Showing posts with label telefon bimbit. Show all posts
Showing posts with label telefon bimbit. Show all posts

09 June 2012

Gadget - Skrin pecah

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Bermula malam tadi, tauke tauke restoran 24 jam senyum melebar. Manakan tidak, setelah dipasangkan skrin besar di hadapan restoran pastinya menjadi pilihan peminat peminat bola sepak Eropah berkumpul menyaksikan UEFA-Euro 2012 yang telah pun mula bersiaran.


Tapi entri hari ni bukan nak berkongsi cerita tentang bola. Entri hari ni aku nak berkongsi cerita tentang telefon bimbit. Bukan tutorial tentang aplikasi telefon bimbit dan bukan juga ulasan jenama telefon bimbit tapi sedikit kisah yang berlaku berkenaan telefon bimbit.

Al-kisahnya kejadian berlaku melibatkan telefon bimbit milik isteri aku. Sudah ditakdirkan telefon bimbit yang baru berusia 7 bulan 'tercedera' mukanya. Suspek utama kemalangan tu adalah terpijak. Silap jugak sebab masa tu telefonnya diletakkan di hamparan tilam di ruang tamu ketika berguling-guling dengan anak anak.

Bukanlah telefon yang mahal pun. Cuma Samsung Corby II yang bersesuaian juga la tahap penggunaannya untuk isteri aku. Walaupun bukanlah 'kecederaan' yang parah namun sedikit sebanyak menjejaskan juga pandangan akibat skrin TFT nya yang sedikit pecah di bahagian bawah.


Oleh kerana ianya tergolong dalam golongan yang dikatakan sebagai 'kemusnahan kosmetik' [patah, pecah, calar dan sebagainya] maka kerosakan seperti ni tidak meliputi dalam jaminan produk. Maksudnya aku sebagai pemilik perlu la mengeluarkan duit untuk menampung kos baikpulih.

Sebelum ni telefon berjenama Nokia model 6500 slide milik aku pun pernah bermasalah dengan skrin dia tu. Disebabkan di Ipoh ni terdapat Nokia Care Center yang terletak di Bandar Baru Bistari berhampiran Kinta City Ipoh maka aku terus menghantar telefon yang bermasalah tu ke sana untuk dibaik pulih.

Sememangnya kos untuk membaik pulih skrin telefon Nokia aku tu agak mahal jugak la dalam anggaran RM160 bagi menggantikan keseluruhan skrin yang bermasalah tu tapi agak berbaloi jika dibandingkan dengan harga untuk sebuah Nokia 6500 slide.


Kes Samsung Corby II milik isteri aku tu pulak aku usulkan kembali ke kedai di mana aku membelinya. Oleh kerana kerosakan yang dialami tu bukan dalam jaminan produk jadi aku tak pasti samada ianya dihantar ke pusat servis Samsung untuk dinilai atau dihantar ke pusat servis milik kedai terbabit.

Kos yang dianggarkan untuk menggantikan skrin Samsung Corby II yang pecah tu adalah sebanyak RM180 sebagaimana yang diberitahu kepada aku melalui panggilan telefon. Kerana itu aku mengambil keputusan untuk membatalkan usaha baik pulih dan akan mencari alternatif lain kemudian hari.

Harga Samsung Corby II di pasaran adalah RM299. Memang berbaloi untuk memilikinya jika anda seorang yang bukan terlampau menggunakan teknologi telefon untuk segalanya. RM299 - RM180 = RM119. Sila beri aku petunjuk andai ada yang lebih arif.

Adakah benar sebegitu harga bagi sebuah telefon separuh pintar ? Untuk Skrin sahaja sudah melebihi separuh harga keseluruhan telefon ? Ada pihak dari Samsung sendiri yang boleh menjelaskan perkara ni kepada aku ? 


Bagaimana pula jika sebuah Galaxy S III yang berharga RM2199 di pasaran menghadapi masalah yang sama [skrin pecah dalam] seperti yang aku alami ? Adakah kos untuk menukar skrin Galaxy S III bernilai RM1000 ? 

Terasa macam tak berbaloi pulak nak membayar RM180 untuk skrin semata mata. Cuma tambahkan RM119 dah tentu boleh dapat yang baru. Tu belum lagi orang kedai tu bagitau kalau aku antar kembali untuk dibaiki, aku akan dikenakan cas tambahan sebanyak RM30. Berbaloi sungguh ...



11 March 2011

Artis menyanyi dalam masjid

Salam jumaat buat semua rakan pembaca yang sudi melawat blog ni. Hari ni hari terakhir persekolahan untuk penggal pertama, seronok sakan la bebudak sekolah bermula hari ni. Kalo zaman aku bersekolah dulu, perkara pertama yang bermain dalam kepala bila cuti sekolah ni nak bangun lewat je keesokan hari tu. 


Ape pun kepada adik adik yang bersekolah tu, selamat bercuti dan manfaatkan la cuti ni dengan perkara yang berfaedah. Orang melansungkan perkahwinan pun ramai gak dalam cuti sekolah ni. Kalau ada rakan rakan pembaca yang bakal melansungkan perkahwinan tu, selamat pengantin baharu aku ucapkan.

Artis mane yang menyanyi dalam masjid tu ? Gempar betul tajuk entri hari ni. Tapi tak nampak pulak dalam muka depan akhbar. Kalau aku nak bagitau artis mana yang menyanyi dalam masjid ni, bukan je artis tempatan kita malah artis antarabangsa pun ada terlibat sama.


Siapa yang tak terkejut kalau tiba tiba suara Wonder Girls berkumandang menyanyikan lagu nobody tu dalam masjid. Kadang kadang Girl Generation pun ada. Tak termasuk lagi artis artis lain yang kebiasaannya artis perempuan la yang menyanyi di dalam masjid ni. 

Bukan je artis dari luar negara. Malah artis tempatan pun tak kurang hebatnya memeriahkan masjid dengan nyanyian diorang tu. Baik artis lelaki atau artis perempuan, masing masing mempersembahkan lagu lagu terbaru untuk menjadi halwa telinga jemaah yang hadir tu.

Aku ingatkan mungkin cara camtu sebagai satu pendekatan untuk menarik lebih ramai jemaah lelaki untuk ke masjid. Rupanya tidak. Jauh sama sekali tanggapan aku tu.  Sebab apa ? Sebabnya kena la tanya pada encik Osman Yusoef.


Nampak tu ? Ana Rafalli pun menyanyi dalam masjid jugak. Tak cukup cukup menyanyi dalam panggung wayang, dalam tren LRT, dalam kereta, dalam kelas, dalam rumah, dalam masjid pun dia nak menyanyi jugak tu.


Bukan takde larangan pun tertera. Malah kekadang tu kat setiap pintu masuk masjid pun ada tanda larangan ni. Cuma tu la dah nama pun peminat setia, kena la setia sepanjang masa tak kira tempat.


Paling tak tahan tu bila tengah bersolat tu pulak la artis artis ni nak menyanyi. Waktu sebelum bersolat tu diam je. Daripada nak mendengar tuan imam membacakan ayat ayat suci dalam solat, tetiba terganggu pulak dengan suara merdu sang artis ni. Berkecamuk fikiran weh.

Dan tak pasal pasal je pulak dapat saham dosa sebab mengutuk dalam hati. Tu la, orang lain pakai telefon bimbit, dia pun nak pakai jugak. Orang lain sebelum pakai tu baca dulu buku panduan, dia tak nak baca. Orang lain dah tau camne nak matikan atau kasi mod getar telefon tu, dia tak reti reti.

Kesudahannya jadi la cam yang encik Osman Yusoef kita tu alami. Yang tuan peminat setia ni pulak, konon khusyuk sangat la pulak. Dah tau artis kesayangan dia tu menyanyi, tak reti reti pulak nak tekankan apa yang patut supaya artis dia tu tau dia tengah solat. Haru betul.


09 March 2011

larangan tercabar

Salam rabu buat semua rakan pembaca. Hari ni lambat sikit update. Dah petang baru nak bukak blogger ni. Apa pun terima kasih diucapkan kepada semua rakan rakan yang sudi menjengah ke blog ni.

Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang larangan yang tercabar. Fokus utamanya pada penggunaan telefon bimbit la. Maklum la sekarang ni boleh kata setiap individu memiliki satu telefon bimbit seorang. Mungkin jugak ada yang memiliki dua tiga bijik sekali. Sampaikan budak sekolah rendah pun ada telefon bimbit.


Kalau kita beli telefon baru la kan, yang masih harum dalam kotak tu selalunya apa yang kita belek terlebih dulu ? Aksesori sedia ada tu ? Telefon tu sendiri ? Atau buku manualnya ?

Aku percaya mesti ramai antara kita ni yang sering mengabaikan buku panduan tu untuk dibaca. Ala, bukan susah pun nak mengendalikan telefon bimbit tul tak ? Sedangkan buku panduan kenderaan pun kita tak baca ni pulak buku panduan telefon bimbit tu.


Mungkin kalo kita baca buku panduan tu takut kena gelak dek kawan kawan. Tapi sebenarnya ada hikmah kenapa pengeluar produk telefon bimbit ni mengeluarkan sama buku panduan tu.

Kalau kita belek belek dibahagian muka surat akhir, biasanya terdapat beberapa panduan penggunaan telefon bimbit yang baru kita beli tu. Antaranya seperti larangan menggunakan telefon bimbit tu di beberapa tempat.

Tapi manusia ni memang suka mencabar larangan apa pun. Tu la sebabnya tak nak baca buku panduan sampai khatam. Berapa ramai pengguna telefon bimbit yang kita tengok menggunakan telefon bimbit tu sambil memandu ?


Sedangkan dalam buku panduan tu dah terang terangan lagi bersuluh bagitau kalo nak menggunakan telefon bimbit sambil memandu, gunakan la alat bebas tangan yang disediakan tu.

Lepas tu pulak bukan je larangan yang terdapat dalam buku panduan tu dicabar, malah larangan yang terdapat di tempat tempat yang tak digalakkan menggunakan telefon bimbit pun dicabar jugak. Contohnya seperti di stesen minyak ketika hendak mengisi minyak kenderaan.


Mungkin sebab tak pernah dengar lagi berita tentang stesen minyak meletup disebabkan penggunaan telefon bimbit kot tu sebab buat tak kesah je. Mungkin jugak nak jadi manusia pertama berjaya meletupkan stesen minyak sebab menggunakan telefon bimbit ketika mengisi minyak kenderaan.

Lagi satu tempat yang boleh kata mandatori tak boleh menggunakan telefon bimbit ni cam kat hospital. Kalau dalam buku panduan tu cakap, penggunaan telefon bimbit memungkinkan mengganggu peralatan hospital.


Tapi aku tengok larangan yang diorang pampang dekat dinding dinding hospital tu macam hiasan je. Kakitangan hospital pun seronok mencabar larangan tu apatah lagi kita yang bukan 24 jam nak duduk kat hospital tu.

Satu lagi yang menjadikan tanda tanya dalam kehidupan aku pasal larangan telefon bimbit ni ketika menaiki kapal terbang. Macam kat hospital tu jugak la. Kononnya boleh menggangu peralatan penerbangan tu.


Kadang kadang aku terasa jugak nak mencabar kesahihan menggunakan telefon bimbit ketika dalam penerbangan boleh mengganggu peralatan kapal terbang tu tapi risau jugak kot kot betul leh nak menghempaskan sebuah kapal terbang hanya dengan menggunakan telefon bimbit susah pulak jadinya.

Yang buat aku hairan tu kalo betul la menggunakan telefon bimbit ketika berada dalam penerbangan, kenapa kalau duduk kelas pertama boleh je guna telefon bimbit ? Tak tau la pulak kot kot ada telefon bimbit terpilih je. Kalo yang murahan cam aku punya je kot yang boleh jatuhkan kapal terbang.

Tapi kemungkinan betul jugak la menggangu sebab aku pernah menggunakan peralatan elektrik digital ketika dalam kapal terbang. Masa tu aku guna kamera digital je. Konon konon nak merakam saat saat kapal terbang tu mendarat. Minit yang pertama menghampiri landasan masih berjalan lancar. Hinggalah saat tayar kapal terbang tu nak mencecah landasan, tiba tiba kamera aku tu terus jem. Paparan LCD kamera tu menjadi gelap hitam. Dan segalanya kehilangan fungsi. 

Mentang mentang la kamera digital aku tu murahan punya. Tapi setelah selamat mendarat tu aku telah berjaya membuat kamera tu kembali berfungsi seperti sediakala dengan mengeluarkan bateri kamera tu dan memasangnya kembali tapi rakaman yang aku rakam tu lansung tak tersimpan. 

50% aku memahami mungkin. Jangan guna peralatan elektronik murahan ketika dalam penerbangan. Samada peralatan elektronik tu bakal menjatuhkan sebijik kapal terbang yang anda naiki atau ianya bakal menjatuhkan jumlah simpanan bank anda untuk membaiki kembali peralatan yang terjejas tu.