Showing posts with label nasi tomato. Show all posts
Showing posts with label nasi tomato. Show all posts

10 March 2011

Solanum lycopersicum

  15 Komen    
label: ,
Salam khamis yang indah hari ni buat semua rakan pembaca. Esok dah hari akhir persekolahan untuk penggal pertama. Kemudian cuti seminggu. Dan ada rancangan apa apa ke untuk anak anak yang bercuti sekolah tu ? Aku pun berkesempatan jugak bercuti selama lebih kurang seminggu cuma aktiviti mengajar je yang akan berterusan sebagai pengisian untuk anak didik aku yang beberapa orang tu.

Apesal tajuk entri aku kadang kadang susah nak sebut dan terlalu saintifik bahasanya ? Tu pun ilmu jugak kan ? Kalo aku tulis perkataan yang dah biasa kita dengar namanya, nanti tak tau pulak nama lain dalam sebutan saintifik tul tak ?

Solanum lycopersicum ni dalam bahasa kebiasaannya ialah tomato. Tomato ni dipercayai berasal dari Selatan Amerika di Peru. Kemudian diperkenalkan ke beberapa benua sehinggalah ke serata dunia pun mengenali tomato.


Buah tomato ni terkategori dalam buah buahan dan bukan sayuran sebenarnya. Ianya sangat baik untuk kesihatan sebab tomato mempunyai kadar lipoken, katotenoid, vitamin C dan vitamin E yang juga membantu menyingkirkan kolesterol berlebihan di dalam tubuh badan kita ni. Dikatakan jugak tomato ni boleh mengurangkan masalah hipertensi dan darah tinggi.

Kalau dalam masakan, penggunaan tomato ni sangat meluas kerana pati yang terdapat dalam tomato ni mampu untuk membuatkan sesuatu masakan tu lebih terasa enaknya cam dijadikan sos pasta, spaghetti, pizza, kari ikan, masak lomak cili api, masak asam pedas dan lain lain lagi.

Hari ni aku nak berkongsi cara untuk memasak nasik tomato. Tadi masa melawat blog rakan rakan, terbaca dalam entri blog Kak Ati Masrif pasal keteringinannya untuk mengetahui cara masak nasik tomato. Jadik untuk membantu menjadikan impiannya menjadi kenyataan, aku persembahkan nasi tomato bukan saja untuk Kak Ati sorang je tapi untuk semua rakan pembaca yang lain.

Sebenarnya bila sebut masakan nasik ni tak la susah mana pun. Memang ada berbagai jenis masakan nasik kat Malaysia ni. Nasik minyak ada, nasik carrot ada, nasik biryani ada, nasik ayam ada, nasik lemak ada, nasik hangit pun ada dan macam macam lagi la jenisnya.

Dari pengamatan aku selama hampir 8 tahun dalam bidang main masak masak ni, cuma sedikit pengubahsuaian je akan menjadikan nasik tu bertukar. Tak percaya ? Kalau tak percaya, nasik kosong yang kita biasa masak tu cuma dimasukkan sedikit santan, hirisan halia, bawang merah, daun pandan kan dah jadi nasik lemak.

Okay la kang kalo membebel banyak bila nak masaknya ye tak ? Betul ke orang kata kalo kerja main masak masak ni memang banyak mulut ?

Bahan bahan yang diperlukan untuk nasi tomato ni mudah je. Maaf kalo aku tak kasitau berapa anggaran bahan bahan tu sebab aku tak belajar guna anggaran ukuran bahan. Oleh kerana tu kena la kreatif ye dalam menyediakan bahan bahan ni.

Biasanya kalo nak sedap nasi tomato ni, gunakan beras basmati. Tapi tak salah pun kalo nak gunakan beras biasa. 


Kalau kita tengok pada tekstur beras basmati ni ianya lebih panjang dan kurang kandungan kanjinya bila dimasak, jadik nasik tu akan menjadi lebih cantik sebab tak berketul ketul. 

Beras yang nak dimasak tu tadi dibasuh kemudian direndam sekejap lebih kurang 10 minit supaya mudah kembang bila dimasak. Sementara tu, panaskan sedikit minyak sapi atau mentega untuk menumis. 


Bahan yang perlu ditumis adalah hirisan bawang besar, bawang putih, buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis. Bila dah naik baunya, masukkan air secukupnya untuk memasak. Untuk memudahkan ukuran air ni, sukat isipadu beras yang nak dimasak tu dan isipadu airnya jugak mesti sama banyak dengan beras tu. Bukan timbang tau, tapi ukur isipadu dia je.

Lepas dah masukkan air tu, masukkan pulak sedikit tomato puree, sedikit susu cair, sedikit garam dan daun pandan kemudian dikacau sebati. Kalau nak gunakan sos tomato pun boleh jugak menggantikan tomato puree tu tapi aku lebih suka gunakan tomato puree sebab rasa tomatonya lebih berperisa.



Bila dah sebati dan mendidih, masukkan beras yang ditoskan terlebih dahulu tu dan dikacau hingga agak kering airnya dan kembang beras tu sebelum dikecilkan api memasak. Tutup periuk memasak tu untuk beras tu tadi masak sempurna. Kemudian boleh la dihiaskan dengan taburan bawang goreng. 


Nasi tomato ni sesuai dimakan dengan lauk ayam merah, sayur acar rampai atau gulai kurma kambing. Aku pulak yang jadi terliur bila sebut kurma kambing ni. Hehehe..mudah kan nak buat nasik tomato ni ? Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.