Showing posts with label warga emas. Show all posts
Showing posts with label warga emas. Show all posts

24 May 2012

Apa ada pada usia ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Kebelakangan ni agak lewat sikit memasukkan entri bukannya apa, agak sibuk menguruskan rumahtangga sejak dah ada ahli baru ni.

Bagi perkongsian hari ni adalah kesinambungan dari entri soalan bocor yang lepas. Hari tu tak sempat nak mengulas lanjut sebab banyak urusan yang perlu ditangani jadi biarlah terkupas satu persatu supaya lebih mudah untuk kita serapkan dalam minda.


Apabila ditanyakan tentang usia atau umur kepada kita, ada yang begitu mudah menjawabnya dan ada jugak yang menjadi perahsia hinggakan merahsiakan usia sebenarnya. Mungkin takut dianggap warga emas barangkali bila diberitahu usia sebenar.

Kalau lelaki mungkin nanti takut dikatakan berperangai tak serupa usia. Kalau perempuan pulak mungkin juga takut dikatakan begitu begini tak padan dengan usia sebenar. Apa nak risaukan sangat dengan usia umur kita kat dunia ni sampai perlu dirahsiakan. 

Apa yang penting bagi kita semua adalah apa yang telah kita buat selama mana usia kita di dunia ni. Dari tahun berganti tahun, bulan berganti bulan, hari berganti hari, minit berganti minit dan saat silih berganti detiknya, apakah amalan yang telah kita perbuat untuk Allah ?


Mungkin tak perlu kita fikirkan sejauh dari awal usia kita di dunia ni hinggalah ke hari sekarang. Cukup hanya kita memikirkan waktu ketika sepanjang hari ni je. Dari bangun tidur awal subuh tadi hinggalah saat sekarang ni. Sudah berapa jamkah umur kita bertambah untuk hari ini ? Dan dari jarak waktu tu, berapa banyakkah ibadah yang kita penuhkan untuk hari ni ?

Jangan panik dan risau sebenarnya. Islam tu kan cukup indah. Hinggakan kalau kita tidur yang tak sedar tu pun boleh dijadikan ibadah dan mendapat pahala. Cuma segalanya bergantung pada niat dan hasil usaha kita tu la. Ibadah bukan bermaksud duduk di tikar sembahyang semata mata.

Selepas bersolat subuh, dalam kita bersiapkan diri untuk ke tempat kerja tu pun dah dikira ibadah. Nak pakai baju, baca bismillah. Tengok cermin nak sikat rambut, baca doa. Makan sarapan, mulakan dengan doa. Nak keluar pintu rumah, baca doa. Sepanjang perjalanan nak ke tempat kerja, berzikir dalam hati. 

Bukan ke semua tu pun dikira sebagai ibadah ? Cuma orang tak nampak je la apa yang kita buat tu. Dan insyaAllah andainya kehidupan kita sepanjang hari dipenuhi dengan perkara perkara kebaikan sebegitu, takkan sia sialah usia umur kita di dunia ni. Dah pasti bila hati sentiasa mengingati Allah, takkan tergamak untuk kita melakukan perbuatan mungkar.

Bila ada rakan rakan kita yang meninggal di usia muda, kita bersimpati padanya. Kita rasa kesian kepada mereka kerana tidak dapat nak mengecapi kehidupan dunia. Mungkin kita lupa, betapa beruntungnya mereka kerana terlepas beban mengharungi fitnah dunia ni.


Bila kita mendengar seseorang berusia hingga ratusan tahun umurnya, kita rasa kagum dan mengkaji apakah rahsianya berumur panjang dengan harapan kita juga mampu untuk hidup beratus tahun. Namun begitu adakah usia yang beratus tahun tu terisi dengan amalan amalan membawa ke syurga ? Atau hanya sia sia menjadi bahan bakar api neraka ?




16 March 2012

Untungnya amah Indonesia

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Minggu ni pastinya agak sibuk dengan aktiviti balik kampung dalam usaha menghabiskan baki cuti persekolahan penggal pertama. Apa pun jikalau memandu tu diharapkan agar berhati hati dalam pemanduan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Hari ni semasa singgah di kedai runcit, mata terlirik ke susunan akhbar tempatan yang diletakkan dihadapan kedai. Antara tajuk berita yang membuatkan aku terhenti seketika berkenaan amah Indonesia dapat gaji RM700 sebulan untuk melakukan satu kerja khusus sahaja.


Andai kata diambil berkerja untuk mengasuh anak majikan maka kerjanya hanyalah mengasuh anak majikannya sahaja. Kalau diambil berkerja untuk membantu di dapur maka kerjanya hanya di dapur semata mata. Kalau diambil berkerja untuk menjaga warga emas maka kerjanya hanya menjaga warga emas sahajalah dan akan dibayar sebanyak RM700 sebulan sebagai upah untuk melakukan satu kerja semata mata.

Aku tak pernah mengupah amah tapi aku biasa pergi ke rumah rumah yang memiliki amah Indonesia yang diambil berkerja untuk menguruskan kerja kerja di rumah majikan mereka seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

Dan kebiasaan dari hasil perbualan dengan majikan yang mengambil amah Indonesia sebagai pembantu menguruskan kerja kerja rumah mereka ni, pastinya amah tu diberikan bilik tidur yang selesa, makanan percuma (makan apa yang dimakan oleh majikan) malah kadang kadang tu tiket penerbangan balik ke kampung halaman pun ditaja oleh majikan.


Dan dari apa yang aku perhatikan, bukan la banyak sangat kerja yang perlu dilakukan oleh amah amah ni. Kecuali bagi yang menguruskan warga emas dan menjaga bayi kecil mungkin sedikit lebih tugasan yang perlu dilakukan. Tapi dengan adanya segala kemudahan yang disediakan oleh pihak majikan yang mengambil mereka berkerja, tersangat berbaloi segala penat lelah seharian mereka tu.

Aku tak tau la apa yang difikirkan oleh pihak di Indonesia sana tu. Atau aku yang tersalah fikir. Mungkin mereka fikir amah yang berkerja di Malaysia ni tidak duduk tinggal bersama majikan di rumah mewah milik majikan mereka. Mungkin juga bayaran untuk membayar amah amah Indonesia sekarang ni tidak memadai dengan kerja yang mereka lakukan. 

Minda nakal aku ada terfikir, kemungkinan mereka amah amah dari Indonesia tu adalah lebih mewah kehidupannya apabila pulang ke negara mereka sendiri. Ibarat hujan emas di negara Malaysia, hujan batu di negara Indonesia. Entahkan mahligai banglo milik mereka lebih besar menandingi mahligai banglo milik majikan mereka di Malaysia ni. Tapi nak buat camne, rezeki diorang ye tak ?


Cuma bagaikan tak masuk akal bila ditetapkan gaji minimum untuk amah Indonesia yang datang berkerja di Malaysia sebanyak RM700 dan hanya untuk melakukan satu tugasan semata mata. Kalau macam tu punya kaya raya rakyat Malaysia ni, lebih baik pihak Jabatan Tenaga Kerja Malaysia buat satu jawatan untuk mengisi kekosongan sebagai pembantu untuk diisi oleh warga tempatan. Satu tugasan dibayar minimum RM700. 

Atau andainya disyaratkan sebegitu jugak, para majikan yang mengambil amah amah Indonesia untuk berkerja di rumah mereka haruslah menetapkan syarat jugak seperti amah amah itu perlu datang berkerja bermula seawal jam 6 pagi dan berakhir jam 9 malam. Tidak tinggal bersama majikan, makan sendiri, pengangkutan sendiri tapi hanya berkerja untuk satu tugasan dengan bayaran RM700 sebulan. Rasanya ok tak ?


12 May 2011

nafkah

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati. Cuaca kat Ipoh pagi ni sedikit mendung tapi tak pasti la samada hujan akan turun atau tak. Alhamdulillah sekurang kurangnya sejuk la jugak sikit setelah berhari hari dalam kepanasan.

'Hantu aiskrim' kat rumah aku tu dah kena selsema pulak malam semalam. Masa aku keluar rumah pagi tadi aku tengok lena je dia tidur. Takde tanda tanda menunjukkan suhu badan menaik. Pernafasan pun normal, mungkin dah okay barangkali. 


Sebenarnya minda aku membeku tak tau nak berkongsi apa hari ni. Jadi, sebelum aku menulis entri ni aku belek belek la akhbar akhbar online yang jarang jarang sekali aku belek. 

Aku tertarik pada satu artikel yang terdapat dalam satu akhbar tempatan ni berkenaan keperluan mewujudkan undang undang yang mewajibkan anak anak memberi nafkah hidup kepada ibu bapa.


Aku tak pasti la kenapa isu camni leh menjadi perhatian kerajaan. Tapi adakah berkemungkinan generasi masakini semakin melupakan generasi terdahulu terutama ibu bapa sendiri ?

Sedih jugak kalau dengar ada ibu bapa yang terbiar serba kekurangan tapi anak anak pulak hidup serba berlebihan. Tak dinafikan pasti ada situasi camni dalam negara kita. Anak hidup mewah tapi ibu bapanya daif. 


Lebih menyedihkan lagi kalau ada anak anak yang sanggup memilih untuk tidak menjaga kedua ibu bapa yang mungkin memerlukan penjagaan akibat usia atau keadaan kesihatan dengan menghantar mereka ke rumah penjagaan warga emas. 



Kenapa perkara camni boleh berlaku dalam masyarakat kita ? Adakah kerana anak anak camni terlalu sibuk dengan kerjaya atau dah lupa diri ? Sampaikan Jabatan Kebajikan Masyarakat menggubah dasar warga emas negara yang baru diluluskan pada 5 Mei yang lepas dimana JKM mahukan ada kesedaran dalam diri anak anak untuk menjaga ibu bapa agar mereka dapat menuju ke arah penuaan yang lebih aktif lagi produktif.

Takkan zaman sekarang masih ada lagi kisah Si Tanggang kot ?