29 May 2012

Kenapa menunggu tua ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberikan taufiq dan hidayah dalam memperkukuhkan ketaqwaan terhadap Allah.

Kalau sebelum ni kita dah berkongsi minda berkenaan umur kita di dunia ni, insyaAllah hari ni kita sambung pula tentang usia muda kita, bagaimanakah ianya diperlakukan.


Zaman sekarang ni ramai antara kita yang berlumba lumba mengejar dunia. Bukan menjadi kesalahan pun kalau nak mengejar dunia tapi cuma perlu diingati selalu agar akhirat jangan sesekali kita lupa. 

Dalam kehidupan yang semakin meningkat taraf hidupnya ni, berbagai pelaburan yang kita nak kejar agar mendapat kesenangan hidup di usia tua. Tu pun kalau yakin mencapai usia tua la. Jangan sampai kita hanyut dengan matlamat kehidupan dunia hingga terlupa matlamat kehidupan kita di akhirat sana.

Jangan sia siakan usia muda kita dengan dunia semata mata. Kalau sanggup menghadirkan diri ke seminar seminar nak jadi jutawan dunia, takkan tak sanggup menghadirkan diri ke majlis majlis ilmu agama. 


Kalau kita sanggup melaburkan wang simpanan kita untuk menggandakannya di masa akan datang, takkan nak menghulurkan sedikit sedekah ikhlas ke tabung masjid untuk menjadi pelaburan kita di akhirat kelak pun sangat berkira.

Dan kalau di usia muda ni kita sanggup bersengkang mata berkumpul bersama rakan rakan di meja kopitiam membicarakan hal hal keduniaan, takkan nak meluangkan sedikit masa bertahajjud untuk-Nya kita berasa berat mata sedangkan masa yang kita luangkan bersama rakan rakan tu juga adalah kurniaan-Nya.

Muhasabah diri semula. Apakah yang telah kita perlakukan terhadap usia muda kita ? Adakah penuh dengan perkara kebaikan atau hanya hanyut dengan tipu daya dunia ? Adakah kita perlu menunggu di saat usia meningkat tua baru nak merubah diri ?

Sementara berkesempatan memanfaatkan roh yang dipinjamkan Allah ni, marilah kita sama sama memperbaiki diri dan orang orang yang kita cintai agar di sana nanti mudah untuk kita melepaskan diri dari soalan bocor yang telah Nabi SAW tinggalkan untuk umatnya.



14 comments:

  1. Assalam..
    Terima kasih atas peringatan tu..
    Kadang kala kita lupa disebabkan keseronokan duniawi, tapi Allah sentiasa bagi peringatan pada hambanya...Moga2 saya sendiri tak terlambat sebelum ajal tiba...

    ReplyDelete
  2. tua biarlah ada bekal di buat klu tua kosng sahaja tnpa amalan byha juga tu heee

    ReplyDelete
  3. mana ada org mgku dh tua geeee klua da pun sikti jer..kan..kan...

    ReplyDelete
  4. salam,

    kak ati pun tengah berusaha nk menambah
    ilmu dan amalan. bab menderma tu kalau nampak'
    yg betul pasti akan menderma selalunya suruh
    syahmi masukkan..dia suka betui :)

    ReplyDelete
  5. @Iza Teratak Usang

    waalaikumsalam..
    peringatan untuk diri sendiri jugak tu..mudah mudahan kita semua cukup bekalan bila nak bertemu dengan ALlah nanti..

    ReplyDelete
  6. @suri

    tak mengaku tua tu tak pe lagi..tapi bila mengaku muda tu yang tak patut lansung..

    ReplyDelete
  7. @Ati Masrif

    alhamdulillah kak..kadang kadang bagus jugak kita tanamkan sikap suka menderma dalam diri anak anak ni..walaupun waktu sekarang ni diorang mungkin tak mengerti apa apa, tapi sampai waktunya kita kena terangkan apa kelebihan bersedekah tu insyaAllah biar jadi amalan seumur hidup..

    ReplyDelete
  8. terima kasih mengingatkan sy

    =_=

    ReplyDelete
  9. Peringatan kepada diri ini. Terima kasih bro sekurang-kurang terpukul sedikit muka ini.

    ReplyDelete
  10. Bukan sekadar peringatan biasa, terima kasih berkongsi.

    ReplyDelete
  11. papa pi..
    payah klu nak muda jer hee...sedar2 umur nak hujung usia.. alahai karang lepok baru tahu org2 tk sedar diri ni eiii...

    ReplyDelete
  12. terima kasih..sekurang2nya menyedarkan diri chii yng kadang kala terleka dan lalai

    ReplyDelete
  13. tory burch outlet, http://www.toryburch.in.net/
    denver broncos jerseys, http://www.denverbroncos.org/
    lacoste polo shirts, http://www.lacostepoloshirts.cc/
    christian louboutin outlet, http://www.christianlouboutinonline.us.com/
    fred perry shirts, http://www.fredperrypoloshirts.com/
    nike air max shoes, http://www.nikeairmaxshoess.co.uk/
    michael kors factory outlet, http://www.michaelkorsfactoryoutletonline.com/
    insanity, http://www.insanityworkout.us.com/
    michael kors outlet, http://www.michaelkorsoutletonlinstore.us.com/
    mcm backpack, http://www.mcm.in.net/
    marc jacobs, http://www.marcjacobs.cc/
    cheap nfl jerseys, http://www.cheap-nfljersey.us.com/
    kansas city chiefs jerseys, http://www.kansascitychiefs.us/
    nike air huarache, http://www.nikeairhuarache.org.uk/
    true religion jeans, http://www.truereligionjeansoutlets.us.com/
    nike air max 2015, http://www.airmax2015.com/
    ghd uk, http://www.ghdhairstraightenerssale.co.uk/
    louis vuitton outlet, http://www.louisvuittonus.us.com/
    marc jacobs outlet, http://www.marcjacobs.cc/
    broncos jerseys, http://www.denverbroncos.org/
    oakley sunglasses, http://www.oakleysunglassesoutlets.us.com/
    oklahoma city thunder, http://www.thunderjerseystore.com/
    cheap jordans, http://www.cheapjordans.us.org/
    ralph lauren outlet, http://www.ralphlauren-outletonline.co.uk/
    nfl jersey wholesale, http://www.nfljerseys-wholesale.us.com/
    ray ban sunglasses outlet, http://www.raybansunglass.us.com/
    supra footwear, http://www.suprashoes.us.com/
    hermes belt, http://www.hermesbelts.us/
    gucci,borse gucci,gucci sito ufficiale,gucci outlet
    the north face outlet, http://www.northface-outlet.cc/
    2015912caihuali

    ReplyDelete