Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai di hujung minggu bersama keluarga mahupun rakan rakan tak kira di mana juga anda semua berada mudah mudahan kita diberkati dan dirahmati Allah.
Cuti sekolah dah bermula, maknanya pasti penuh aktiviti sepanjang cuti sekolah ni dengan berbagai bagai majlis. Jemputan menghadiri majlis walimatulurus sudah semestinya ada. Mungkin juga ada ibu bapa yang mengambil kesempatan mengkhatankan anak anak bujang yang semakin meningkat usia tu.
Mungkin juga ada yang mengambil kesempatan di musim cuti sekolah ni membawa keluarga melancong, pergi menunaikan umrah, pulang ke kampung atau sekadar beriadah di taman taman tema berhampiran.
Atau mungkin juga menghabiskan masa mengadap komputer melayari laman laman blog rakan rakan atau pergi mengintai ke blog blogger blogger terkenal seperti Fatin Liyana, Radiusite, Red Mummy, abang Nara dan ramai lagi. Atau mungkin bersantai di rumah melayan karenah anak anak.
Walau apa juga yang kita lakukan, jangan la sampai kita menjadi lalai dan leka dari mengingati Allah. Pelihara penampilan kita mengikuti garis panduan syariat Islam sebenar. Peliharan ibadah solat kita tak kira di mana juga kita berada. Sentiasa ingat Allah, insyaAllah apa juga yang kita lakukan pasti akan diberkati-Nya.
Hero-hero saya semanya sudah berkhatan tinggal yang paling kecil. :-)
ReplyDelete@akubiomed
ReplyDeletekalau dikhatan awal awal lebih mudah + kalau buat ramai ramai lebih menghilangkan rasa ketakutan tu..
teingat zaman dulu2 sendal dengan sabut kelapa
ReplyDeleteDasat tu pakai stand dslr...hehe
ReplyDeleteZaman berkhatan dulu2 dgn tok mudim lagi gerun.. :D
p/s-terima kasih bro atas ingatan..
yupp..cuti sekolah dah mula...
ReplyDeletejalan pun dah mula lengang waktu pagi... :)
bg yg punya anak2 dan adik yg bersekolah..pastinya akan ada aktiviti setiap kali musim cuti tiba..mcm chii sendiri..adik2 da besar..cuti skolah da xde apa2 makna pun :p
ReplyDelete