Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.
![]() |
| Malam tadi tidur lewat, pagi ni bantai tidur je |
Hari ni genap satu bulan usia anak kedua aku. Alhamdulillah setelah menempuh pengalaman anak terkena jaundis di awal kelahiran sehingga terpaksa di tahan di wad hospital untuk satu malam, sehingga ke hari ni kesihatan dan tumbesarannya agak memberansangkan.
Hari ni jugak adalah lawatan pemeriksaan ke klinik yang pertama (?) untuk anak kedua aku ni. Padahal sebelum ni pernah jugak pegi klinik ni masa pemeriksaan susulan jaundis lepas keluar wad hospital dulu tu.
![]() |
| Kaum ibu mengadakan mesyuarat tergempar untuk merusuh di dalam klinik |
Seperti yang dijangkakan, waktu menunggu giliran di klinik kerajaan adalah satu ujian kesabaran. Lagipun hari ni agak ramai juga pengunjung yang menunggu giliran bagi mendapatkan pemeriksaan ibu mengandung dan anak.
Disebabkan aku dan isteri sudah lali dengan keadaan menunggu lama ni sejak dari kehamilan anak pertama dulu lagi, jadi bila melihatkan gelagat 'penunggu' lain yang seakan tak sabar tu membuat kami rasa sedikit gelihati juga.
![]() |
| Tido tak hingat punya..hehehe |
Cuma yang tak boleh nak berapa tahan tu mata yang terasa berat mengantuk. Faham faham je la kalau duduk menunggu giliran dalam suasana dingin angin penghawa dingin tu. Sudah la malam tadi hampir jam 3 pagi baru dapat nak melelapkan mata sebab melayan ragam anak kecil ni.
Dalam lawatan pada usia satu bulan ni selain dari mengukur ketinggian dan menimbang berat, bayi juga akan diberikan suntikan hepatitis B dos kedua selepas menerima dos pertama pada hari kelahiran. Berbeza dari anak pertama aku dulu, anak yang kedua ni lebih mudah diuruskan.
![]() |
| Steady..ready..eh..baiknya tak nangis.. [kalo aku dah lama pengsan kot] |
Kalau anak aku yang pertama dulu tu, bermula dari nak dibogelkan untuk ditimbang berat dan seterusnya untuk diukur ketinggian meraung menangis mengalahkan orang putus cinta. Belum lagi bab kena suntikan, memang sepanjang perjalanan dari klinik ke rumah pun tak habis habis tangisannya.
Sekitar dua jam menghabiskan masa di klinik, selesai sudah urusan lawatan pemeriksaan usia satu bulan. Berat terkini yang dicatatkan 4.4kg. Tinggi pulak 57cm. Ukur lilit kepala 38cm. Lain lain semuanya okay. Tunggu bulan depan pulak untuk pemeriksaan seterusnya.




