendatangkan keuntungan dari segi kewangan sekaligus dapat memelihara kebersihan bumi ni. 



Negara kita bukan takde undang undang. Macam bos aku dah pernah kena saman kompaun sebab menggunakan telefon ketika memandu. Padan muka dia. Tu la, siapa suruh guna telefon sambil memandu. Kan tak pasal pasal je kene membazirkan duit membayar saman. Kalo duit yang dibayar saman tu buat belanja kitorang makan makan ke, tak pun masukkan dalam gaji bulanan aku ke ada gak faedahnya. 

Dan kemudian aku terfikir lak pasal gajet yang satu ni. Kalo yang mahal tu mungkin la membantu sebab bersuara. Kalo yang cikai sikit ni senyap je. Bila dah senyap, kena la mempergunakan mata untuk memastikan arah yang betul. Silap haribulan, tengah belek punya belek tak pasal je cium bontot orang depan. Kan ke haru bila nak bagitau kat polis trafik tu "saya terlanggar dia sebab saya sedang sibuk memerhatikan jalan dalam GPS saya tu". 


20 February 2011

aku hilang nafsu

  14 Komen    
label: 
Salam hujung minggu buat semua rakan pembaca. Kesempatan cuti hujung minggu camni ada jugak orang yang mempergunakannya untuk mengadakan majlis perkahwinan. Lepas tu sambung lak dapat cuti ehsan sempena meraikan hari bahagia tu. Masa tu makan minum pun semua lupa. Hehehe..

Tapi hari ni aku bermasalah. Secara tiba tiba nafsu yang bergelora tu tiba tiba menghilang. Rasa tak berselera lansung untuk meneruskan pelayaran. 


Perancangan dari semalam lansung tak menjadi. Keghairahan yang melonjak terus merudum dan mengakibatkan kekecewaan yang sangat besar untuk hari ni. Betul betul hilang nafsu aku hari ni.

Bayangkan la, dengan penuh senyuman dan kegirangan nak melayari internet tapi kelajuan dan kepantasan talian tu tidak seperti selalu dan yang diharapkan. 


Pagi ni je berhempas pulas aku dibuatnya untuk meransang talian. Hanya beberapa blog rakan rakan je yang dapat aku lanyak. Tu pun terpaksa mengerah kesabaran menunggu hingga klimaksnya untuk memuat turun satu satu blog. Kesian siput. Tak pasal pasal menjadi perumpamaan kiasan kelembaban talian internet.


Bukan setakat tu je, kejadian ni jugak mengakibatkan aku hilang nafsu untuk meneruskan perjuangan permainan di facebook. 

Harap jangan ada yang tersilap tafsiran ye. Aku pun tak tau la apehal talian internet hari ni tersangat perlahan. Fikirkan positif, mungkin pihak berkenaan sedang menaik taraf perkhidmatan lalu mengakibatkan beberapa masalah bagi beberapa kawasan. Kot ye pun notis la dulu.

Kekadang tu pembekal perkhidmatan ni hampeh gak. Macam bebaru ni kawan aku telah di ranjau oleh pembekal siaran TV satelit berbayar Asstro. Biasanya bayaran bil bulanan tak sampai seratus pun. Tiba tiba dapat bil menyatakan bayaran tertunggak dan bil semasa berjumlah seratus lebih.


Terpening pening dan tertanya tanya jugak aku ngan kawan aku tu sebab memang setiap bulan aku yang akan membantu untuk membuat pembayaran secara online. Dan apa saja penukaran pakej asstro tu aku yang buatkan. Maklum la kawan aku tu tak berapa champen sangat dengan bebenda tu semua. Agak purba jugak pengetahuan dia tu dalam dunia telekomunikasi.

Bila sampai bil seterusnya yang menyatakan pembayaran berjumlah seratus lebih tu jugak, segera aku mengenal pasti masalah yang berlaku. Tertera di situ beberapa pakej yang telah dinyah aktifkan telah aktif kembali.


Lantas dengan mempergunakan kuasa pengguna aku pun menghubungi perkhidmatan pengguna syarikat tu dengan segera. Dan pastinya perbualan antara aku dengan operator yang menjawab tu dirakam dan mungkin akan dijadikan contoh untuk berhadapan dengan pengguna yang ketidak puas hatian.

Setelah panjang lebar persoalan dan pertanyaan betubi tubi aku lancarkan, terjawablah segala masalah yang timbul tu. Jawapan yang kalo kena kat aku, kemungkinan aku akan menyaman syarikat Asstro ni. 

"maaf encik, baru baru ni syarikat kami memindahkan data servis dan kemungkinan data yang lama tu telah ditermasukkan kembali ke dalam akaun encik. Kami ingin meminta maaf atas kesilapan yang berlaku"
Sib baik bukan akaun aku. Walaupun aku mendesak kawan aku tu supaya menyaman syarikat pembekal TV satelit ni, tapi dengan berhati mulianya dia cakap "I tak reti la nanti i nak cakap apa". Cis..suka ati dia la. Kalo dia nak peguam, boleh je aku rekemenkan. Tapi dah dia tak nak, kerugian la aku sebab tak dapat nak bodek sekurang kurangnya 20% hasil saman tu kalo dia bertindak memfailkan saman cuai terhadap pihak asstro tu.

Korang pernah terkena camtu ? Kesilapan dari pembekal yang menyusahkan pengguna. Kalo aku la, pasti akan aku tuntut ganti rugi tapi setakat ni tak pernah terkena lagi lak. Hampir terkena tu ada gak, tapi setelah siasatan dua pihak maka kesilapan ternyata dari kedua dua pihak so terpaksa la mengishtiharkan damai je. Hehehe..

09 February 2011

sumbang mambang

  20 Komen    
label: 
Cuti sempena tahun baru cina yang lepas mesti ada ramai yang ambik peluang melansungkan perkahwinan kan ? Termasuk la salah seorang kejiranan berhampiran rumah aku tu mengahwinkan anaknya masa cuti tu. 


Dan biasanya zaman sekarang ni bukan saja di kampung, lebih lebih lagi kawasan bandar bila ada kenduri kawin ni je mesti nak ada hiburan. Kalo yang pasang lagu kawin apa semua tu ok la lagi, yang sedikit menjengkelkan bila ada buat karaoke.


Bayangkan la dari pagi sampai la ke petang bersambung sambung sumbang menyumbang suara yang sumbang tu untuk menjadi halwa telinga tetamu yang datang. Bukan setakat tetamu je, termasuk la kejiranan yang ada sekeliling tu.

Kalo setakat tetamu je tak pe la lagi sebab lepas abis makan dah boleh melegakan telinga dari menjamah alunan suara yang ibarat gajah terkena sembelit. Ni kalo jadik jiran berhampiran, rasa macam nak bernanah telinga dibuatnya.


Kalau la suara yang disumbangkan tu merdu sedap didengar seakan artis rakaman tak pe la jugak. Tapi masalahnya dah la pitching lari, tak ikut tempo muzik, menyanyi ikut sesedap hati kekonon nak buat remix, pedih tul gegendang telinga dibuatnya.


Maka sepanjang hari berlansung majlis perkahwinan tu, aku ngan wifey dah jadi macam juri American Idol je. Ntah berapa banyak dosa kering yang kitorang kumpul tak tau la sebab asyik nak mengutuk penyumbang suara suara sumbang tu. Sampaikan abis majlis dan tamatnya azab telinga tu, wifey aku cakap masih terngiang lagi kat telinga dia alunan sumbang mambang tu sampai ke malam.

Bukan la tak boleh nak berhibur camtu saat meraikan hari penuh kegembiraan penyatuan dua insan berlainan jantina tu. Tapi berpada pada la. Kalo nak berkaraoke pun, biar la nyaman telinga mendengar. Kalo boleh bila pegang mikrofon tu nak keluarkan suara, orang ramai akan tertanya tanya adakah tuan rumah telah menjemput artis untuk menghiburkan orang ramai ? 

Hormati la jugak jiran tetangga. Kan tak elok kalo sampai menyinggung perasaan jiran tetangga gitu. Dari buat majlis untuk dapat keberkatan, tapi akhirnya dapat kekaratan lak. Yang paling aku tak tahan, sampaikan masuk waktu solat zohor pun tak berhenti muziknya. Nak solat pun terganggu. 

Jadik kalo ada yang belum berkahwin tu dan nak kahwin akan datang, ingat ingat la sikit. Bukan tak boleh, tapi harus terkawal. Ntah ntah rumah jiran sebelah tu ada anak kecik, kesian budak tu tak boleh nak tidur sebab bising sangat dengan muzik tu semua. Kalo nak jugak buat happening camtu, sewa je stadium buat pentas pehtu melalak la sampai 24 jam pun takde sape nak marah. 





02 February 2011

selamatkah bumi kita ?

  12 Komen    
label: 
Bermula dari awal tahun aritu negara kita dah mengamalkan satu kempen pengurangan penggunaan beg plastik dibeberapa pusat membeli belah seluruh negara. Walaupun ada yang terkantoi pada awal kempen bila terlupa bahawa setiap hari sabtu, kebanyakan pasaraya tidak akan membekalkan beg plastik untuk mengisi barang lalu terpaksa la hangkut segalanya tanpa beg plastik.



Sebenarnya pendekatan kempen macam ni ada kebaikan gak. Sekurang kurangnya takde la penambahan pencemaran kat bumi yang kita tumpang ni. Maklum saje la, beg plastik yang biasa kita dapat kat kedai tu bila dibuang ianya akan mengambil masa bertahun tahun untuk terurai dan kebanyakan bahan untuk membuat beg plastik tu pulak berunsur kimia yang boleh mencemarkan bumi ni.


Aku rasa macam negara kita ni lambat bertindak pulak. Sebab kalo kita tengok kebanyakan negara maju yang lain tu, walaupun ada menggunakan beg plastik tapi tak la serupa macam beg plastik yang ada kat negara kita ni. Cuma antara perintis yang aku nampak, pasaraya Jusco ngan Tesco yang ada menggunakan beg plastik mudah terurai.


Tapi yang tak bestnya aku dengar bila ada rungutan dari pengguna sebab sedikit menyusahkan, boleh pulak pasaraya yang mengamalkan kempen pengurangan beg plastik ni membekalkan beg plastik pada hari sabtu dengan mengenakan kos 20 sen untuk setiap plastik beg yang diorang bagi. 

Walaupun kos 20 sen tu kononnya akan disalurkan pada tempat tempat berkenaan, tapi kat mana ketegasan dalam berkempen tu ? Setakat 20 sen tu apa sangat la bagi orang ramai asalkan dapat memudahkan diorang bawak barang. Letak la RM20 ke RM200 ke untuk satu beg plastik pada hari sabtu, baru la orang ramai sedar betapa seriusnya kempen yang dijalankan. 

Tu satu hal la. Satu lagi pada pandangan minda sempit aku ni walaupun kita berjaya mengurangkan penggunaan beg plastik pada setiap hari sabtu, diorang tak terpikir ke pengguna bijak pandai tu mesti takkan membeli belah pada hari sabtu. Ye la, hari sabtu tak dapat beg plastik. Nak bawak beg sendiri leceh sangat. Tunggu je la hari lain selain sabtu untuk membeli belah. 

Kemudian lagi, berapa banyak plastik yang ada sekeliling kita ? Botol plastik ada, pembungkus jajan ada, pembungkus coklat ada dan macam macam lagi la ada kalo nak kaitkan ngan plastik ni.

Contohnya aku pegi membeli belah di hari sabtu untuk membeli maggi, coklat, biskut, keropok jajan, tepung, gula dan segalanya yang dibungkus dengan plastik. Walaupun aku tidak akan dibekalkan dengan beg plastik untuk membawak segala macam pembelian tu, plastik tu tetap ada jugak disekeliling kehidupan. Bila aku buang dalam tong sampah, ianya tetap jugak plastik yang akan mencemarkan bumi.

Kalau macam tu, macam mane lagi nak selamatkan bumi kita ? 





26 January 2011

jangan usik teloq aku !!

Apa yang marah sangat tu ? Siapa yang usik ? Apehal ni ? 


Pagi semalam masa tengah buat kerja, sambil tu telinga aku dok mendengar topik yang dibincangkan kat radio. Al kisahnya tentang keharusan mengambil tahu perihal orang lain atau menjaga tepi kain orang.

Macam mane kejiranan korang ? Saling bertegur sapa atau masing masing buat hal sendiri ? Kalo kat kejiranan aku, biasa biasa saje. Tegur menegur tu bila bersua muka. Borak sikit sikit dengan jiran sebelah rumah.

Bila hidup dan tinggal dalam masyarakat, mesti la nak kene menjaga tatasusila kejiranan tul tak ? Mane boleh nak menyendiri je. Kalo nak menyendiri je baik duduk dalam hutan, tak pun duduk kat planet lain.

Aku ingat lagi masa masih bersekolah dan duduk di kampung. Boleh kata satu kampung tu kenal aku ni anak siapa. Kadang kadang aku pun tak kenal diorang. Sampaikan kalo aku menjadi agresif nakal ngan kawan kawan aku pun mesti mak bapak aku leh tau. 

Bukan tu je, kekadang tu siap tegur lak. Bagi nasihat supaya jangan buat itu ini yang nakal, suruh pegi balik rumah sebab dah nak magrib la, kalo yang ganas sikit siap ugut nak bagitau kat mak bapak aku lagi tu padahal aku tak kenal pun siapa diorang tu.


Tapi bila dah dewasa ni baru aku tau hikmahnya apa lagi bila merenung keadaan masyarakat sekeliling sekarang ni. Aku ni suka meronda bila berpeluang. Ronda ngan wifey dan anak aku tu. Sambil tu tengok tengok la apa yang boleh ditengok. 

Mungkin bezanya, waktu aku budak dulu aku membesar kat kampung. Pergaulan masa budak budak dulu pun agak terbatas. Tapi sekarang ni aku tengok pergaulan tu dah macam takde batas lansung. Sampai ke tengah malam pun masih lagi boleh bercampur gaul mengekek depan rumah. Ya, depan rumah. Mak bapak diorang tak marah ke ?

Tu belum lagi kalo ada jiran yang menjengkelkan. Aku bukan nak memburukkan jiran lak tapi sepatutnya sebagai jiran kene la tak mementingkan diri sendiri ye tak ? Ade ke patut dikumpulnya sampah untuk dibuang kat pagar belakang rumah aku. Alasannya kalo letak kat depan rumah dia nanti diselongkar anjing. Kalo letak kat luar pintu belakang rumah dia pulak nanti takut semut.


Abis tu rumah aku ape ? Tempat pembuangan / pengumpulan sampah. Walaupun aku jarang menggunakan ruangan belakang rumah aku tu, tapi tetap berdekatan kawasan aku gak. Kenapa mesti bersikap pentingkan diri sendiri ? 

Macam macam perihal kejiranan ni kalo nak diperkatakan. Tambah lak kalo cam aku ni hidup dalam kejiranan majmuk. Lagi la macam macam perlu dijaga. Bukan bila menegur tu maknanya kita nak menyebok. Adab sesama jiran perlu la dipelihara. Kadang tu nak sedekah senyum pun susah. Tapi kalo jiran tu awek atau pakwe kacak, sengih sampai belakang kepala pun sanggup.

Camne pun, ingat la selalu. Bila hidup dalam kejiranan, kene la saling hormat menghormati dan jaga tatasusila. Perbaiki perhubungan. Kalo nampak kemungkaran tu, tegur la dengan berhikmah. Kalo ditegur tu, jangan la membenci pulak. 

Kat sini aku nak berkongsi doa untuk mengeratkan perhubungan ngan pembaca semua. Bukan je perhubungan sesama jiran, malah boleh juga untuk apa apa perhubungan pun. Kecuali la kalo perhubungan internet tidak berbayar tu terputus, jangan pulak baca doa ni mintak agar dapat disambungkan semula. Dah tentu kompom penyalahgunaan doa namanya tu. Amalkan la, insyaAllah mendapat keberkatan dari Allah.







19 January 2011

nafsu hilang, hati pun sakit

  15 Komen    
label: 
Bagi orang yang ada anak kecik macam aku ni, kadang kadang nak jugak bawak anak pegi main kat taman permainan awam. Maklum la, boleh jugak dibiar bercampur gaul dengan budak budak lain. Lagipun budak kecik mane la yang tak suka kalo dapat main ramai ramai tu. Panjat sana sini pun mak bapak tak marah. Macam anak aku ni, selagi dia tak puas hati jangan harap nak ajak dia balik.


Aku ni kira bernasib baik gak la sebab duduk kat kawasan perumahan awam. Bukan satu kawasan je tapi sememangnya bersambung sambung kawasan perumahan tu. Dan dah jadi macam kewajipan lak untuk setiap perumahan ni mesti nak kene ada padang dan taman permainan untuk kanak kanak.


Tapi walaupun disediakan taman permainan dan kekadang tu disertakan sekali untuk rekreasi bersukan, belum tentu dapat dipergunakan. Macam dekat rumah aku je ada lebih kurang hampir 10 taman permainan ni tapi tu la, tak bernafsu rasanya nak singgah.


Dengan keadaan peralatan dan kemudahan yang tak diselenggara la, dirosakkan oleh orang orang tak bertanggungjawab la. Elok dari hati berbunga bunga nak bawak anak main kat taman permainan pehtu bila tengok keadaan yang menyedihkan tu, memang sakit hati tul.


Kalo sampah sarap tu memang tak boleh nak kira la. Belum lagi tambah dengan botol minuman terlarang tu la, belon panjang pun kadang kadang boleh jumpa kat taman permainan tau.


Bajet comel la kononnya tu. Hahaha..patutnya menatang alah tu dikhaskan untuk kanak kanak, ni dah tahap boleh jadi nenek kanak kanak pun teringin jugak. Mane la tak jahanam permainan tu kalo yang dah tak kanak kanak pun dok henjut sama.


Satu lagi masalah yang selalu ada ni ha, haiwan terlarang yang perlu disamak kalo dijilatnya. Biasanya dekat kawasan perumahan memang ramai la diorang ni. Kekadang tu elok je aku tengok diorang melepak kat atas gelongsor la, main pancut pancut dekat buaian la. 


Kalo spesis ni pulak menyakitkan mata dan permandangan. Boleh rosak minda anak anak kecik dibuatnya. Bukan tak boleh nak duduk duduk pun, tapi duduk la regang regang bak kata Sohaimi Mior Hassan, Anna Raffali dan Altimet  dalam lagu 'kalau berpacaran' tu. 


Satu lagi masalah kalo kat taman yang jadi tumpuan umum ni diorang ni la. Bukan la nak marah diorang berkumpul lepak ramai ramai ushar awek pehtu syiut syiut sana sini. Tapi tak payah la nak tunjuk kehebatan sarkis tu depan anak anak kecik yang ramai kat taman tu. Diorang tak tepuk tangan pun kalo tengok aksi aksi sarkis tu. Tapi takut je tercemar jiwa minda anak anak ni. Maklum la budak budak kecik ni kan cepat terpengaruh. Baru bawak basikal roda tiga pun dah nak cuba buat aksi angkat tayar depan lak.

Apa pun sama sama la kita jaga segala kemudahan awam yang telah disediakan tu. Bukan untuk siapa pun kalo bukan kita semua. Kalo nak beli atau buat sendiri, ntah bila nak siap. Gunakan la segala kemudahan yang ada tu dengan rasa tanggungjawab. Malu wei kalo orang luar tengok.





12 January 2011

kisah disebalik tandas awam

  14 Komen    
label: 
Apa kisah disebalik tandas awam tu ? Minggu lepas aku ke hospital untuk menerima rawatan sebab mata aku tetiba bengkak. Suwei tul rasanya. Asyik nak mengenyit sebelah mata macam nak mengorat pulak. Nak bukak mata pun terseksa rasanya. Lepas dari pemeriksaan doktor, aku cepat cepat nak pegi ambik ubat. Mane leh nak jalan slow slow. Dah la muka kacak aku terjejas dengan kebengkakan mata ni. Nanti kene gelak pulak ngan makcik makcik jelita kat hospital tu.


Sementara menunggu nombor giliran aku dipanggil, tiba tiba perut lak buat hal. Meracau macam kene rasuk jin sesat. Sambil kepala tunduk pandang lantai, aku jalan punya la laju kalo masuk lumba jalan kaki dah sah boleh menang. Sampai je destinasi yang dituju, aku pun meneruskan la hajat yang minta ditunaikan tu. 

Sambil aku menunaikan hajat tu, mata aku yang terkedip kedip ni tak lepas pandang ke arah pintu yang tersangat la cantiknya. Untuk pengetahuan semua, aku memang jarang sangat mempergunakan kemudahan awam ni kecuali dalam keadaan terdesak. Sebab antaranya keadaan persekitaran dalam tandas tu sendiri. 


Bayangkan la kalo masuk je pintu tandas tu dah dihidangkan dengan aroma terapi yang maha mengecutkan paru paru. Tambah pulak dengan permandangan nan mengasyikkan. Tu belum lagi bukak pintu kecik dia. Rasa tak berbaloi sungguh 30 sen yang dilaburkan sebagai bayaran melangkah kaki ke dalam tandas tu.

Satu perkara yang menjengkelkan sangat tu kalo ada iklan iklan percuma yang tertera disebalik pintu bilik kecik tu. Ntah apa motif pegi menulis kat situ aku pun tak faham. Sampaikan kadang kadang tu tandas kat masjid pun jadi mangsa jugak. Kot kot diorang pengiklan ni ingat ada la jemaah yang lepas berjemaah kat masjid tu nak telepon mintak layan servis. 



Aku bukan nak berkempen pasal kesedaran penggunaan tandas awam lak. Tapi sebagai makhluk yang cintakan keindahan, aku tersangat la membenci makhluk makhluk perosak yang takde otak ni. Kalo lukis lukis bagi cantik takpe la jugak. Sekurang kurangnya terhibur jugak hati masa berkerut dahi memerah keringat mengeluarkan sisa sisa terkumpul tu. Ni tidak, wat sakit hati je pandang lukisan dan tulisan yang buruk lagi memburukkan tu.

Kalo tandas yang kita masuk tu bersih harum menyegarkan, baru la berselera sikit nak menjana pelaburan. Jangan kata 30 sen, RM3 sekali masuk pun sanggup. Bila tanya kat penunggu tandas tu duit yang dikumpul tu untuk apa, katanya untuk bayar bil air. Tu pun air macam nak tak nak je keluar. 


Ooh..ni kisah disebalik tandas awam lelaki. Tandas awam perempuan aku tak tau la pulak camne. Agak agaknya camne ye ?