16 March 2012

Untungnya amah Indonesia

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Minggu ni pastinya agak sibuk dengan aktiviti balik kampung dalam usaha menghabiskan baki cuti persekolahan penggal pertama. Apa pun jikalau memandu tu diharapkan agar berhati hati dalam pemanduan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Hari ni semasa singgah di kedai runcit, mata terlirik ke susunan akhbar tempatan yang diletakkan dihadapan kedai. Antara tajuk berita yang membuatkan aku terhenti seketika berkenaan amah Indonesia dapat gaji RM700 sebulan untuk melakukan satu kerja khusus sahaja.


Andai kata diambil berkerja untuk mengasuh anak majikan maka kerjanya hanyalah mengasuh anak majikannya sahaja. Kalau diambil berkerja untuk membantu di dapur maka kerjanya hanya di dapur semata mata. Kalau diambil berkerja untuk menjaga warga emas maka kerjanya hanya menjaga warga emas sahajalah dan akan dibayar sebanyak RM700 sebulan sebagai upah untuk melakukan satu kerja semata mata.

Aku tak pernah mengupah amah tapi aku biasa pergi ke rumah rumah yang memiliki amah Indonesia yang diambil berkerja untuk menguruskan kerja kerja di rumah majikan mereka seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

Dan kebiasaan dari hasil perbualan dengan majikan yang mengambil amah Indonesia sebagai pembantu menguruskan kerja kerja rumah mereka ni, pastinya amah tu diberikan bilik tidur yang selesa, makanan percuma (makan apa yang dimakan oleh majikan) malah kadang kadang tu tiket penerbangan balik ke kampung halaman pun ditaja oleh majikan.


Dan dari apa yang aku perhatikan, bukan la banyak sangat kerja yang perlu dilakukan oleh amah amah ni. Kecuali bagi yang menguruskan warga emas dan menjaga bayi kecil mungkin sedikit lebih tugasan yang perlu dilakukan. Tapi dengan adanya segala kemudahan yang disediakan oleh pihak majikan yang mengambil mereka berkerja, tersangat berbaloi segala penat lelah seharian mereka tu.

Aku tak tau la apa yang difikirkan oleh pihak di Indonesia sana tu. Atau aku yang tersalah fikir. Mungkin mereka fikir amah yang berkerja di Malaysia ni tidak duduk tinggal bersama majikan di rumah mewah milik majikan mereka. Mungkin juga bayaran untuk membayar amah amah Indonesia sekarang ni tidak memadai dengan kerja yang mereka lakukan. 

Minda nakal aku ada terfikir, kemungkinan mereka amah amah dari Indonesia tu adalah lebih mewah kehidupannya apabila pulang ke negara mereka sendiri. Ibarat hujan emas di negara Malaysia, hujan batu di negara Indonesia. Entahkan mahligai banglo milik mereka lebih besar menandingi mahligai banglo milik majikan mereka di Malaysia ni. Tapi nak buat camne, rezeki diorang ye tak ?


Cuma bagaikan tak masuk akal bila ditetapkan gaji minimum untuk amah Indonesia yang datang berkerja di Malaysia sebanyak RM700 dan hanya untuk melakukan satu tugasan semata mata. Kalau macam tu punya kaya raya rakyat Malaysia ni, lebih baik pihak Jabatan Tenaga Kerja Malaysia buat satu jawatan untuk mengisi kekosongan sebagai pembantu untuk diisi oleh warga tempatan. Satu tugasan dibayar minimum RM700. 

Atau andainya disyaratkan sebegitu jugak, para majikan yang mengambil amah amah Indonesia untuk berkerja di rumah mereka haruslah menetapkan syarat jugak seperti amah amah itu perlu datang berkerja bermula seawal jam 6 pagi dan berakhir jam 9 malam. Tidak tinggal bersama majikan, makan sendiri, pengangkutan sendiri tapi hanya berkerja untuk satu tugasan dengan bayaran RM700 sebulan. Rasanya ok tak ?


5 comments:

  1. setuju sangat..sesetengah diorang demand lbh kerja kurang, kemas rumah lama mana la sgt kan terutama yang xde anak..dah dgr bos nak hantar pulang dah bibik dia, katanya baik buat sendiri kalau macam ni..anak xde rumah bukannya kotor pun sapu sampah pagi & petang je lebih tido..tv pasang 24jam, rumah econ, balik tiket free..alahaiiii..

    gaji rakyat msia pun xckup nak lbh2 pulak huhu

    ReplyDelete
  2. mmg tak masuk akal langsung 1 tugas bayar 700...

    melebih2 lak dieorg ni...bukan tu je..passport nak pegang sendiri dalam seminggu mesti ada cuti satu hari...wah..demand betul...kerja tak seberapa...tapi minta bayaran tinggi...

    hentikan je la pengambilan pembantu ni...

    ReplyDelete
  3. Saya cadangkan ada agensi audit untuk memastikan apa yang dicanangkan sama dengan perkhidmatan diberikan.

    Kalau boleh audit ini boleh dilakukan setiap 6 bulan sekali memastikan kualiti perkhidmatan di tahap tinggi.

    ReplyDelete
  4. daku xsetuju!! HUHH!! melebih2 betul diorang ni. di sabah ni, purata gaji rm800.(ada yg gaji mula rm500 saja) byk cantik muka diorang.

    ReplyDelete
  5. xsuka amah indon ni...time majikan xde kat rumah, time tu la dieorg kumpul ramai2...mengumpat sana sini...keje bukan buat pun...lg satu tgk tv suka hati je..mentang2 skrg banyak cite indon kat tv...patutnya jgn keluarkan cite2 indon kat tv...

    ReplyDelete