23 May 2012

Kontest untuk bapa bapa seMalaysia

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari rabu yang tanpa berkata kata buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan segala urusan kita dipermudahkan, diberkati dan dirahmati Allah.

Entah kenapa tiba tiba hari ni terasa nak 'berkata kata' pulak di hari tanpa kata kata ni. Segalanya adalah kerana keterujaan menyertai satu pertandingan bergambar sempena hari bapa yang bakal tiba tak lama lagi.


Untuk memeriahkan majlis, kepada bapa bapa yang kacak di luar sana tu bolehlah menyertainya kalau berkenan. Ibu ibu pun boleh juga kalau nak menyertakan suami suami atau bapa bapa bertanding sama. Hadiahnya boleh tahan la jugak. Hadiah utama berupa sebuah kamera Canon EOS 600D dan hadiah kedua berupa Canon IXUS 500 HS.

Nak menyertainya mudah je. Cuma bermodalkan RM1 dan gambar terkacak bapa bapa bersama anak tak kira la anak lelaki mahupun perempuan asalkan bukan gambar bersama anak kucing sudah la. 

Langkah pertama yang perlu dilakukan sediakan gambar bapa bapa bersama anak. Kedua pulak dengan menggunakan telefon bimbit korang, taipkan FATHER <nama> <no kad pengenalan> dan hantar ke 33138. Dan selepas tu mintak saudara mara, ahli keluarga, rakan rakan, sahabat handai, jiran tetangga, ahli kariah masjid atau surau, ahli mesyuarat tingkap dan sesiapa saja yang korang mampu raih undi mereka untuk mengundi penyertaan korang tu. Tapi perlu dimaklumkan kepada para pengundi tu bahawa setiap undian mereka akan dikenakan cas RM0.50. (sila cari pengundi yang pemurah)


Dan dikesempatan yang ada ni, dengan tersenyum manis dan muka berseri seri, aku memohon dari rakan rakan semua untuk mengundi penyertaan aku dengan penuh ikhlas. Hehehe..Kalau berhasrat untuk mengundi untuk aku, hanya perlu taipkan FATHER 48 (<-- ni nombor penyertaan aku) dan <nama korang> dan hantarkan ke 33138. Senang kan ? Tunggu apa lagi, keluarkan telefon bimbit canggih korang tu dan tekan je. 

Untuk maklumat lebih lanjut dan nak tengok penyertaan yang ada tu, sila kunjungi laman web ni.






21 comments:

  1. assalamualaikum pipoq...wah !! masuk kontest yer nanti mama undi yer semoga berjaya dlm kontest ini...:)

    ReplyDelete
  2. maszull :

    waalaikumsalam..terima kasih atas undian dari mama..

    ReplyDelete
  3. nak masuk juga lah...tapi tak cukup kacak.heh..

    ReplyDelete
  4. nak masuk juga lah...tapi tak cukup kacak.heh..

    ReplyDelete
  5. wandisini :

    hehehe..kacak tu tak termasuk syarat penyertaan..

    ReplyDelete
  6. Che Rosliza Che mat :

    terima kasih..che ros pun boleh menyertakan gambar suami dan anak..mane tau menang, buat hadiah hari bapa kat suami..hehehe

    ReplyDelete
  7. Assalam..
    Moga berjaya...
    Susah la nak snap gambar anak dengan abahnya..

    ReplyDelete
  8. ohh semoga berjaya wahai ayah misali...hihi

    ReplyDelete
  9. wah tersenyum manis nampaknya tu hee

    ReplyDelete
  10. oikkk contest mcm nie pun ada sekarang nie?

    ReplyDelete
  11. Iza Teratak Usang :

    waalaikumsalam..
    anaknya tak suka nak bergambar ye ? hehehe..

    ReplyDelete
  12. cikgu Naman :

    masuk jangan tak masuk..nak masuk senang je, nak dapat vote tu yang payah..hehehe

    ReplyDelete
  13. iema ackles :

    hahaha..kalo nak bagi berjaya kena la vote..

    ReplyDelete
  14. onlajer :

    dapat dari sms celcom pagi semalam..hehehe

    ReplyDelete
  15. BABY(MAMA AMANA&ARIEF) :

    hadiah untuk bapa2 sempena hari bapa..hehehe

    ReplyDelete
  16. Wah menarik contest untuk bapa-bapa seMalaysia.

    ReplyDelete
  17. @pipoq dah sent berapa kali still dapat mesej service currently not available..boleh percaya ke contest ni ye?

    ReplyDelete
  18. @cikgu Naman

    cikgu dah tengok laman web dia tak ? sy aritu dapat sms dari pihak celcom..

    ReplyDelete