Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

31 March 2012

Sup ayam nangka

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Siapa yang tak kenal dengan buah nangka ? Kalau masa budak budak dulu bila berebutkan nangka masak yang baru dipetik dari pokoknya memang lepas tu asyik bergelut dengan getahnya yang memenuhi tangan. Rupanya selain dari dimakan mentah begitu, nangka jugak boleh dimasak. Agak pelik aku rasakan sebab kenapakah buah yang sebegitu enak dimakan perlu dijadikan masakan.


Seingat aku la masa budak budak dulu pernah sekali arwah mak aku masak lauk gulai lemak nangka kat rumah. Tapi hanya kakak sulung aku sorang je yang berani nak makan nangka digulai tu dan yang lain hanya mengambil kuahnya je.

Bila aku terceburkan diri dalam bidang penyediaan makanan pulak, pernah jugak beberapa kali aku menyediakan masakan gulai nangka tapi tetap aku tak pernah rasa teringin nak menjamah nangka yang digulaikan tu. Setakat kuah gulai tu memang tak menjadi masalah lansung, tapi bila nak jamah nangka yang digulai tu terasa macam 'pelik' pulak rasanya bagi aku.


Pelik tak pelik, akhirnya kepelikan aku terhadap nangka yang dimasak berakhir jugak. Ianya bermula bila isteri aku yang teringin nak makan sup ayam nangka seperti yang biasa dimasak ketika di kampung kat Sabah sana tu. Ya, jangan berasa pelik pulak bila aku sebut 'sup ayam nangka' tu ye sebab aku pun baru pertama kali merasainya.

Nak dijadikan cerita setelah beberapa kali terlepas peluang nak bertemu dengan nangka muda di pasar harian, waktu nak membeli sedikit keperluan dapur di pasar malam berdekatan rumah, ternampak pulak la nangka muda yang dah siap dipotong kecik diletakkan dalam pinggan. Dengan semangat suami penyayang aku pun beli la sepinggan buat penawar kerinduan isteri aku pada masakan kampung halamannya. 


Setelah membantu memasak seperiuk nasi, aku menyerahkan tugasan menyediakan lauk nangka tu pada isteri sebab caraku dan caramu berbeza. Hehehe..Sebenarnya selalu jugak aku ngan isteri bergasak tak sama pada cara memasak. Mungkin sebab aku dah biasa dengan cara masakan semenanjung manakala isteri pulak dah biasa dengan cara masakan di Sabah. Cuma masakan tradisional dari Sabah je yang belum sampai ke tekak aku ni walaupun dah berulang kali balik ke sana.

Maka semalam tercatat la sejarah dalam hidup aku ni bila pertama kali aku menjamah nangka yang dimasak menjadi lauk. Dan lebih bersejarah lagi, kalau sebelum ni aku hanya kenal masakan nangka ni kebanyakannya dijadikan gulai tapi semalam aku menikmati 'sup ayam nangka'. Rupanya boleh jugak dijadikan bahan sampingan sup. 


Caranya cukup mudah. Bersihkan dulu nangka muda yang sudah dipotong kecil tu kemudian masukkan ke dalam periuk yang diisikan air bersama sama dengan hirisan halia dan ayam yang dipotong kecil lalu rebuskan sehingga nangka menjadi lembut. Kemudian masukkan serbuk perisa atau garam secukup rasa dan siaplah sup ayam nangka. Untuk menambahkan lagi keenakannya, sediakan perahan limau dan kicap yang dicampur dengan hirisan cili api sebagai cicahan.

Tekstur nangka yang lembut dan manis tu, diselang-selikan dengan rasa pedas, masam dan masin dari perahan kicap limau tu memang menghilangkan rasa kepelikan aku terhadap nangka yang dijadikan menu dalam masakan. Anak aku pun sangat berselera menikmati masakan sup nangka isteri aku tu. Kenapa aku kata pelik ? Sebab dalam minda aku ni, buah nangka tu hanya dimakan apabila sudah masak dari pokok, bukan dimasak di dapur. Nangka tu yang pelik atau aku yang pelik ?



26 March 2012

Ikan Salmon goreng bersalut tepung dihiasi dengan bread crumbs ala ala nugget

  18 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin diucapkan buat rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Malam tadi lepas tengok filem 127 hours di rangkaian Fox Movie Premium saluran astro 413, layan pulak siaran NatGeo. 

Entah kenapa sejak dari aku budak budak lagi memang cukup tertarik dengan dokumentari. Terutamanya bila melibatkan alam semulajadi la. Dalam rancangan malam tadi, ada ditayangkan berkenaan perihal ikan salmon yang pelik apabila tiba musim nak mengawan.

Pelik tak pelik la jugak sebab dah memang Allah jadikan kitaran hidup makhluk yang bernama salmon tu begitu. Lagipun kat situ pun dah menunjukkan tanda tanda kekuasaan Allah buat orang orang yang mampu berfikir. 


Dan kebetulan jugak la sewaktu berkunjung ke laman bro akubiomed awal pagi tadi, kisahnya berkisar tentang ikan salmon. Siap tercipta resipi baru untuk ikan salmon lagi tu yang dinamakan 'ikan salmon masak hentam sajalah'. Ok la jugak tu daripada tak termasak lansung sebab takde idea bagaimana nak dimasakkan ikan tu.

Memang orang kita jarang sekali meletakkan menu masakan ikan salmon dalam menu harian makanan tempatan sebab ikan salmon ni termasuk dalam kategori ikan import dan semestinya mahal dari ikan yang biasa kita jumpa kat pasar pasar seluruh Malaysia ni. Kalau ada pun biasanya di hotel hotel yang menyajikan masakan ikan salmon ni tapi bila kat hotel sudah pasti la harganya menjadi lebih mahal walaupun hanya untuk seketul ikan salmon je.

Sebab tu mungkin tersemat dalam minda kita akan kesukaran untuk memasak ikan salmon ni. Dah la mahal, bila tengok kat rancangan memasak asyik nak tunjuk menu yang ala ala mahal dan berkeunggulan pulak tu. Ikan salmon ni jugak dikatakan antara ikan yang kaya dengan omega 3 dan berprotin tinggi yang mana membuatkan ianya baik untuk otak dan kulit. 


Ikan salmon ni bukan setakat hanya boleh dijadikan sashimi atau sushi. Tak perlu nak susah susah mencari bahan bahan memasak ala ala hotel 5 bintang dan nak memasak ikan salmon ni jugak tak memerlukan kepakaran tinggi untuk menyediakannya. Cuma bila disebabkan harganya yang agak mahal berbanding dengan ikan lain yang kat pasar tu, takkan kita nak goreng kunyit je kot ye tak ? 

Sebenarnya ikan salmon ni lebih kurang sama je dengan ikan ikan lain yang kita selalu jumpa tu. Agaknya warna isi daging dia tu je yang mungkin kita rasa macam pelik sikit. Bab menu untuk ikan salmon ni, macam macam pun boleh. Cuma kot nak merasa masak kari ikan salmon tu setahun sekali aje la barangkali sebab harga seketul ikan salmon tu pun dah macam boleh beli ikan kembung dua tiga ekor.

Bila aku tengok pada gambar ikan salmon hentam sajalah hasil rekaan chef akubiomed dan isterinya tu, kesian jugak aku perhatikan ikannya seakan 'terbogel' begitu saja. Tapi pujian harus juga diberikan atas keberanian untuk mencuba resipi ciptaan sendiri. 


Kat sini aku nak kongsikan sikit antara resipi mudah yang boleh diaplikasikan bila berhadapan dengan ikan salmon. Disebabkan isi daging ikan salmon ni agak 'berotot' dan tak mudah hancur apabila dioperasikan, menu yang aku nak kongsikan ni menjadikan ikan salmon goreng ni ala ala nugget la hasilnya. Memang teramat mudah sehinggakan orang bujang yang hanya pandai memasak maggi pun boleh mencuba dalam penghasilan menu ikan salmon ni.

Apa yang perlu kita lakukan ialah keringkan ketulan ikan salmon yang dah dibasuh tu dengan tuala atau toskan hingga agak kering. Kemudian campurkan tepung gandum, sedikit garam dan lada secukup rasa mengikut kuantiti ikan yang nak digoreng tu. Kalau rasa nak lagi mudah, gunakan je tepung goreng tempura tu. Lepas tu gaulkan ketulan ikan tu tadi dalam campuran tepung sampai rata, kemudian celupkan ikan tu dalam telur ayam dan lepas tu gulingkan dia dalam bread crumbs lalu dimasukkan ke dalam kuali selama 4 - 5 minit secara 'deep fry'

Senang kan ? Kalau nak yang susah punya, kena tanya kat Gordon Ramsey la kot sebab antara aku dengan dia tu memang tak boleh nak bertentang mata pasti akan melayang periuk belanga. Hehehe..apa pun selamat mencuba resipi ikan salmon goreng bersalut tepung dihiasi dengan bread crumbs ala ala nugget ni ye. 



10 March 2011

Solanum lycopersicum

  15 Komen    
label: ,
Salam khamis yang indah hari ni buat semua rakan pembaca. Esok dah hari akhir persekolahan untuk penggal pertama. Kemudian cuti seminggu. Dan ada rancangan apa apa ke untuk anak anak yang bercuti sekolah tu ? Aku pun berkesempatan jugak bercuti selama lebih kurang seminggu cuma aktiviti mengajar je yang akan berterusan sebagai pengisian untuk anak didik aku yang beberapa orang tu.

Apesal tajuk entri aku kadang kadang susah nak sebut dan terlalu saintifik bahasanya ? Tu pun ilmu jugak kan ? Kalo aku tulis perkataan yang dah biasa kita dengar namanya, nanti tak tau pulak nama lain dalam sebutan saintifik tul tak ?

Solanum lycopersicum ni dalam bahasa kebiasaannya ialah tomato. Tomato ni dipercayai berasal dari Selatan Amerika di Peru. Kemudian diperkenalkan ke beberapa benua sehinggalah ke serata dunia pun mengenali tomato.


Buah tomato ni terkategori dalam buah buahan dan bukan sayuran sebenarnya. Ianya sangat baik untuk kesihatan sebab tomato mempunyai kadar lipoken, katotenoid, vitamin C dan vitamin E yang juga membantu menyingkirkan kolesterol berlebihan di dalam tubuh badan kita ni. Dikatakan jugak tomato ni boleh mengurangkan masalah hipertensi dan darah tinggi.

Kalau dalam masakan, penggunaan tomato ni sangat meluas kerana pati yang terdapat dalam tomato ni mampu untuk membuatkan sesuatu masakan tu lebih terasa enaknya cam dijadikan sos pasta, spaghetti, pizza, kari ikan, masak lomak cili api, masak asam pedas dan lain lain lagi.

Hari ni aku nak berkongsi cara untuk memasak nasik tomato. Tadi masa melawat blog rakan rakan, terbaca dalam entri blog Kak Ati Masrif pasal keteringinannya untuk mengetahui cara masak nasik tomato. Jadik untuk membantu menjadikan impiannya menjadi kenyataan, aku persembahkan nasi tomato bukan saja untuk Kak Ati sorang je tapi untuk semua rakan pembaca yang lain.

Sebenarnya bila sebut masakan nasik ni tak la susah mana pun. Memang ada berbagai jenis masakan nasik kat Malaysia ni. Nasik minyak ada, nasik carrot ada, nasik biryani ada, nasik ayam ada, nasik lemak ada, nasik hangit pun ada dan macam macam lagi la jenisnya.

Dari pengamatan aku selama hampir 8 tahun dalam bidang main masak masak ni, cuma sedikit pengubahsuaian je akan menjadikan nasik tu bertukar. Tak percaya ? Kalau tak percaya, nasik kosong yang kita biasa masak tu cuma dimasukkan sedikit santan, hirisan halia, bawang merah, daun pandan kan dah jadi nasik lemak.

Okay la kang kalo membebel banyak bila nak masaknya ye tak ? Betul ke orang kata kalo kerja main masak masak ni memang banyak mulut ?

Bahan bahan yang diperlukan untuk nasi tomato ni mudah je. Maaf kalo aku tak kasitau berapa anggaran bahan bahan tu sebab aku tak belajar guna anggaran ukuran bahan. Oleh kerana tu kena la kreatif ye dalam menyediakan bahan bahan ni.

Biasanya kalo nak sedap nasi tomato ni, gunakan beras basmati. Tapi tak salah pun kalo nak gunakan beras biasa. 


Kalau kita tengok pada tekstur beras basmati ni ianya lebih panjang dan kurang kandungan kanjinya bila dimasak, jadik nasik tu akan menjadi lebih cantik sebab tak berketul ketul. 

Beras yang nak dimasak tu tadi dibasuh kemudian direndam sekejap lebih kurang 10 minit supaya mudah kembang bila dimasak. Sementara tu, panaskan sedikit minyak sapi atau mentega untuk menumis. 


Bahan yang perlu ditumis adalah hirisan bawang besar, bawang putih, buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis. Bila dah naik baunya, masukkan air secukupnya untuk memasak. Untuk memudahkan ukuran air ni, sukat isipadu beras yang nak dimasak tu dan isipadu airnya jugak mesti sama banyak dengan beras tu. Bukan timbang tau, tapi ukur isipadu dia je.

Lepas dah masukkan air tu, masukkan pulak sedikit tomato puree, sedikit susu cair, sedikit garam dan daun pandan kemudian dikacau sebati. Kalau nak gunakan sos tomato pun boleh jugak menggantikan tomato puree tu tapi aku lebih suka gunakan tomato puree sebab rasa tomatonya lebih berperisa.



Bila dah sebati dan mendidih, masukkan beras yang ditoskan terlebih dahulu tu dan dikacau hingga agak kering airnya dan kembang beras tu sebelum dikecilkan api memasak. Tutup periuk memasak tu untuk beras tu tadi masak sempurna. Kemudian boleh la dihiaskan dengan taburan bawang goreng. 


Nasi tomato ni sesuai dimakan dengan lauk ayam merah, sayur acar rampai atau gulai kurma kambing. Aku pulak yang jadi terliur bila sebut kurma kambing ni. Hehehe..mudah kan nak buat nasik tomato ni ? Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.


05 March 2011

allium sativum

  9 Komen    
label: , ,
Salam sabtu buat semua rakan pembaca. Hari sabtu yang indah camni apa aktiviti yang selalu korang buat ? Mungkin ada yang berkerja hari ni ye tak ? Kalo yang bercuti tu, takkan tidur je kot. Rajin rajinkan la diri tu cabut rumput yang panjang depan rumah tu ke, berkebun ke tanam tanam pokok bunga baru la kesihatan tubuh tu seimbang sikit.

Hari ni aku nak berkongsi sedikit maklumat tentang satu benda yang berkaitan dengan masakan jugak la. Kalau tengok tajuk entri tu mungkin ada yang tak tau ape kebenda allium sativum tu kan ? Kalau nak tau, bila tengok cerita pasal drakula yang suka hisap darah orang tu mesti ada benda ni sebagai salah satu cara menghalang keganasan drakula tu.


Sampaikan masa aku bebudak dulu pun terpengaruh jugak la dengan mitos allium sativum ni mampu menghalang drakula dari menghampiri untuk menghisap darah dengan penuh kerakusan sehingga kering.

Allium sativum yang aku maksudkan ni ialah bawang putih. Takkan tak kenal kot ? Punya la terkenal bawang putih ni seluruh dunia sampaikan boleh kata kat ceruk mana pun dapur kita pegi mesti ada bawang putih ni. 


Kalau dalam masakan, bawang putih ni memang tak dapat nak digantikan dengan apa apa bahan lain pun dari segi rasa dan bau dia yang unik tu. Terutama dalam masakan daging, bawang putih ni mampu untuk menambahkan kesedapan dan menghilangkan bau yang tak enak dari daging tu. 

Selain bawang putih tu sendiri, kulit dia pun berguna jugak tau. Kalau tanya pada encik Osman Yusoef mungkin dia tau kot pasal kegunaan kulit bawang putih ni. Kulit bawang putih ni jugak boleh dimasukkan bersama bahan bahan yang lain ke dalam rebusan masa nak buat telur pindang. Dengan tu boleh membuatkan telur pindang tu lebih enak dan mempunyai aroma yang tersendiri, tak gitu encik Osman ?


Selain dari menggunakan bawang putih ni dalam masakan, khasiat lain yang terdapat dari bawang putih ni pun banyak jugak. Dari bawang putih ni terdapat zat zat penting seperti kalsium, saltivine, diallysulfide, protin, vitamin A, B1, C, karbohidrat, lemak, besi, sulfur dan fosfor. 

Antara kelebihan bawang putih ni dari segi kesihatan, ianya mampu untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh badan dari serangan penyakit seperti batuk dan selsema. 


Kalau dulu dulu masa aku kecik bila terkena batuk dan selsema ni, biasanya nenek aku akan tumbuk halus bawang putih ni kemudian dicampurkan ke dalam susu dan dipanaskan beberapa minit sebelum disuruhnya aku minum. Keputusannya ? Alhamdulillah berkesan menghilangkan batuk dan selsema tu.

Bawang putih ni jugak boleh mencegah penyakit jantung dengan merendahkan tahap kolestrol LDL yang jahat tu dari menyumbat saluran darah. 


Kelebihan lain yang terdapat dari khasiat bawang putih ni lagi, bila diamalkan selalu insyaAllah dapat menghindarkan dari penyakit kanser perut dan usus. Selain tu jugak, bawang putih ni mampu untuk mengawal gula yang terdapat dalam tubuh badan kita ni tau. 


Maklum saja la makanan yang kita makan setiap hari tu kekadang kita tak periksa pun kandungan yang ada tu. Tambahan pulak kalau yang dibeli dari luar. Walaupun gula memang diperlukan untuk tubuh badan mendapat tenaga, tapi kalau dah berlebihan tu memang akan menghuru harakan kehidupan jugak la.

Rasa bawang putih ni bila dimakan mentah agak kepedas pedasan jugak la. Selain digunakan dalam masakan, boleh jugak dimakan mentah seperti ulam atau direbus terlebih dahulu ataupun dipanggang untuk mengurangkan rasa kepedasan tu. 

Cuma kesan buruknya bila di ambil secara berlebihan boleh mengakibatkan nafas berbau, ketidakselesaan di bahagian perut, anemia, muntah dan hilang berat badan. Jadik kalo nak mengamalkan memakan bawang putih ni, dua tiga ulas sehari pun ok la tu.


Lagipun sekarang pun dah banyak produk kesihatan yang berasaskan bawang putih ni yang dikeluarkan dalam bentuk tablet. Macam aku ni, hardcore sikit. Aku makan mentah je dengan nasik buat ulam. Tapi seulas dua je la. Demi kesihatan, pedas pun pedas la. Hehehe..




19 February 2011

Siew Pak Choy

  9 Komen    
label: 
Salam hari sabtu buat semua rakan pembaca. Apa program hari ni ? Ada yang pegi kenduri kahwin la, ada yang pegi berkelah mandi sungai la, ada yang pegi dating la. Ada jugak yang berkerja ? Apa nak heran, aku pun kerja jugak hari ni. 

Kat negeri Perak sekarang ni tengah nak bermula musim durian. Kalo masa aku bebudak dulu, pokok durian lima batang depan rumah je. Rumah kampung la katakan. Bila musim durian je memang sampai tak larat nak makan durian dah. Siap sampai demam sebab makan durian banyak sangat. Sarapan pagi durian, makan tengahari durian, makan malam durian. Tambah lak kalo yang baru luruh tu. Memang sedap giler buah durian ni.


Bila dah terlampau banyak sampai berlonggok longgok kat dalam stor belakang rumah tu selalunya untuk menyelamatkan keadaan, mak aku akan proses durian durian yang dah merekah tu untuk dijadikan tempoyak. Boleh jadi stok sepanjang tahun. Malangnya aku bukan peminat sambal tempoyak, cuma masak gulai tempoyak je yang aku makan.

Tapi untuk entri hari ni bukan pasal masakan yang bersangkut paut dengan durian. Beberapa hari lepas masa aku kat rumah DSZ aku dijamu dengan nasik putih berlaukkan ayam kicap cendawan, sambal udang dan sayur siew pak choy. 


Memang dah lama tul aku tak makan sayur ni. Kalo masa kerja dulu kitorang selalu panggil sayur ni dengan nama sawi comel. Sebab sayur ni memang comel kan. Biasanya kaum cina yang menggemari sayur siew pak choy ni.

Jadik hari ni kita belajar masakan ala ala chinese sikit menggunakan siew pak choy ni. Senang je nak menyediakan sayur ni. Sayur ni dibasuh bersih kemudian kalo yang agak besar tu boleh dibelah dua jadikan dua bahagian. Kalo yang kecik kecik comel tu, boleh dibiarkan je comel camtu.

Lepas dah basuh bersih tu, celurkan dalam air mendidih yang diletakkan sedikit garam dan minyak bijan. Kalo tak suka dengan rasa minyak bijan tu boleh gak gantikan dengan minyak sayuran atau minyak jagung atau tak letak lansung pun takpe. Celurkan sampai agak kecut dan layu pehtu toskan sayur tu tadi.

Pehtu tumiskan sedikit bawang putih yang dah dilumatkan. Masukkan potongan  kecil ayam atau udang atau sotong dan kemudian masukkan sedikit air. Air ni jangan terlalu banyak tau sebab masakan ni tak memerlukan nampak terlalu berkuah. 

Kemudian masukkan sedikit sos tiram, sedikit garam atau serbuk perisa dan bila dah mendidih tu, bancuhkan sedikit tepung jagung pehtu masukkan dalam kuah tu tadi untuk memekatkan dia. 

Sayur yang dah ditoskan tu, susun cantik cantik dalam pinggan pehtu kuah pekat tadi tu tuangkan je kat atas sayur tu ikut kreativiti sendiri. Kemudian pepandai la kalo nak kasi cantik lagi taburkan bawang goreng ke, cili potong ke. Senang kan ?


Kalau nak tambah kreatif lagi, boleh jugak campurkan cendawan butang masa masak kuah tu pehtu taburkan hirisan lobak merah atau apa apa je la. Memasak ni kan boleh ikut imaginasi kalo nak bagi lebih menarik. Tapi pastikan la rasa utama tu tak berubah lak. Jangan pulak pegi tambah serbuk kari. Nanti terus jadi rasa kari pulak sayur tu. 

Selamat mencuba dan menjamu selera. 


12 February 2011

telur jepun atau tofu telur ?

  22 Komen    
label: 
Salam mesra buat semua pembaca. Apa perancangan untuk hari ni ? Bersantai dengan keluarga kat rumah je atau pergi makan angin kat luar ? Entri hari ni ditujukan khas untuk cik cahaya yang memberikan inspirasi untuk berkongsi resipi telur jepun..eh, tofu telur ni. Jangan marah ye cik cahaya, nanti malap lap cahaya tu.


Aku namakan masakan hari ni sebagai sup tofu telur jepun. Cik Cahaya tolong jangan ketawa. Cara pembuatannya sangat mudah semudah Alif Ba Ta. Paling utama mesti la kene beli tofu telur jepun ni.


Dah tu, potong agak seinci dan digoreng jangan terlalu lama. Sambil tu boleh la sediakan bahan bahan yang lain. Kalo suka udang, boleh gunakan udang. Kalo suka ayam, potong kecik kecik isi ayam tu. 


Pehtu untuk sayur sayurannya, biasanya aku gunakan putik jagung, cendawan, lobak merah dan bunga kobis. 


Cendawan yang sesuai untuk digunakan camni la, cendawan tiram. Kalo guna cendawan butang tu kot liat sangat lak. Pehtu kalo ada yang tak suka bunga kobis, boleh gantikan dengan brokoli baru la ada nampak kaler meriah sikit sup tu nanti.


Caranya mudah je, memula tumiskan sedikit bawang putih yang dicincang halus bersama udang tu tadi. Kemudian masukkan air secukupnya. Pehtu masukkan sedikit sos tiram, sedikit garam secukup rasa dan biarkan mendidih. 

Bila dah mendidih supnya tu, pecahkan sebijik telur ayam dan dikacau. Lepas tu boleh la masukkan semua sayuran yang dah dipotong tadi tu. Kemudian masukkan tofu telur jepun yang dah digoreng tadi tu ke dalam sup. Untuk memekatkan sikit sup tu, bancuh sedikit tepung jagung dan masukkan ke dalam sup tadi.


Biarkan mendidih sebentar, pehtu boleh la dihidangkan untuk dimakan bersama nasi atau dimakan begitu saja. 


Senang kan ? Tofu tadi tu digoreng supaya dia tak pecah bila dimasukkan dalam sup tu. Biasa la kalo dah namanya tofu, memang lembut lembik je. Selamat mencuba dan menjamu selera.


05 February 2011

percubaan pertama

  16 Komen    
label: 
Masa aku berkerja di sebuah syarikat katering dulu, pengkhususan awal aku yang tak berpengalaman ni hanya di bidang cuci mencuci je. Maklum la masa tu mane nak kenal segala rempah dan ntah apa lagi bahan masakan yang ada tu.

Dari cuci mencuci perkakasan sampai la cuci mencuci bahan mentah masakan. Kira dah tahap kalo nak cuci ikan ngan ayam tu sambil pejam mata pun dijamin bersih la. 

Lama kemudian aku berjinak jinak dengan potong memotong dan penghiasan lak. Tak sempat nak jadi pakar, aku dibidan terjunkan ke arah bermain dengan api. Bermula dari situ, segala bakat semulajadi yang terpendam sekian lama pun terbongkar.

Macam macam yang aku lalui. Pengalaman berdarah tu dah macam alah bisa tegal biasa. Jari jemari melecur dek wap minyak panas la. Memacam la lagi. Tapi bukan pasal tu yang aku nak kongsikan hari ni.

Hari ni aku nak kongsi percubaan pertama aku memasak sejenis nasik yang baru pertama kali aku dengar masa tu dan itulah dia nasi carrot.


Sebenarnya aku bukan tak pernah masak nasik, banyak kali jugak. Nasik ayam, nasik lemak, nasik minyak, nasik tomato, nasik biryani dan macam macam jenis nasik la. Tapi nasik carrot ni baru pertama kali lak aku kene hadap. Bos aku pulak masa tu datang gout, tak pasal je aku yang kene ambik alih.

Rupanya tak la susah mana pun. Bahan yang diperlukan tu memang cukup simple. Beras basmathi, bawang putih, bawang merah, halia, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, minyak sapi, lobak merah, air, gula batu dan sedikit garam kasar.



Segala bawang putih, bawang merah, halia tu kisarkan je sampai halus pehtu ditumiskan bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga tu menggunakan minyak sapi tu tadi. Kalo nak kasik wangi sikit, boleh jugak masukkan daun pandan sekali.

Bila dah naik wanginya, masukkan air secukupnya dan biar sampai mendidih. Masukkan jugak gula batu dan garam kasar tu secukup rasa. Lobak merah tu tadi dicincang halus panjang panjang ikut suka la. 



Agak dah mendidih airnya tu tai, masukkan je beras basmathi yang dah dibersihkan dan ditos airnya lalu dikacau perlahan sehingga sedikit kembang dan kering airnya. Kemudian masukkan hirisan lobak merah tu tadi, kacau bagi rata pehtu perlahankan api dan tutup periuk tu sehingga keluar asap wap baru la tutup apinya.

Senang kan ? Memula tu aku ingat susah gila la sebab aku tak biasa masak guna beras basmathi ni. Maklum la berasnya agak manja. Kalau terlebih air nanti jadi terlalu kembang dan teksturnya tak cantik. Kalau tak cukup air lak, mentah kat tengah. Tambah lak ngan bos aku yang cerewet gila tu. Cerewet sebab aku ni suka nak menokok tambah apa yang aku rasakan sesuai. Hehehe..

Mungkin versi yang aku bagi ni terlalu simple. Kalo ada salah silap tu, biasa la kalo dalam bidang masak memasak ni. Tak semua chef tu satu kepala kalo nak sediakan bahan bahan. Padahal masakan yang sama je tapi ada je yang sesuka hati nak ditambahnya. Selamat mencuba dan kreatifkan diri. 







29 January 2011

ayam goreng berempah

  10 Komen    
label: 
Kalau tengok pada tajuk entri ni macam biasa je kan. Memang biasa pun. Tapi walaupun biasa, mungkin ada yang luar biasa dalam kebiasaan tu. Eh, berapa banyak perkataan biasa daa.

Aku ingat lagi masa aku berkerja dengan satu syarikat katering kat Ipoh ni. Biasanya bila ada tempahan je salah satu menu wajib mesti ada ayam goreng berempah ni. Aku pun tak tau la kenapa orang suka sangat ngan ayam. Sampaikan kekadang tu aku punya tangan pun melekat ngan bau rempah tu dua tiga hari baru nak hilang.

Tapi seronok jugak la sebab aku ni suka nak menokok tambah. Dari resipi asal yang cam biasa, abis aku edit jadi sesuka hati aku je. Nak kata sedap sangat tak la jugak. Tetap rasa macam ayam goreng berempah. Hehehe..

Biasanya bila ada tempahan untuk ayam goreng berempah ni aku akan beli ayam bersaiz sederhana yang tak terlalu gemuk atau kurus sangat, pehtu di potong 16 bahagian seekor. Maknanya tak terlalu besar dan tak jadi terlalu kecik.


Lepas ayam tu dicuci bersih, toskan airnya supaya mudah untuk digaul dengan rempah tu nanti. Untuk bahan rempah tu aku guna bahan bahan biasa je. Takde resipi rahsia pun. Biasanya aku guna serbuk kari babas, serbuk cili babas, sos tiram, cili kering yang dikisar kering, jintan manis, jintan putih, bawang merah sikit, bawang putih sikit, halia sikit, serai sikit, ketumbar sikit dan garam secukup rasa.


Rahsia ayam goreng berempah ni ialah pada bahan bahan dia tu je. Biasanya orang akan kisar sampai halus kekonon nak bagi terserap dalam ayam tu. Kalo buat camtu maknanya tersilap la tu. Selain dari serbuk kari, serbuk cili, sos tiram ngan garam tu, korang kisar je bahan bahan tu jangan terlalu halus. Biar nampak kasar je kisaran tu.

Lepas dah siap mengisar, boleh la digaulkan sebati dengan ayam tu tadi. Masuk je semua bahan tu sambil tangan diramas ramaskan ke setiap penjuru tubuh ayam yang pasrah tu. Rasa la sikit, kalo tak cukup masin tambahkan je sikit garam. Dah sebati semua tu nak kasik ibu jari naik ke atas, perapkan sekurang kurangnya 3 ke 4 jam. Kalo aku dulu, hampir 24 jam aku perap dalam cold room. Hehehe..

Seterusnya untuk menggoreng, pastikan korang menggoreng dengan minyak yang banyak. Maknanya bila menggoreng tu ayam tu akan tenggelam la. Sebelum ayam tu tadi digoreng, biasanya aku akan gaul lagi sekali dan kali ni dengan daun kari, tepung gandum dan telur ayam. Baru la ala ala bersalut sikit.


Panaskan minyak dulu, pehtu sebelum dimasukkan ayam tu kecikkan sikit apinya biar sederhana supaya ayam tu nanti tak meloncat terkejut masak terkejut. Biar dia masak dengan tenang hati dan jiwa. Ada satu tips kalo nak cepat masak tapi takut ayam tu nanti tak cukup masak kat sebelah dalam.

Kalo korang nak menggoreng ayam tak kira la ayam apa pun, kekadang suri rumah ni nak cepat sebab baru balik dari opis nak kene masak lagi, nak tengok anak lagi, suami dah kehijauan sebab lambat sangat tunggu nak makan. Caranya ialah dengan memasukkan sedikit air perahan limau nipis dalam minyak masak tu. InsyaAllah ayam yang digoreng tu mudah digoreng, masak hingga ke bahagian dalam dan boleh menjadi lebih garing. Tapi berhati hati ye, minyak panas kalo dimasukkan air memang minyak tu akan marah. Hehehe..

Okay, bila ayam tadi tu dah siap digaulkan dengan segala bahan yang ada tu boleh la mula digoreng. Pastikan ayam tu tenggelam. Kalo korang ada periuk goreng tekanan tu lagi syok. Api jangan besar sangat ye, kang hangus lak.

Bila ayam tu dah mula 'timbul' dan kelihatan agak garing boleh la diangkat. Dah habis menggoreng tu, korang akan nampak betapa serabutnya minyak gorengan tu dengan ntah ape serdak. Tapis semua serdak tu, toskan minyaknya pehtu taburkan atas ayam tu tadi. Dan begitulah rupanya ayam goreng berempah mendapat nama.


Potongan ayam tu sebenarnya terpulang la nak potong berapa pun. Kalo suka besar, potong 10 pun boleh. Tapi cam aku ni, aku suka potong kecik je kalo ayam berempah ni. Lagipun bila potongan tu kecik, ayam akan lebih terasa rempahnya, lebih mudah menggorengnya dan risiko ayam tak cukup masak tu kurang. Maklum la, kalo katering kan nak kene masak untuk ratus ribu orang. Kalo ada seketul yang tak cukup masak pehtu kene komplen, mau gulung tikar nanti bos aku tu.

Tu je dulu untuk minggu ni. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kalo korang rasa nak jadi lebih kreatif lagi, ikut suka hati la nak edit bahan bahan tu. Memasak ni memang kene banyak edit baru sedap.





22 January 2011

lenyek ke penyet ?

  6 Komen    
label: 
Ada sekali masa aku balik kampung, adik aku yang berkerja kat Johor bagitau dia selalu makan ayam penyet. Mula mula aku dengar macam kelakar pun ada. Sambil tu dalam kepala ni pulak membayangkan keadaan ayam yang penyet macam kene lenyek tu. 


Rupanya sangkaan aku tu salah belaka. Balik ke Ipoh, ada jugak restoran ayam penyet ni bersebelahan Kinta City. Tapi aku tak pernah masuk pun sebab anak murid aku cakap mahal. Rupanya ayam penyet ni ayam goreng resipi asal dari Surabaya. Mentang mentang la ramai Indon kat Malaysia ni, abis semua nak hangkut bawak sini. Hehehe..

Tapi entri aku hari ni bukan pasal ayam penyet atau ayam yang kene lenyek. Dua hari lepas aku bawak wifey ngan anak aku pegi kedai Ayamas untuk beli sayap ayam. Anak aku tu suka sangat ngan sayap ayam. Dah la makan pun memilih. Jenuh nak mengikut selera dia tu sampai wifey aku pun dah penin kepala pikir nak masak apa untuk anak aku tu makan. 

Kononnya nak beli sayap ayam je, tapi dah terbeli yang lain lain pulak. Anak aku dengan aiskrim cornetto dia, wifey aku lak beli peha ayam mentah ngan ayam seekor. Aku pulak ? Hehehe..set nasik ayam berlaukkan black paper thight (ntah camne la nak mengejanya). 

Balik rumah terus je nak potong potong ayam seekor tu. Punya la gebu ayam tu. Nasik ayam yang aku beli tadi tu, bagi pelahap macam aku ni memang tak mencukupi lansung. Hahaha..Sib baik ayam black paper dia tu sedap. Tiba tiba aku terus terpikir satu hari nanti aku nak masak nasik ayam sendiri.

Haa..korang nak tau aku punya nasik ayam camne ? Meh sini aku bagitau. Wifey aku pun kalo tau ni mesti terus nak suruh aku masak peh ni. Hahaha..

Bahan utamanya dah semestinya la beras dan ayam. Mula mula kita proses ayam dulu. Kalo nak best, ayam yang seekor tu samada dibiarkan seekor bulat bulat tu atau dipotong dua. Basuh bersih bersih dulu ayam tu, keluarkan semua organ dalaman dia sampai bebetul kosong pehtu toskan atau lap je dengan tuala bagi ayam tu selesa. 

Nak bagi diorang berjakuzi dulu pun bole gak
Kemudian sediakan satu periuk besar yang agak agak boleh muat masuk ayam tu tadi, masukkan air secukup tenggelam ayam tu nanti. Kalo rasa malas nak cari segala kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih tu, gunakan je sup bunjut yang ada jual kat kedai tu pun boleh. Dalam tu jugak masukkan lebih kurang dua tiga bijik bawang besar yang dibelah empat, hirisan halia sikit, tunggul daun bawang dan sedikit garam secukup rasa.

Api tu jangan terlalu besar lak, nanti kesian ayam tu melecur. Biar je dia panas perlahan lahan. Sementara biarkan ayam tu menyelam dalam air panas tu, basuh lak beras ikut suka hati nak makan banyak mana. Lepas tu toskan beras tu. Pehtu ambik sikit bawang merah, bawang putih ngan halia, kisarkan sampai halus. Sediakan kuali menggoreng, panaskan sikit mentega pehtu tumis je bahan kisar tadi tu.

Bila dah agak wangi bawang tu naik, masukkan beras tadi tu dan gaul rata sampai sebati di atas api yang sederhana. Lepas dah sebati tu masukkan beras tadi dalam periuk memasak, masukkan air secukupnya (kalo air rebusan ayam tu banyak leh jugak gunakan air tu) dan masak la nasik tu seperti biasa. Tujuan beras tu di goreng adalah untuk mengelakkan beras tu jadi kembang  dan lembik bila dimasak nanti.

Sementara menunggu ayam ngan nasik tu masak, bersihkan beberapa bijik cili merah pehtu kisarkan halus. Masukkan dalam kuali, letak sikit cuka kalo suka nak ada rasa masam, gula sikit dan kacau sampai sebati atas api sederhana. Kalo nak bagi pekat sikit leh la taruk sos cili sikit.


Lepas dah siap tu, kalo ada simpan hati ayam ngan pedal dia tu, hiriskan halus halus. Hiris jugak sikit bawang merah, pehtu panaskan sikit mentega dan tumis bawang tadi tu sampai agak kekuningan pehtu masukkan hati dan pedal ayam tu. Kemudian masukkan air secukupnya (kalo air rebusan ayam tu banyak, gunakan je air tu). Pehtu masukkan sos tiram sikit, kicap manis sikit dan kacau sampai mendidih. Nak bagi pekat, masukkan sikit bancuhan tepung jagung dan tutup api.

Tengok nasik, dah masak ? Tutup la api. Ayam tu pulak kalo dah putih segala isinya boleh la diangkat perlahan lahan sebab ayam ni kalo dah kene rebus memang lembut abis. Biarkan sejuk barulah dipotong.

Nasik ayam kalo tak de sayurannya memang tak lengkap la kan. Sebab tu jangan lupa daun salad, timun dan tomato. Ikut suka la nak potong macam mane pun. 


Ayam yang dah dipotong tu tadi, letakkan dalam pinggan cantik cantik. Kalo nak buat ala ala hotel, lapikkan la daun salad tu bawah dia. Pehtu sos kicap tu tadi tuangkan atas ayam tu. 

Eh, supnya mana ? Haa..air rebusan ayam tu tadi jangan dibuang sebab tu la supnya. Memang secukup rasa punya la. Dah siap semua tu tunggu apa lagi, isi la perut yang dah lama menunggu tu. 


Ada jugak orang panggil nasik ayam rebus camni nasik ayam Hainan. Ape ape aje la. Yang penting dapat memuaskan nafsu makan. Ahahaha..Asyik nak pegi beli kat kedai je sekali sekala masak sendiri la kat rumah, lagi puas hati. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.





15 January 2011

pulut udang pulak

  23 Komen    
label: 
Bertemu kita sekali lagi dalam rancangan masak masak bersama chef pipoq. Ahahaha..pelik je bunyinya. Takpe, kalo minggu lepas kita dah belajar cara buat tapai pulut jadik hari ni secara rasminya aku nak memperturunkan ilmu memulut udang lak. 

Kalo cari resipi cara buat pulut udang ni memang belambak lambak dalam internet ni. Tapi tu mengikut cara masing masing jugak la. Sebab dalam bab masakan ni, bergantung pada citarasa masing masing. Kadang kadang tu bila ikut resipi yang dibagi tu tak menjadi pun. 

Pada aku lak, memasak apa pun memerlukan skill dan citarasa tersendiri. Aku tak pernah masuk kelas masakan atau kursus apa pun. Cuma kebanyakan dari pengetahuan yang aku dapat ni dari pemerhatian dan cuba sendiri. Dan aku masih lagi suka nak memerhati dan belajar cara masak ape benda pun. Kena pulak masuk tahun ni dah nak dekat 8 tahun aku terlibat dalam kerjaya dapur  ni.

Lagipun mungkin sikit sebanyak skill yang aku ada ni turun dari arwah mak aku yang tersangat la pakar dalam bidang masakan ni. Cakap je nak masak ape, semua dia tau. Kalo makan masakan dia lak, mesti tak dapat nak komen. Aii..ada ke sape sape yang suka komen kalo makan masakan mak sendiri ? Hehehe..

Banyak bunyi lak aku ni. Okay, sekarang ni kita terus pegi ke pasar untuk mencari bahan bahan yang diperlukan. Bahan utama yang perlu antaranya beras pulut, daun pisang, udang kering dan kelapa parut. Bahan yang lain tu takkan korang takde simpan kat rumah kot ? Cam minyak masak, cili hidup, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, daun kunyit, belacan, buah karas ngan ketumbar. Kalo takde kene la pegi beli. 

Daun pisang ni kat belakang rumah korang takde ke ? kalo takde pegi beli kat pasar.
Kita terus pada proses nak membuatnya la. Memula basuh bersih beras pulut tu tadi pehtu toskan sekejap. Kelapa parut tadi tu bahagikan dua, satu untuk diperah santannya satu lagi untuk buat inti pulut udang ni nanti. Lepas dah toskan pulut tu, gaulkan bersama santan, daun kunyit dan sedikit garam. Kalo korang rasa cam nak bagi wangi sikit leh la letak daun pandan sekali. Dah gaul rata tu, boleh la mula mengukus tapi jangan sampai terlalu kembang tau. Ala ala dah masak pulut tu angkat je.

Ni la rupa pulut dikukus..tapi ni dah terlebih kukus lak..hahaha..
Kemudian sementara tunggu pulut tu sejuk sikit, korang buang la daun kunyit daun pandan dari pulut tu. Untuk bahan inti dia pulak korang kene merajinkan diri sikit la. Segala cili hidup, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, buah karas, ketumbar, udang kering, belacan (bakar dulu tau) tu korang tumbuk dulu. Suka hati la nak gunakan buku lima korang tu ke (kalo sanggup la), pengisar ke, lesung batu ke asalkan lumat sebati semua bahan ni. 

Ada yang tak kenal udang kering ke ? 
Bila dah sebati, korang gaulkan dengan kelapa parut yang simpan tadi tu kemudian masukkan la sikit gula dan garam secukup rasa. Setengah orang nak kasi ala ala pedas sikit diorang akan letak lada sulah tapi aku tak berapa suka sangat rasa lada sulah tu jadi aku cuma melebihkan sikit cili tu je. 

Kelapa parut untuk dijadikan inti pulut udang sebelum digaulkan dengan bahan inti.
*Tips : Kalo nak cantik, kelapa parut tu mintak yang putih je.

Lepas dah digaul sebati tu, panaskan sikit minyak pehtu leh la digorengkan bahan bahan tadi tu. Goreng sambil kacau tau biar masak rata. Lagi satu api tu biar la sederhana je sebab takut hangus lak. Goreng sampai agak agak kering pehtu boleh la tutup api dapur tu. 

Kemudian boleh la mulakan proses pembungkusan lak. Daun pisang tadi tu lepas dah dibersihkan potong potong la sebesar buku nota kecik tu. Kalo besar sangat nanti tebal pulak bungkusannya. Pepandai la korang ukur sendiri berapa besar korang nak buat pulut udang tu. 

Korang ambik pulut yang dah kukus tadi tu, pehtu bajet bajet la banyak mana nak gemuk atau kurus pulut udang tu. Aku nak sebut apa ye ? Hamparkan ke ratakan ? Ala, bayangkan sendiri la ye. Kat tengah pulut tu tadi korang letak la inti kelapa udang kering tadi pehtu kepilkan (betul ke ?) ngan pulut tu agar inti tu terperangkap kat tengah pulut.

Dah siap tu korang gulungkan daun pisang tu ketat ketat. Biasanya aku akan buat dua kali gulung sebab kalo sekali gulung je takut terbakar lak daun tu nanti. Pehtu kat hujung dua dua belah gulungan tu suka hati la nak guna stapler ke, cucuk ngan lidi ke asalkan tak terbukak.

Bila dah selesai proses pembungkusan ni, boleh la dipanggang atas bara arang. Ada orang malas nak main asap diorang guna kuali besi cam nak buat capati tu tapi tak tradisional la camtu. Sebab takde rasa pemanggangan tu.


Sambil memanggang tu leh la nak bergurau senda bersama keluarga ke, isteri ke, suami ke, anak anak ke asalkan korang selalu tengok tengok sambil balik balikkan pulut udang tu tadi jangan sampai hangus tebakar lak. Bila dah agak agak daun pisang tu tadi kering daunnya, boleh la ke proses terakhir.

Ada lagi ke nak buat ? Hahaha..proses terakhirnya pulak, bancuh air teh O pehtu bukak TV duduk ramai ramai situ layan makan pulut udang yang berjaya korang buat dengan susah payah tadi tu. Susah ke ? Memang leceh gak sebab banyak sangat prosesnya tul tak ? Tapi kalo menjadi, sekali ngap pasti tak cukup cukup punya la. 

Menyelerakan tak ? 
Ada orang hairan apesal kadang kadang pulut udang yang beli tu bungkusan dia ala ala berminyak. Tu adalah sebab masa memanggang tu diorang sapu minyak sikit supaya daun pisang tu tak kering terbakar atas bara tu. Okay ? Terasa nak mencuba ? Selamat mencuba ye. Kalo tak menjadi tu, cuba lagi sampai jadi. Memasak ni bukan tengok buku je nak belajarnya. Mesti kene usaha bersungguh dan banyak mencuba baru la boleh jadi pakar. Lagipun ingat pakar memasak tu boleh jadi pakar ke kalo baca buku je, diorang pun banyak kali mencuba tau.