Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts

09 December 2013

Projek cuti sekolah

  5 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mendung je petang ni di bandaraya Ipoh. Bagi rakan-rakan yang terjejas banjir tu mudah-mudahan bersabar dengan ujian dari ALLAH.

Cuti sekolah tinggal lebih kurang tiga minggu je lagi sebelum sesi persekolahan 2014 bermula. Banyak lagi tugasan yang belum selesai untuk menghadapi sesi pengajaran dan pembelajaran untuk tahun hadapan.


Cuti sekolah tahun 2013 ni aku agak sibuk dengan berbagai perkara. Sibuk nak menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga. Sibuk dengan projek-projek semasa cuti sekolah.

Alhamdulillah sepanjang cuti sekolah tahun ni rezeki mencurah-curah. Rezeki anak-anak dan anak yang bakal lahir la tu. Selain dapat rezeki dari hasil menjawab survey dalam talian, ada juga beberapa projek yang mendatangkan hasil menambah pendapatan.

Bak kata orang, rezeki tu ada dimana-mana. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Mungkin ramai yang selesa dengan punca pendapatan utama. Ada juga yang suka mempelbagaikan punca pendapatan selain dari megharapkan punca pendapatan utama.

Bagi aku sendiri, kerja sampingan selain dari kerjaya utama banyak juga faedahnya. Menambahkan pendapatan tu sudah semestinya. Selain tu jugak, dapat menambahkan pengalaman dan kemahiran dalam sesuatu bidang yang kita ceburkan diri tu.

Bagi yang berbagai alasan tu, mungkin terlalu berpegang teguh kepada kata istilah "ulat di dalam batu pun boleh hidup". Apa pun yang penting dalam apa juga yang kita kerjakan tu biarlah hasilnya dari sumber yang halal dan diberkati ALLAH.


p/s : Teringat waktu zaman bersekolah rendah dulu. Bila cuti sekolah mesti perlu lakukan sesuatu yang agak berbeza dari orang lain sebab bila bermula sesi persekolahan mesti cikgu bahasa Melayu suruh buat karangan berunsurkan aktiviti cuti sekolah. 







05 November 2012

Sekolah jagaan anak anak ?

  3 Komen    
label: , , , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua memperolehi keberkatan dalam hidup dan dirahmati Allah.

Sekarang ni sudah memasuki minggu terakhir sesi persekolahan bagi tahun 2012. Agak mendebarkan bagi calon calon yang menduduki peperiksaan UPSR kerana keputusan UPSR akan diumumkan.


Dan lebih mendebarkan lagi buat calon calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM. Apa yang penting andainya sudah mantap dengan persediaan awal pastinya tiada masalah untuk menghadapi apa juga soalan.

Manakala bagi pelajar pelajar yang tidak terlibat dengan menanti keputusan peperiksaan dan bakal menduduki peperiksaan pastinya hari terakhir persekolahan adalah hari yang sangat dinanti nantikan.

InsyaAllah sekolah dimana aku diamanahkan untuk menyampaikan ilmu kepada anak anak sekolah rendah juga akan bercuti sakan. Ada jugak yang belum mula cuti sekolah pun dah buat cuti sendiri.

Dalam keseronokan cuti sekolah ni, mungkin ada jugak yang berasa susah hati. Terutama pada ibu bapa yang berkerja sepanjang hari. Kalau sebelum ni kebanyakan waktu siang untuk anak anak tu dihantarkan saje ke sekolah. 

Pagi bersekolah kebangsaan, petang pulak bersekolah agama. Kalau yang memang menghantar anak ke sekolah pagi dan petang tu bagi mengisikan rohani anak dengan ilmu ilmu yang berguna buat masa hadapannya tu takpe jugak.


Tapi ada jugak sebahagian yang menghantar anak ke sekolah terutamanya sekolah agama pagi dan petang kerana alasan mudah agar anak tidak berseorangan di rumah tanpa penjaga. Golongan macam ni pastinya sedikit susah hati bila tiba cuti sekolah.

Anak anak mereka belajar atau tidak, lulus peperiksaan atau tidak lansung tak ambil peduli. Dengan yuran bulanan sekitar RM15, mana nak cari 'pusat jagaan kanak kanak' yang semurah macam ni ?

Dan kebiasaannya golongan ibu bapa macam ni, anak anak mereka yang cukup 'bermasalah' bila di sekolah. Kaki ponteng, kaki langgar displin sekolah dan sebagainya. Anak belajar atau tak, tu semua belakang kira.

Jangan macam tu. Sekolah tu kan tempat untuk menimba ilmu. Bukan tempat untuk meletak anak. Betulkan niat, buat transformasi jiwa. Jangan jadikan anak anak mangsa keadaan.



27 May 2012

Aktiviti cuti sekolah

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai di hujung minggu bersama keluarga mahupun rakan rakan tak kira di mana juga anda semua berada mudah mudahan kita diberkati dan dirahmati Allah.

Cuti sekolah dah bermula, maknanya pasti penuh aktiviti sepanjang cuti sekolah ni dengan berbagai bagai majlis. Jemputan menghadiri majlis walimatulurus sudah semestinya ada. Mungkin juga ada ibu bapa yang mengambil kesempatan mengkhatankan anak anak bujang yang semakin meningkat usia tu. 


Mungkin juga ada yang mengambil kesempatan di musim cuti sekolah ni membawa keluarga melancong, pergi menunaikan umrah, pulang ke kampung atau sekadar beriadah di taman taman tema berhampiran.

Atau mungkin juga menghabiskan masa mengadap komputer melayari laman laman blog rakan rakan atau pergi mengintai ke blog blogger blogger terkenal seperti Fatin Liyana, Radiusite, Red Mummy, abang Nara dan ramai lagi. Atau mungkin bersantai di rumah melayan karenah anak anak.

Walau apa juga yang kita lakukan, jangan la sampai kita menjadi lalai dan leka dari mengingati Allah. Pelihara penampilan kita mengikuti garis panduan syariat Islam sebenar. Peliharan ibadah solat kita tak kira di mana juga kita berada. Sentiasa ingat Allah, insyaAllah apa juga yang kita lakukan pasti akan diberkati-Nya.



11 March 2012

Kenangan

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai di hujung minggu sempena musim cuti sekolah ni mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Mungkin ramai yang ambik peluang cuti sekolah ni untuk pulang ke kampung atau beriadah ke mana mana, pastikan keselamatan dijaga dengan baik dan jangan lupa berdoa minta dipelihara Allah dalam apa jua yang kita lakukan.


Cuaca sekarang ni pun rasanya tak berapa seronok sangat nak buat aktiviti luar rumah. Kat Ipoh ni je boleh kata setiap petang pasti akan turun hujan. Tapi alhamdulillah, rahmat dari Allah jugak tu kan. Jimat air sikit tak perlu nak siram pokok pokok bunga kat depan rumah. Tidur malam pun tak perlu nak pasang kipas sebab dah cukup sejuk.

Semalam aku merajin-rajinkan diri mengemas barang barang di bilik belakang yang kami jadikan seperti bilik stor. Memang agak bersepah sebab kadang kadang tu bila ambik barang dalam tu lepas tu main campak campak je. Hehehe..siapa suruh cari penyakit ye tak ?

Masa bongkar kotak kotak yang ada dalam bilik tu, terjumpa pulak novel novel lama yang kononnya dulu nak dijadikan koleksi tapi tak sempat dikoleksikan. Masa zaman bujang dulu memang aku suka menghabiskan duit beli majalah komik dan novel. Kalau novel tu antara penulis yang aku suka tak lain tak bukan Ramlee Awang Murshid. 


Boleh kata hampir setiap bulan pasti ada je novel baru yang aku beli. Majalah komik pun dah sampai jadi pelanggan tetap kiosk kat ceruk bangunan Medan Gopeng ni sampaikan dari jauh pun kalau komik terbaru tak sampai lagi auntie kiosk tu dah jerit bagitau kat aku.

Lepas dah berumahtangga, aktiviti menghabiskan duit membeli novel dan majalah pun dah dikurangkan. Lagipun bila dah berumahtangga ni tak boleh la nak berbelanja macam waktu zaman bujang dulu. 

Dalam aku bongkar membongkar kotak kotak yang dipenuhi dengan buku dan sebagainya tu, terselak la satu buku sewaktu belajar di sekolah menengah dulu. Nak tau ape aku jumpa ? Gambar kenangan bersama kawan kawan sekolah dulu. Rasa rasanya yang mana satu aku ye ? Boleh teka ?


Gambar pada tahun 1998 ni diambik di depan bangunan pejabat sekolah aku masa belajar di Taiping. Kalau tak silap, masa ni baru je lepas ambik keputusan SPM. Rindu pulak zaman sekolah dulu..Hehehe..


10 March 2012

The Walking Dead

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Cuti sekolah penggal pertama dah bermula, hampir seminggu lebih ni harap harapnya bagi adik adik bersekolah tu jangan menyalahgunakan pulak cuti sekolah ni.


Setelah penantian selama berbulan bulan, akhirnya malam tadi bermula kembali episod sambungan yang dinanti nantikan dari siri The Walking Dead. Dua minggu sebelum ni saluran Fox Movie Premium kat astro asyik ulang marathon episod terdahulu je. 


Episod yang terbaru ni dikatakan lebih mengikut jalan cerita seperti di dalam penulisan komik asalnya berbanding dengan jalan cerita yang telah sedikit digubah pada episod awal pada tayangan tahun lepas. 


Agak mengejutkan jugak pada episod terakhir musim lepas bila misteri kehilangan Sophia akhirnya terjawab dengan kemunculannya sebagai zombie yang dikurung bersama dengan zombie lain yang dikurung dalam bangsal milik Hershel.


Dengan alasan zombie yang dikurung itu masih bersifat manusia dan memerlukan rawatan yang sesuai, Hershel menyembunyikan perkara tu dari pengetahuan kumpulan Rick sampai la terkantoi ditemui oleh Glenn ketika mencari tempat sesuai untuk berdating. 


Lepas kejadian 'penghapusan' zombie kurungan milik Hershel, dia yang tak puas hati bertindak menyuruh Rick dan ahli kumpulannya untuk meninggalkan kawasan rumah dia yang dijadikan penempatan berlindung sementara dalam perjalanan menuju ke Fort Benning.


Dalam kalut kalut tuduh menuduh antara satu sama lain, Hershel menghilangkan diri pulak. Rupanya dia pegi mabuk mabuk seorang diri di sebuah bar kerana kesedihan mengenangkan kehilangan ahli keluarga dan kebodohannya mengharapkan ahli keluarga yang bertukar menjadi zombie tu akan sembuh.


Selepas ditemukan oleh Rick dan Glenn yang keluar mencarinya, tiba tiba muncul pulak dua orang lelaki nak mintak perlindungan kat rumah Hershel setelah diorang bagitau Fort Benning sudah ditawan zombie. Tapi bila Rick tak nak percaya tiba tiba salah sorang dari lelaki tu keluarkan pistol tapi Rick lebih pantas lagi lalu menembak kedua dua lelaki tu.


Nak jadi cerita pulak, anak perempuan Hershel tiba tiba sakit dan Lori dengan sukarelanya menawarkan diri untuk mencari dan memberitahu kepada Hershel keadaan anaknya tu malangnya dalam perjalanan tu dia terlanggar seorang zombie lalu menyebabkan kereta yang dipandunya terbalik kemalangan.


Macam biasa pada setiap episod, tengah sedap sedap melayan jalan cerita rupanya dah sampai ke penghujung meninggalkan penonton dalam keadaan tertanya tanya plot plot cerita yang seakan tergantung dan menjadi persoalan kenapa dan bagaimana dan bla bla bla..(malas dah aku nak huraikan panjang panjang)


Cuma yang agak rasa tak puas hati, Rick tu macam poyo je dalam keadaan 'darurat' camtu pun masih lagi nak berpakaian uniform sheriff dia tu. Shane pulak entah kenapa panjang riwayat hidupnya, mungkin sebab dia bawak watak yang agak jahat kot. Hehehe..




13 June 2011

hibernasi

  3 Komen    
label: , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung. Salam bertemu kembali setelah sekian lama sampai lalang pun dah tumbuh kat laman rumah aku ni. Seminggu berhibernasi dari dunia blog rasa macam berbulan bulan lamanya.


Alhamdulillah hari ni aku kembali untuk pengisian pengisian ruang kosong yang ada tu. Hari ni jugak adik adik yang bersekolah dah kembali mengisi bangku bangku bilik darjah masing masing selepas dua minggu bersuka ria menghabiskan cuti sekolah di rumah ataupun di kampung halaman.


Imbas balik waktu zaman persekolahan dulu bila lepas je habis cuti sekolah mesti cikgu bahasa melayu suruh buat karangan pasal aktiviti cuti sekolah. Ada yang mengarang pasal balik ke kampung la, ada yang mengarang pasal membantu ibu bapa kat rumah la, ada jugak yang mengarang pasal cerita rekaan semata mata padahal duduk kat rumah layan tengok TV je sepanjang cuti sekolah tu.


Masa aku duduk asrama lagi la seronok bila abis musim cuti ni. Hari pertama kembali ke asrama je masing masing dengan beg yang sendat dengan bekalan makanan. Maggi tu dah memang wajib ada. Kalau yang gempak sikit, biskut satu tin besar tu pun ada. 


Bila dah semua berkumpul tu pulak, macam macam cerita keluar. Borak panjang sampai ke tengah malam macam tak abis abis lagi cuti sekolah padahal esok pagi dah nak kena pegi masuk kelas. 

Paling gembira sekali masa tu makcik kantin la. Tiap kali lepas cuti sekolah mesti meriah je kantin sekolah ngan asrama tu. Mana yang konon duit belanja mak bapak kasik banyak sangat tu semua nak dipayungnya.  Masa tu jugak la tak berapa nak pandang sangat masakan kat dewan makan. 


Tapi tu semua minggu pertama je lepas cuti sekolah. Masuk je minggu kedua, bekalan makanan pun dah makin susut, duit belanja pun dah mula berkira kira cukup ke tak sampai ke hujung bulan. Masa ni kalau nak pegi makan kat kantin pun kena sorok sorok sebab takut nanti ada kawan kawan nak mengecek mintak belanja. 

Minggu pertama persekolahan lepas cuti pun selalunya terasa membosankan. Kadang kadang tu cikgu yang mengajar pun macam malas malas je nak masuk kelas. Cuma dua tiga orang cikgu je yang hari pertama persekolahan lepas cuti tu terus kasi kerja sekolah banyak banyak. Alasannya dah puas cuti kat rumah dan tiba masa nak asah balik otak yang dah tumpul tu.


Dan biasanya kalau masa zaman sekolah dulu tu bila tiap kali bermula persekolahan lepas cuti sekolah ni, hari pertama persekolahan tu perkara pertama yang ada dalam kepala ialah "berapa hari lagi nak cuti penggal?" Hehehe..


27 May 2011

jaga diri

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati sekalian. Buat adik adik yang bersekolah tu, hari ni dah hari terakhir persekolahan bagi penggal pertengahan. Cuti selama dua minggu selepas bertungkus lumus menjawab soalan peperiksaan baru baru ni gunakan la dengan sebaik baiknya. 



Aku tak cuti lagi. Sebahagian pelajar yang bakal menempuh peperiksaan SPM dan PMR tahun ni ada program perkampungan ilmu selama satu minggu. Maknanya cuti yang sepatutnya dua minggu telah menjadi satu minggu je la. 



Hari ni aku nak berkongsi tafsir Al Quran dari Surah Luqman. Kita bukak Al Quran tu pada mukasurat 412 dijuzuk ke 21 surah yang ke 31 ayat 18 dan 19, kita akan temui ayat dimana Luqman Al Hakim menasihati anaknya tentang perlakuan sepatutnya kita di muka bumi ni.


"Dan janganlah engkau memalingkan muka mu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." Luqman : 18
 
"Dan sederhanakanlah langkah mu semasa berjalan, juga rendahkanlah suara mu (semasa berkata kata), sesungguhnya seburuk buruk suara ialah suara keldai." Luqman : 19
Pengertian ayat yang kat atas ni jelas membimbing kita dalam menjadi insan yang baik budi pekerti. Pada ayat ke 18 tu mengingatkan kita supaya tidak memandang rendah terhadap orang lain. 



Walau setinggi mana pun martabat kita, walau sehebat mana pun kita ni, tak sepatutnya perkara tu membuatkan kita lupa diri. Seringkali berlaku dalam peradaban manusia, yang berkuasa menindas yang lemah, yang berasakan diri mereka lebih dari orang lain memandang rendah pada keupayaan dan kedudukan mereka yang berada di bawah.



Kerana itulah Nabi SAW mengajar kita bahawa Islam itu bersaudara. Malah dalam Islam tak de lansung istilah darjat atau kasta tertentu yang membezakan antara satu dengan yang lain. 


Kita jugak tidak digalakkan malah dilarang untuk berjalan dibumi Allah ni dengan perasaan bangga dan membesar diri. Kecuali la diri tu memang besar. Sebagai hamba Allah dan nama panggilannya pun hamba, tak sepatutnya kita bersombong diri merasa macam dah hebat sangat.




Tak perlu jugak kita berjalan sampai nak hentak hentak kaki. Lain la kalau nak berkawad tu. Ni berjalan kat pusat membeli belah pun kalau boleh nak semua orang tau yang dia tu tengah berjalan. 


Etika ketika bercakap dan berkata kata pun perlu dijaga. Sederhanakan intonasi suara, cakap dengan beradab. Ni tak, kalau nak bersembang tu dah macam sembang kat kedai kopi je. Mengalahkan ahli parlimen tengah berdebat lagi tu. 




Tak kira la samada lelaki mahupun perempuan, jagalah suara tu. Nak jerit jerit, pegi la jerit kat stadium masa tengok bola ke, sukan ape ke tapi jangan lebih lebih pulak. Bertutur la dengan penuh kesopanan. Orang yang dengar pun rasa aman je. Kalau suara tu sedap tak pe jugak kot, ni kalau suara pun serupa keldai apa cerita ? 


Sama sama la kita menjaga tatasusila kita sesama manusia lain. Buang sifat sifat buruk tu gantikan dengan sifat sifat terpuji. Semoga kita mendapat manfaat dari apa yang kita pelajari hari ni.