Showing posts with label maybank. Show all posts
Showing posts with label maybank. Show all posts

20 March 2012

CIMB penipu

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Semalam sebenarnya agak lewat untuk aku update entri blog sebab tu tak banyak perkataan boleh nak dibaca dalam entri semalam.

Malam tadi semasa melayari internet berkunjung ke blog rakan rakan dan menyemak peti masuk e-mail, aku teruja sedikit ketika membuka peti spam e-mail Yahoo aku yang jarang jarang sekali aku jenguk. Nak tahu hasilnya yang aku jumpa dalam tu ? Tengok gambar bawah ni


Agak menarik jugak sebab aku tak pernah seumur hidup membuka akaun di CIMB dan nampaknya seperti pihak CIMB amat terdesak kerana tanpa jemu menghantar e-mail untuk aku. Bila aku bukak e-mail tu, hasilnya seperti gambar di bawah ni pulak


Wow..patut la seperti terdesak menghantar e-mail kepada 'pelanggan hantu' seperti aku ni. Rupanya nak mengemaskini ciri sekuriti terbaru. Memang tak boleh nak diabaikan kalau menerima peringatan camni. Ye la, duit dalam bank tu bukan sikit simpanannya, beratus juta ringgit jugak. Kalau hilang atau tak dapat nak diaksess macam mana ? Tangan yang gatal ni pun klik la pada jaringan yang diberikan tu, maka muncul la laman seperti di bawah ni


Nampak asli dan benar benar dari pihak CIMB. Tapi cuba bandingkan dengan gambar laman di bawah ni pulak


Ya. Hampir serupa tapi tak sama. Paparan antara yang asli dengan yang bukan asli sedikit berlainan. Mungkin kerana pada yang asli ada ciri ciri keselamatan berbanding dengan yang bukan asli. Perhatikan juga pada alamat laman web kedua gambar CIMB ni, seperti langit dengan bumi. 

Sengaja aku pergi ke tapak utama yang bukan asli tu untuk melihat dengan lebih lanjut apa yang ada di sana, dan hasilnya seperti ini


Entah apa ke bendanya aku pun tak mengerti. Melalui penterjemah google, katanya laman ni berbahasa Spanish. Tak kuasa pulak aku nak menterjamahkan dalam bahasa english lalu aku melihat pulak siapakah empunya diri ni di laman facebook beliau. Rupanya


Bukan Kassim Selamat tapi mereka mendakwa diri mereka adalah ahli muzik atau kumpulan pemuzik dari Medellin, bandar kedua terbesar di Colombia. Cuma nampaknya tak la berapa terkenal sangat sebab hanya mendapat 751 likes di laman facebook mereka. Mungkin kerana itu mereka memerlukan sokongan kewangan dari pelanggan hantu CIMB seperti aku untuk menampung perbelanjaan seni muzik mereka. 

Kepada rakan rakan semua yang mungkin pernah menerima apa apa e-mail berbentuk sebegini dari apa apa perkhidmatan bank sekalipun, jangan cepat tertipu walaupun ianya kelihatan benar benar perlukan perhatian segera. 

Kalau sebelum ni mungkin MayBank yang selalu menjadi mangsa, sekarang ni CIMB pulak dan berkemungkinan esok lusa tiba tiba kita mendapat e-mail dari Bank of Amerika mintak kita tukar maklumat segera. Bagi rakan rakan yang menerima e-mail scam yang sama kononnya dari CIMB seperti yang aku terima ni, diharap dapat forwardkan e-mail tersebut ke callcentre@cimb.com supaya pihak CIMB dapat menyiasat dan menumpaskan kegiatan tak bermoral ni bagi keselamatan pelanggan diorang.

Untuk mengetahui bagaimana untuk melindungi akaun CIMB anda semua dari kegiatan tak bermaruah ni, boleh la melawat ke laman keselamatan CIMB untuk cara cara dan tindakan yang boleh dilakukan. Walaupun simpanan kita dijamin oleh PIDM tapi jangan sesekali tertipu dengan penipuan sebegini sebab andainya kita tertipu atas 'kekalutan' kita sendiri, bukan senang nak mintak ganti rugi bila ianya adalah kerana kesilapan kita sendiri.





18 May 2011

aku terperdaya

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari rabu buat semua rakan rakan pengunjung. Seronok bercuti semalam ? Kalau dah puas berehat tu bila dah masuk kerja semula jangan malas malas lak. Bersemangat la sikit walaupun ada ura ura harga minyak Ron 95 nak naik lagi.

Hari ni aku nak berkongsi pasal satu email yang aku terima tiga hari lepas. Macam dah basi pulak baru hari ni nak kongsi. Walaupun email tu bertarikh tiga hari lepas tapi baru semalam aku bukak dan baca. 

Nak tau email apa yang aku terima tiga hari lepas tu ? Meh sini tengok gambar kat bawah ni.


Tu antara isi email yang aku terima. Teruja jugak sebab selama aku menjadi pelanggan Maybank sejak dari awal tahun 2000 dulu tu tak pernah aku terima apa apa email atau surat dari pihak Maybank tu. 


Tapi malangnya aku tak la semudah tu untuk terperdaya dengan email camni. Sebab bila aku letakkan kursor tetikus aku kat atas link yang dibagi tu, lansung tak menunjukkan ciri ciri ianya akan menuju ke arah pengkalan data Maybank. Ntah ke mana mana je alamatnya tu.

Lagipun aku rasa macam kelakar jugak la walau siapa pun yang menghantar email tu kat aku. Sebabnya adakah diorang menyangka aku ada simpanan berjumlah ribuan atau jutaan ringgit dalam akaun Maybank aku tu sampai berhasrat nak cuba melindungi akaun aku tu secara sopan santun.


Walaupun aku dah lama menjadi pelanggan Maybank, aku rasa tak pernah lagi baki akaun aku tu melebihi RM50 setiap hujung bulan. Sebabnya kalau aku masukkan duit dalam akaun Maybank aku ni pun untuk bayaran ansuran yang aku langgan je. 

Geram pun ada jugak bila dapat email camni. Sebelum ni aku selalu baca pasal orang lain yang terima email lebih kurang macam aku ni. Dan kali ni aku pulak kekonon akan menjadi mangsa la. 


Terfikir jugak aku, takde bank lain ke yang diorang nak pilih ? Asyik Maybank je yang aku banyak dengar. Buat la guna Eonbank ke, CIMB Bank ke, Agrobank ke, Tabung Haji ke. Pihak Maybank pulak tu tak teringin ke nak cari individu yang mempergunakan nama korporat diorang tu ? Kan ke memalukan Maybank je camtu.

Ke orang orang Maybank yang berkompromi dalam kegiatan camni sama ? Kat mane aku leh nak buat laporan pasal email camni ? Bawak pegi balai polis ke atau hantar kepada Suruhanjaya Komunikasi ?