Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

28 May 2012

Bahana solat punggung terkeluar

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. 

Entri kali ni insyaAllah kita sama sama membincangkan pasal perkara yang berlaku dalam solat. Disebabkan solat tu adalah tiang agama yang perlu kita sentiasa tegakkan, maka dalam nak menegakkan tiang agama tu kita perlu juga tahu serba sedikit perkara perkara yang terkandung dalam solat tu.


Baru baru ni ketika bersolat jemaah jumaat di masjid, pandangan mata aku tertarik pada seorang ahli jemaah selang dua saf di hadapan. Masih muda belia dan segak bergaya ibarat lelaki kacak yang sering menjadi tarikan pandangan wanita di luar sana.

Ringkas pakaian yang dikenakan. Cuma berseluar jeans levi's 501 biru dan baju T-shirt berbelang hitam dan merah. Bajunya agak kelihatan sendat, mungkin sengaja dipakai untuk memperlihatkan bentuk tubuh yang biasa biasa saja. Tu tak termasuk lagi seluar dalam boxer jenama renoma yang kelihatan ketika si dia duduk bersila.

Di rakaat terakhir solat jumaat berlansung selepas duduk antara dua sujud dan ketika hendak melaksanakan sujud terakhir sebelum tahiyat akhir, aku terpandang si dia bersujud bersama jemaah lain. Sujudnya sempurna namun ada sesuatu yang menjelikkan.

Kerana baju T-shirt yang dipakainya tu agak kecil dan seluar yang dipakai juga mungkin dilondehkan sedikit mengikut fesyen, jadi ketika bersujud maka terserlahlah sedikit alur punggungnya yang lansung tak menyelerakan walaupun cuba ditutup dengan seluar dalam boxer jenama renoma tu.


Selesai imam memberi salam, tak sempat aku nak bertegur sapa dengan lelaki kacak tersebut kerana pantas dia berdiri dan keluar dari masjid. 

Apa yang aku nak kongsikan di sini ialah tentang aurat kita ketika solat. Antara syarat sah solat tu ialah menutup aurat. Bagi lelaki auratnya diantara pusat dan lutut. Bagi perempuan pula keseluruhan anggota tubuh badan kecuali bahagian muka dan tangan (dari pergelangan tangan hingga hujung jari).

Terdapat perbincangan ulama tentang hukum terbuka aurat ketika bersolat yang mengatakan terbatal solat jika terbuka aurat kecuali dalam keadaan tidak sengaja (ditiup angin). Walaupun bagi perempuan terkeluar sedikit rambut ketika bersolat maka wajib baginya untuk mengulangi solatnya.

Jadi kalau kejadian seperti yang aku ceritakan tu, seharusnya kita yang lelaki ni lebih berhati hati dalam berpakaian. Jangan kita asyik sibuk bebel kat kaum wanita pasal etika berpakaian diorang tu tapi kita terlupa diri kita sendiri. Tak salah kalau nak bergaya seperti lelaki kacak asalkan kita tahu batasannya.

Itulah bahananya bila bersolat tapi punggung terkeluar. Jangan jadikan ibadat kita sia sia akibat kelalaian kita. Jelas di situ kiranya terbuka aurat ketika solat maka batallah solatnya. Kadang kadang tu perkara kecil camni kita pandang remeh je tapi perkara remeh macam ni la yang menjadi tunjang arah tuju kita di akhirat kelak.



02 June 2011

rukun islam

  5 Komen    
label: , , , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung. 

Masa kita budak budak lagi kalau tak kat sekolah ustaz atau ustazah yang ajar, kat rumah barangkali mak ayah kita bagitau tentang rukun Islam yang lima tu. Rukun pertama, mengucapkan dua kalimah syahadah. Rukun kedua, solat lima waktu sehari semalam. Rukun ketiga, puasa di bulan Ramadhan. Rukun ke empat, berzakat dan rukun yang ke lima, menunaikan haji bagi yang berkemampuan.

Sejak dari dulu lagi kita diajar dengan turutan rukun Islam tu tak pernah berubah. Dimulai dengan mengucapkan dua kalimah syahadah dan diakhiri dengan menunaikan haji bagi yang berkemampuan.


Yang pertama tu mesti la yang lebih utama bila menjadi seorang yang beragama Islam. Ucapan kalimah pengakuan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah. Bukan sekadar ucapan dimulut tetapi wajib mengakuinya didalam hati dan jiwa.


Rukun kedua pulak juga antara yang utama dilakukan oleh seorang yang mengaku dirinya beragama Islam. Sebab tu letaknya di tempat kedua selepas ucapan syahadah tu. Kalau kita imbas kisah Nabi SAW ketika pertama kali menerima syariat solat ni masa peristiwa isra dan mikraj, bersyukur la kita hanya diwajibkan untuk menunaikan solat lima waktu sehari je. Tapi tu pun tak ramai yang sanggup untuk mengerjakannya walaupun mengaku dirinya beragama Islam.


Puasa di bulan Ramadhan pulak diletakkan ditempat ketiga. Maknanya terdapat sedikit kelonggaran kat situ. Bagi yang berkeuzuran secara syarie maka tiada diberati dengan kewajipan rukun ketiga ni. Namun setiap yang ditinggal tu perlu jugak digantikan sesempurna mungkin. Tu kalau yang uzur secara syarie. Kalau tak dalam kategori orang yang diberikan kelonggaran tu tak payah la nak ikut sama. 


Kemudian rukun yang ke empat pulak diletakkan berzakat. Zakat fitrah tu setahun sekali je bayar takkan tak mampu kot ? Berapa la sangat kalau nak dibandingkan dengan duit yang kita belanjakan setiap hari sepanjang tahun tu. Zakat yang lain selain zakat fitrah tu pulak, bukan banyak mana pun nak kena diagihkan. 2.5% je pun nak berkira ? Tu pun kalau cukup tempohnya. Bukan setiap tahun macam cukai dan hasil tu.



Akhir sekali menunaikan haji bagi yang berkemampuan. Maksudnya bukan la bila duduknya diakhir rukun maka tak wajib pulak. Kan dah cakap kat situ bagi yang berkemampuan. Allah tak pernah nak menyusahkan hamba hamba Nya pun. Kecuali dah terlampau kaya raya, baru la wajib. Tapi kalau nak tinggalkan keluarga untuk beribadat pun tak senang hati takut anak isteri tak cukup makan, Allah tu Maha Mengetahui. Tak salah pun kalau nak ditangguhkan.

Jadi camtu la lebih kurang kesimpulan pasal rukun islam yang lima tu. Bila dah nama pun rukun maka sebagai muslim yang mengakui beragama Islam kena la mematuhi setiap rukun yang ada ni. Sib baik lima je, kalau lima puluh camne ? 

Andai kata ada kesilapan atau kekurangan, pohon ditegur tegur la. Mane la tau kot kot ada teguran yang boleh membina yang boleh memberi manfaat buat kita semua. Semoga kita sebagai umat Islam menjadi umat yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak.