24 May 2012

Apa ada pada usia ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Kebelakangan ni agak lewat sikit memasukkan entri bukannya apa, agak sibuk menguruskan rumahtangga sejak dah ada ahli baru ni.

Bagi perkongsian hari ni adalah kesinambungan dari entri soalan bocor yang lepas. Hari tu tak sempat nak mengulas lanjut sebab banyak urusan yang perlu ditangani jadi biarlah terkupas satu persatu supaya lebih mudah untuk kita serapkan dalam minda.


Apabila ditanyakan tentang usia atau umur kepada kita, ada yang begitu mudah menjawabnya dan ada jugak yang menjadi perahsia hinggakan merahsiakan usia sebenarnya. Mungkin takut dianggap warga emas barangkali bila diberitahu usia sebenar.

Kalau lelaki mungkin nanti takut dikatakan berperangai tak serupa usia. Kalau perempuan pulak mungkin juga takut dikatakan begitu begini tak padan dengan usia sebenar. Apa nak risaukan sangat dengan usia umur kita kat dunia ni sampai perlu dirahsiakan. 

Apa yang penting bagi kita semua adalah apa yang telah kita buat selama mana usia kita di dunia ni. Dari tahun berganti tahun, bulan berganti bulan, hari berganti hari, minit berganti minit dan saat silih berganti detiknya, apakah amalan yang telah kita perbuat untuk Allah ?


Mungkin tak perlu kita fikirkan sejauh dari awal usia kita di dunia ni hinggalah ke hari sekarang. Cukup hanya kita memikirkan waktu ketika sepanjang hari ni je. Dari bangun tidur awal subuh tadi hinggalah saat sekarang ni. Sudah berapa jamkah umur kita bertambah untuk hari ini ? Dan dari jarak waktu tu, berapa banyakkah ibadah yang kita penuhkan untuk hari ni ?

Jangan panik dan risau sebenarnya. Islam tu kan cukup indah. Hinggakan kalau kita tidur yang tak sedar tu pun boleh dijadikan ibadah dan mendapat pahala. Cuma segalanya bergantung pada niat dan hasil usaha kita tu la. Ibadah bukan bermaksud duduk di tikar sembahyang semata mata.

Selepas bersolat subuh, dalam kita bersiapkan diri untuk ke tempat kerja tu pun dah dikira ibadah. Nak pakai baju, baca bismillah. Tengok cermin nak sikat rambut, baca doa. Makan sarapan, mulakan dengan doa. Nak keluar pintu rumah, baca doa. Sepanjang perjalanan nak ke tempat kerja, berzikir dalam hati. 

Bukan ke semua tu pun dikira sebagai ibadah ? Cuma orang tak nampak je la apa yang kita buat tu. Dan insyaAllah andainya kehidupan kita sepanjang hari dipenuhi dengan perkara perkara kebaikan sebegitu, takkan sia sialah usia umur kita di dunia ni. Dah pasti bila hati sentiasa mengingati Allah, takkan tergamak untuk kita melakukan perbuatan mungkar.

Bila ada rakan rakan kita yang meninggal di usia muda, kita bersimpati padanya. Kita rasa kesian kepada mereka kerana tidak dapat nak mengecapi kehidupan dunia. Mungkin kita lupa, betapa beruntungnya mereka kerana terlepas beban mengharungi fitnah dunia ni.


Bila kita mendengar seseorang berusia hingga ratusan tahun umurnya, kita rasa kagum dan mengkaji apakah rahsianya berumur panjang dengan harapan kita juga mampu untuk hidup beratus tahun. Namun begitu adakah usia yang beratus tahun tu terisi dengan amalan amalan membawa ke syurga ? Atau hanya sia sia menjadi bahan bakar api neraka ?




11 comments:

  1. Bila difikirkan balik banyak masa muda disia-siakan.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum pipoq...moga kita akan melakukan perkara2 yg elok pada usia kita yg dah semakin meningkat ini n perbanyakkanlah kita melakukan amalan ibadat utk kita di dunia dan diakhirat nanti...:)

    ReplyDelete
  3. gigi mula sakit ada makan terasa skit hee..mmg dh tua ni heee

    ReplyDelete
  4. dulu masa kidrat mencecah 20 an bukan main ligat skrg tka berapa mengah2 jer kejar anak hee..sllu juga bersenam jaga berat badan yg ideal heee

    ReplyDelete
  5. Bila usia tua ramai orang cakap ilmu banyak. Dengan itu boleh bawa bekal ke akhirat~

    ReplyDelete
  6. @akubiomed

    dah jadi kebiasaan masa muda memang banyak tersia sia..

    ReplyDelete
  7. @maszull
    waalaikumsalam..mudah mudahan selagi ada usia ni kita perbaiki apa yang terkurang..

    ReplyDelete
  8. Assalam...
    Kalau umur panjang dan terisi dengan ilmu dan amalan untuk sahan akhirat, alhamdulillah...

    ReplyDelete
  9. hurm..betul tu...
    gunakan usia yg ada dgn amalan dan perkara yg sebaiknya...

    ReplyDelete
  10. hampir semua orang memikirkan kondisi fisik ketika di dunia,takut tua,takut jelek,takut gak kelihatan cantik lagi,dsb nya

    ReplyDelete
  11. tory burch outlet, http://www.toryburch.in.net/
    denver broncos jerseys, http://www.denverbroncos.org/
    lacoste polo shirts, http://www.lacostepoloshirts.cc/
    christian louboutin outlet, http://www.christianlouboutinonline.us.com/
    fred perry shirts, http://www.fredperrypoloshirts.com/
    nike air max shoes, http://www.nikeairmaxshoess.co.uk/
    michael kors factory outlet, http://www.michaelkorsfactoryoutletonline.com/
    insanity, http://www.insanityworkout.us.com/
    michael kors outlet, http://www.michaelkorsoutletonlinstore.us.com/
    mcm backpack, http://www.mcm.in.net/
    marc jacobs, http://www.marcjacobs.cc/
    cheap nfl jerseys, http://www.cheap-nfljersey.us.com/
    kansas city chiefs jerseys, http://www.kansascitychiefs.us/
    nike air huarache, http://www.nikeairhuarache.org.uk/
    true religion jeans, http://www.truereligionjeansoutlets.us.com/
    nike air max 2015, http://www.airmax2015.com/
    ghd uk, http://www.ghdhairstraightenerssale.co.uk/
    louis vuitton outlet, http://www.louisvuittonus.us.com/
    marc jacobs outlet, http://www.marcjacobs.cc/
    broncos jerseys, http://www.denverbroncos.org/
    oakley sunglasses, http://www.oakleysunglassesoutlets.us.com/
    oklahoma city thunder, http://www.thunderjerseystore.com/
    cheap jordans, http://www.cheapjordans.us.org/
    ralph lauren outlet, http://www.ralphlauren-outletonline.co.uk/
    nfl jersey wholesale, http://www.nfljerseys-wholesale.us.com/
    ray ban sunglasses outlet, http://www.raybansunglass.us.com/
    supra footwear, http://www.suprashoes.us.com/
    hermes belt, http://www.hermesbelts.us/
    gucci,borse gucci,gucci sito ufficiale,gucci outlet
    the north face outlet, http://www.northface-outlet.cc/
    2015912caihuali

    ReplyDelete