Showing posts with label kos baik pulih skrin telefon. Show all posts
Showing posts with label kos baik pulih skrin telefon. Show all posts

24 July 2012

RM100 aje bang

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Alhamdulillah hari ni keadaan cuaca di Ipoh redup-redup saja. Agak sesuai untuk mendidik anak-anak untuk berpuasa sama sebab takde alasan tak tahan cuaca panas terik sampai kering tekak. 


Ingat lagi tak entri pasal telefon bimbit Samsung Corby II milik isteri aku yang pecah skrin dalamnya ? Dan kos untuk menggantikan skrin tu setelah dibawa ke kedai adalah sekitar RM200 yang dirasakan agak tidak berbaloi.

Tapi hari ni segala masalah telah selesai. Skrin telefon Samsung Corby II yang pecah tu sudah berganti baru. Kos yang perlu dibayar cuma RM100. Separuh dari kos yang diberikan oleh kedai dimana aku membeli telefon bimbit tersebut.


Bagi rakan rakan yang mempunyai masalah telefon bimbit tak kira la sama ada telefon pintar atau yang tak pintar, mahukan aksesori untuk gajet, boleh la dapatkannya dengan harga mampu milik berbandng dibeli di kedai. Cuma hubungi je aku melalui email atau facebook.

Sepanjang bulan Ramadhan ni, waktu mengajar di sekolah disingkatkan sedikit. Kalau selain bulan Ramadhan habis kelas jam 5.45 petang, sempena Ramadhan ni kelas habis seusai solat asar. 

Hari pertama mengajar dalam bulan Ramadhan semalam pun aku tengok kebanyakkan anak-anak murd yang hadir seperti menyimpan tenaga yang ada kecuali ketika saat menghampiri waktu nak balik.


Mengikut perancangan mengajar aku pun, dalam masa tiga bulan ni aku kalau boleh nak siap sediakan anak-anak murid aku tu untuk menghadapi ujian akhir tahun. Bukan untuk lulus ujian semata-mata, yang lebih penting kefahaman tentang ilmu pelajaran tu paling aku utamakan.

Buat masa ni aku cuba jugak la sedaya upaya menyediakan bahan-bahan belajar untuk anak-anak murid aku tu mudah mudahan mereka mudah faham dan mampu menguasai setiap mata pelajaran tu. 


Nak menyediakan semua tu melalui bayangan dalam minda memang mudah je. Tapi nak melaksanakan dan menyiapkan tu agak mencabar jugak dengan nak melayan karenah dua anak dara kat rumah ni. Tapi bila dua-duanya tidur, memang segala kerja pun lancar je nak diselesaikan.



09 June 2012

Gadget - Skrin pecah

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Bermula malam tadi, tauke tauke restoran 24 jam senyum melebar. Manakan tidak, setelah dipasangkan skrin besar di hadapan restoran pastinya menjadi pilihan peminat peminat bola sepak Eropah berkumpul menyaksikan UEFA-Euro 2012 yang telah pun mula bersiaran.


Tapi entri hari ni bukan nak berkongsi cerita tentang bola. Entri hari ni aku nak berkongsi cerita tentang telefon bimbit. Bukan tutorial tentang aplikasi telefon bimbit dan bukan juga ulasan jenama telefon bimbit tapi sedikit kisah yang berlaku berkenaan telefon bimbit.

Al-kisahnya kejadian berlaku melibatkan telefon bimbit milik isteri aku. Sudah ditakdirkan telefon bimbit yang baru berusia 7 bulan 'tercedera' mukanya. Suspek utama kemalangan tu adalah terpijak. Silap jugak sebab masa tu telefonnya diletakkan di hamparan tilam di ruang tamu ketika berguling-guling dengan anak anak.

Bukanlah telefon yang mahal pun. Cuma Samsung Corby II yang bersesuaian juga la tahap penggunaannya untuk isteri aku. Walaupun bukanlah 'kecederaan' yang parah namun sedikit sebanyak menjejaskan juga pandangan akibat skrin TFT nya yang sedikit pecah di bahagian bawah.


Oleh kerana ianya tergolong dalam golongan yang dikatakan sebagai 'kemusnahan kosmetik' [patah, pecah, calar dan sebagainya] maka kerosakan seperti ni tidak meliputi dalam jaminan produk. Maksudnya aku sebagai pemilik perlu la mengeluarkan duit untuk menampung kos baikpulih.

Sebelum ni telefon berjenama Nokia model 6500 slide milik aku pun pernah bermasalah dengan skrin dia tu. Disebabkan di Ipoh ni terdapat Nokia Care Center yang terletak di Bandar Baru Bistari berhampiran Kinta City Ipoh maka aku terus menghantar telefon yang bermasalah tu ke sana untuk dibaik pulih.

Sememangnya kos untuk membaik pulih skrin telefon Nokia aku tu agak mahal jugak la dalam anggaran RM160 bagi menggantikan keseluruhan skrin yang bermasalah tu tapi agak berbaloi jika dibandingkan dengan harga untuk sebuah Nokia 6500 slide.


Kes Samsung Corby II milik isteri aku tu pulak aku usulkan kembali ke kedai di mana aku membelinya. Oleh kerana kerosakan yang dialami tu bukan dalam jaminan produk jadi aku tak pasti samada ianya dihantar ke pusat servis Samsung untuk dinilai atau dihantar ke pusat servis milik kedai terbabit.

Kos yang dianggarkan untuk menggantikan skrin Samsung Corby II yang pecah tu adalah sebanyak RM180 sebagaimana yang diberitahu kepada aku melalui panggilan telefon. Kerana itu aku mengambil keputusan untuk membatalkan usaha baik pulih dan akan mencari alternatif lain kemudian hari.

Harga Samsung Corby II di pasaran adalah RM299. Memang berbaloi untuk memilikinya jika anda seorang yang bukan terlampau menggunakan teknologi telefon untuk segalanya. RM299 - RM180 = RM119. Sila beri aku petunjuk andai ada yang lebih arif.

Adakah benar sebegitu harga bagi sebuah telefon separuh pintar ? Untuk Skrin sahaja sudah melebihi separuh harga keseluruhan telefon ? Ada pihak dari Samsung sendiri yang boleh menjelaskan perkara ni kepada aku ? 


Bagaimana pula jika sebuah Galaxy S III yang berharga RM2199 di pasaran menghadapi masalah yang sama [skrin pecah dalam] seperti yang aku alami ? Adakah kos untuk menukar skrin Galaxy S III bernilai RM1000 ? 

Terasa macam tak berbaloi pulak nak membayar RM180 untuk skrin semata mata. Cuma tambahkan RM119 dah tentu boleh dapat yang baru. Tu belum lagi orang kedai tu bagitau kalau aku antar kembali untuk dibaiki, aku akan dikenakan cas tambahan sebanyak RM30. Berbaloi sungguh ...