28 May 2012

Bahana solat punggung terkeluar

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. 

Entri kali ni insyaAllah kita sama sama membincangkan pasal perkara yang berlaku dalam solat. Disebabkan solat tu adalah tiang agama yang perlu kita sentiasa tegakkan, maka dalam nak menegakkan tiang agama tu kita perlu juga tahu serba sedikit perkara perkara yang terkandung dalam solat tu.


Baru baru ni ketika bersolat jemaah jumaat di masjid, pandangan mata aku tertarik pada seorang ahli jemaah selang dua saf di hadapan. Masih muda belia dan segak bergaya ibarat lelaki kacak yang sering menjadi tarikan pandangan wanita di luar sana.

Ringkas pakaian yang dikenakan. Cuma berseluar jeans levi's 501 biru dan baju T-shirt berbelang hitam dan merah. Bajunya agak kelihatan sendat, mungkin sengaja dipakai untuk memperlihatkan bentuk tubuh yang biasa biasa saja. Tu tak termasuk lagi seluar dalam boxer jenama renoma yang kelihatan ketika si dia duduk bersila.

Di rakaat terakhir solat jumaat berlansung selepas duduk antara dua sujud dan ketika hendak melaksanakan sujud terakhir sebelum tahiyat akhir, aku terpandang si dia bersujud bersama jemaah lain. Sujudnya sempurna namun ada sesuatu yang menjelikkan.

Kerana baju T-shirt yang dipakainya tu agak kecil dan seluar yang dipakai juga mungkin dilondehkan sedikit mengikut fesyen, jadi ketika bersujud maka terserlahlah sedikit alur punggungnya yang lansung tak menyelerakan walaupun cuba ditutup dengan seluar dalam boxer jenama renoma tu.


Selesai imam memberi salam, tak sempat aku nak bertegur sapa dengan lelaki kacak tersebut kerana pantas dia berdiri dan keluar dari masjid. 

Apa yang aku nak kongsikan di sini ialah tentang aurat kita ketika solat. Antara syarat sah solat tu ialah menutup aurat. Bagi lelaki auratnya diantara pusat dan lutut. Bagi perempuan pula keseluruhan anggota tubuh badan kecuali bahagian muka dan tangan (dari pergelangan tangan hingga hujung jari).

Terdapat perbincangan ulama tentang hukum terbuka aurat ketika bersolat yang mengatakan terbatal solat jika terbuka aurat kecuali dalam keadaan tidak sengaja (ditiup angin). Walaupun bagi perempuan terkeluar sedikit rambut ketika bersolat maka wajib baginya untuk mengulangi solatnya.

Jadi kalau kejadian seperti yang aku ceritakan tu, seharusnya kita yang lelaki ni lebih berhati hati dalam berpakaian. Jangan kita asyik sibuk bebel kat kaum wanita pasal etika berpakaian diorang tu tapi kita terlupa diri kita sendiri. Tak salah kalau nak bergaya seperti lelaki kacak asalkan kita tahu batasannya.

Itulah bahananya bila bersolat tapi punggung terkeluar. Jangan jadikan ibadat kita sia sia akibat kelalaian kita. Jelas di situ kiranya terbuka aurat ketika solat maka batallah solatnya. Kadang kadang tu perkara kecil camni kita pandang remeh je tapi perkara remeh macam ni la yang menjadi tunjang arah tuju kita di akhirat kelak.



13 comments:

  1. Assalam..
    Bagus cerita ni untuk tauladan lelaki2 kacak di luar sana. Jangan sebab nak tayang seluar dalam berjenama, solat tidak sempurna.

    ReplyDelete
  2. pernah tengok, kat depan tuu , masa tu splat jumaat kat masjid besi..adoii

    ReplyDelete
  3. meraka tak malu dengan tuhan,tapi dengan pemerintah sebaliknya

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum pipoq...nak solat tu kenala juga tengok apa pakaian yg kita pakai sama ada elok ke x jgn main ikut suka jer kan...

    ReplyDelete
  5. dah tahu tpi kita sering buat tak endah gara2 terllu obses dgn dunia fesyen..

    ReplyDelete
  6. baik llki atau wanita semua ada sahja perli di telik..klu dh perasa tu segeralh tegur atau bangun betulkan..ada pula d tegur melenting huhu

    ReplyDelete
  7. @misz dayah

    kalo bagi lelaki yang berpakaian sebegitu rasanya mereka akan sedar 'pendedahan' yang mereka lakukan apabila dalam keadaan tunduk..

    kalau bagi perempuan, sekiranya selepas selesai solat baru terperasan ada juntaian rambut yang terkeluar, lebih baik diulangi semula solat kecuali lansung tak sedar..

    ReplyDelete
  8. Ngerilah kalau nampak alur. Tidak kacak langsung.

    ReplyDelete
  9. air jordan shoes for sale, http://www.airjordanshoes.us.org/
    ralph lauren outlet, http://www.ralphlaurenoutlet.in.net/
    ray-ban sunglasses, http://www.rayban-sunglassess.us.com/
    louis vuitton outlet online, http://www.louisvuittonus.us.com/
    toms shoes, http://www.toms.us.com/
    longchamp outlet, http://www.longchampoutlet.name/
    michael kors outlet, http://www.michaelkorsoutletonlinestores.us.com/
    michael kors outlet, http://www.michaelkorsfactoryoutlet.us.org/
    thomas sabo, http://www.thomassabos.co.uk/
    nike outlet store, http://www.nikeoutletstore.us/
    mont blanc outlet, http://www.montblancpensoutlets.com/
    true religion jeans, http://www.truereligionjeansoutlet.com/
    michael kors canada, http://www.michaelkorsoutletcanada.in.net/
    the north face outlet store, http://www.thenorthfaceoutletstores.org/
    prada handbags, http://www.pradahandbagsoutlet.co.uk/
    vikings jerseys, http://www.minnesotavikingsjersey.us/
    chanel handbags, http://www.chanelhandbags-outlet.us.com/
    replica watches, http://www.replicawatchesforsale.us.com/
    oakley outlet store, http://www.oakleyoutlet.in.net/
    wedding dresses, http://www.weddingdressesoutlet.co.uk/
    chicago blackhawks jersey, http://www.chicagoblackhawksjersey.us/
    ralph lauren polo, http://www.ralphlaurenoutlet.in.net/
    toms outlet store, http://www.tomsoutlet-stores.com/
    nike air force 1, http://www.airforce1.us.com/
    chanel handbags outlet, http://www.chanelhandbags-outlet.us.com/
    2015912caihuali

    ReplyDelete