Showing posts with label PIDM. Show all posts
Showing posts with label PIDM. Show all posts

20 March 2012

CIMB penipu

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Semalam sebenarnya agak lewat untuk aku update entri blog sebab tu tak banyak perkataan boleh nak dibaca dalam entri semalam.

Malam tadi semasa melayari internet berkunjung ke blog rakan rakan dan menyemak peti masuk e-mail, aku teruja sedikit ketika membuka peti spam e-mail Yahoo aku yang jarang jarang sekali aku jenguk. Nak tahu hasilnya yang aku jumpa dalam tu ? Tengok gambar bawah ni


Agak menarik jugak sebab aku tak pernah seumur hidup membuka akaun di CIMB dan nampaknya seperti pihak CIMB amat terdesak kerana tanpa jemu menghantar e-mail untuk aku. Bila aku bukak e-mail tu, hasilnya seperti gambar di bawah ni pulak


Wow..patut la seperti terdesak menghantar e-mail kepada 'pelanggan hantu' seperti aku ni. Rupanya nak mengemaskini ciri sekuriti terbaru. Memang tak boleh nak diabaikan kalau menerima peringatan camni. Ye la, duit dalam bank tu bukan sikit simpanannya, beratus juta ringgit jugak. Kalau hilang atau tak dapat nak diaksess macam mana ? Tangan yang gatal ni pun klik la pada jaringan yang diberikan tu, maka muncul la laman seperti di bawah ni


Nampak asli dan benar benar dari pihak CIMB. Tapi cuba bandingkan dengan gambar laman di bawah ni pulak


Ya. Hampir serupa tapi tak sama. Paparan antara yang asli dengan yang bukan asli sedikit berlainan. Mungkin kerana pada yang asli ada ciri ciri keselamatan berbanding dengan yang bukan asli. Perhatikan juga pada alamat laman web kedua gambar CIMB ni, seperti langit dengan bumi. 

Sengaja aku pergi ke tapak utama yang bukan asli tu untuk melihat dengan lebih lanjut apa yang ada di sana, dan hasilnya seperti ini


Entah apa ke bendanya aku pun tak mengerti. Melalui penterjemah google, katanya laman ni berbahasa Spanish. Tak kuasa pulak aku nak menterjamahkan dalam bahasa english lalu aku melihat pulak siapakah empunya diri ni di laman facebook beliau. Rupanya


Bukan Kassim Selamat tapi mereka mendakwa diri mereka adalah ahli muzik atau kumpulan pemuzik dari Medellin, bandar kedua terbesar di Colombia. Cuma nampaknya tak la berapa terkenal sangat sebab hanya mendapat 751 likes di laman facebook mereka. Mungkin kerana itu mereka memerlukan sokongan kewangan dari pelanggan hantu CIMB seperti aku untuk menampung perbelanjaan seni muzik mereka. 

Kepada rakan rakan semua yang mungkin pernah menerima apa apa e-mail berbentuk sebegini dari apa apa perkhidmatan bank sekalipun, jangan cepat tertipu walaupun ianya kelihatan benar benar perlukan perhatian segera. 

Kalau sebelum ni mungkin MayBank yang selalu menjadi mangsa, sekarang ni CIMB pulak dan berkemungkinan esok lusa tiba tiba kita mendapat e-mail dari Bank of Amerika mintak kita tukar maklumat segera. Bagi rakan rakan yang menerima e-mail scam yang sama kononnya dari CIMB seperti yang aku terima ni, diharap dapat forwardkan e-mail tersebut ke callcentre@cimb.com supaya pihak CIMB dapat menyiasat dan menumpaskan kegiatan tak bermoral ni bagi keselamatan pelanggan diorang.

Untuk mengetahui bagaimana untuk melindungi akaun CIMB anda semua dari kegiatan tak bermaruah ni, boleh la melawat ke laman keselamatan CIMB untuk cara cara dan tindakan yang boleh dilakukan. Walaupun simpanan kita dijamin oleh PIDM tapi jangan sesekali tertipu dengan penipuan sebegini sebab andainya kita tertipu atas 'kekalutan' kita sendiri, bukan senang nak mintak ganti rugi bila ianya adalah kerana kesilapan kita sendiri.