Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

03 August 2016

M.A.U.T

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri untuk hari ni lari sikit dari kisah tentang VBAC tu. InsyaAllah sambungan tentang kisah VBA3C tu akan aku sambung jika berkesempatan. 

Hari ni aku nak berkongsi tentang MAUT. Siapa yang tak kenal dengan maut kan ? Dan pastinya kita semua akan menghadapinya juga nanti. Cuma bersedia atau tidak je persoalannya.


Makanan yang kita suapkan ke dalam mulut dan ditelan untuk dihadam oleh badan kita jika tidak dikawal pengambilannya pasti akan mengundang berbagai kesan buruk. Lihat saja bagaimana kebelakangan ni berbagai perkongsian jenis makanan yang disebar melalui medan facebook, instagram dan sebagainya.


Masing-masing berlumba-lumba nak melelehkan apa yang boleh dilelehkan. Semuanya nampak menyelerakan pada pandangan nafsu makan hingga menutup mata hati kita untuk melihatkan akibat dari pengambilan makanan tanpa kawalan tu.

Air merupakan satu keperluan penting bagi setiap kehidupan. Kita sebagai manusia juga disarankan untuk mengambil air yang mencukupi bagi menyeimbangkan kitaran tubuh. Tanpa air, seseorang itu pasti tidak akan dapat bertahan lama untuk terus hidup.


Cuma masalahnya air yang kita ambil setiap hari sebagai minuman tu yang berjenis bagaimana. Sampaikan air kosong yang kita minum pun dikatakan sudah tidak selamat untuk kesihatan. 

Udara yang kita sedut setiap detik merupakan anugerah yang tidak terhingga dari Allah kepada setiap makhluk Nya. Bagi yang tinggal dikawasan yang tidak dicemari dengan penerokaan hutan, asap-asap beracun dari kenderaan, asap-asap rokok dan sebagainya pasti dapat menikmati udara yang segar berbanding dengan orang yang tinggal dikawasan membangun.


Betapa kita mendambakan udara yang bersih, segar, nyaman hinggakan kita sanggup untuk mendapatkan produk-produk yang mampu untuk menapis udara agar kita dapat hidup dalam persekitaran yang sihat.

Tekanan untuk mendapatkan makanan yang bersesuaian, air yang dapat menjamin kualiti kesihatan, udara yang tidak tercemar pastinya menjadi-jadi terutama bila tubuh badan kita sudah mula menunjukkan tanda-tanda ketidaknormalan. 


Belum lagi ditambah dengan tekanan-tekanan yang dihadapi dari tempat kerja, tekanan hidup dan berbagai-bagai lagi jenis tekanan yang pasti bukan mudah untuk dihadapi jika tidak bijak mengawalnya.

Dan itulah antara punca-punca utama MAUT yang selalu kita terlepas pandang. Bagi yang berkesempatan untuk 'menjauhi' atau 'mengawal' MAUT yang menghampiri, alhamdulillah jangan berhenti. Bagi yang belum pasti, ingat empat perkara yang dah aku kongsikan tadi tu. Makanan, Air, Udara dan Tekanan.


Bukan melarikan diri dari kematian atau maut, tapi mencegah diri dari menghampiri kematian atau maut tu je. Fikir-fikirkanlah.


*Gambar : Ehsan dari Google

14 February 2012

Rotavirus

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. 


Baru baru ni di negeri Perak agak kecoh dengan kematian dua bayi akibat jangkitan sejenis virus yang dikenali sebagai rotavirus. Sebelum ni rasanya aku pun tak pernah dengar nama virus ni. Kalau keropok udang berjenama rota tu selalu sangat dengar.


Apa tu rotavirus ? 

Rotavirus ni adalah sejenis virus yang menyebabkan keradangan usus dan perut. Ianya mengakibatkan cirit birit berair yang teruk, muntah muntah, demam dan sakit perut. Ianya jugak boleh mengakibatkan dehidrasi ke atas bayi dan kanak kanak. Rotavirus ni kebiasaannya menyerang kanak kanak berusia 5 tahun ke bawah dan boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat mendapatkan rawatan.


Camne rotavirus tersebar ?

Antara cara penyebaran rotavirus ni adalah melalui air yang tercemar, tangan yang tak dibasuh selepas mengendalikan najis, makanan tercemar dan objek (permainan atau permukaan) tercemar. Rotavirus ni merebak dengan mudah dikalangan kanak kanak kecik. 


Tanda tanda jangkitan rotavirus ?

Biasanya bila seseorang individu tu dijangkiti dengan rotavirus, ianya akan mengambil masa dua hari untuk gejala gejala jangkitan dapat dikesan. Antara gejala yang perlu dititik beratkan seperti demam, muntah muntah, cirit birit dan sakit perut. Kehilangan selera makan dan dehidrasi jugak antara tanda tanda jangkitan rotavirus yang perlu diambil berat andainya dapat dikesan.


Camne nak mencegah rotavirus ?

Amalan menjaga kebersihan sebenarnya sebagai langkah langkah awal dalam mencegah apa apa virus pun. Sentiasa mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan, mencuci tangan selepas mengendalikan najis, memastikan air yang digunakan tidak tercemar dan vaksinasi kepada bayi secara rutin berjadual.

Camne nak merawat ?

Andainya kita dijangkiti oleh rotavirus ni, sebenarnya takde ubat ubatan khusus untuk merawat jangkitan rotavirus ni. Cuma yang perlu diberikan perhatian bila ada tanda tanda jangkitan tu bersegeralah berjumpa dengan doktor dan pastikan pesakit terjangkit tidak mengalami dehidrasi akibat kehilangan cecair dalam badan melalui muntah dan cirit birit tu. 


Gejala dehidrasi ni kalau nak dikesan antaranya kurang buang air kecil, kering mulut dan tekak dan berasa pening apabila berdiri lama. Cara terbaik untuk mengawal dehidrasi ni adalah dengan banyakkan minum dan kalau nak baik lagi boleh la ke farmasi beli garam rehidrasi (ORS).


02 July 2011

taik

  6 Komen    
label: , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan pengunjung yang sudi singgah. Ada yang sedang menjamu selera atau sedang mengunyah ke sambil baca entri ni ? Kalau kegeli gelian bila membaca entri ni, jangan saman aku pulak. 


Mula mula aku taip tajuk entri ni pun aku tergelak sendiri sebab macam kelakar pulak letak tajuk yang menjijikkan dan menjengkilkan camtu. Tapi disebabkan perkongsian hari ni berkenaan benda alah tu maka untuk mudah difahami aku letak je la tajuk entri hari ni sebegitu.


Berapa kerap kita ni mengunjungi bilik termenung tu untuk membuang air besar ? Sekali sehari ? Selang dua hari ? Seminggu sekali ? Sebulan mungkin sekali ? Berapa lama pulak masa yang di ambil sewaktu membuang air tu ?


Menurut kajian, tiada masa atau kekerapan yang ideal bagi proses membuang air besar ni. Semuanya bergantung pada individu tu sendiri. Cuma apabila terjadinya perubahan pada kebiasaan maka mungkin ada sesuatu yang tak kena pada kesihatan badan kita.


Taik yang kita keluarkan tu adalah dari proses penghadaman makanan yang berlaku dalam usus yang biasanya mengambil masa selama 40 hingga 45 jam selepas kita mengambil sesuatu makanan. Setelah segala khasiat dan zat dari makanan yang kita makan tu diserap oleh tubuh badan maka segala hampas dan serat yang berlebihan tu la yang jadi taik kita tu.

Nak tau taik camne yang sihat dan bermasalah ? Jom kita periksa sama sama.


Taik yang sihat akan berbentuk menyerupai peluru berpandu, lembut, mudah keluar dan berat. Ahahaha..klakar tul. Maksudnya taik tu panjang lebih kurang, tak payah nak meneran sangat dan tenggelam dalam air. Warna dia pulak tak menentu mengikut makanan apa yang kita makan. 


Kalau taik tu ala ala comel berketul ketul cam taik kambing, kering lak tu menunjukkan badan kita kekurangan air dan antara penyebabnya pengambilan beberapa jenis ubatan macam ubat darah tinggi dan anti kemurungan yang mengakibatkan perjalanan makanan dalam usus mengambil masa yang terlalu lama hingga badan menyerap air terlalu banyak.


Kalau taik tu terlalu cair pulak atau biasa kita sebut cirit birit, tu kemungkinan kita mengambil makanan serat terlalu banyak atau ada berlaku jangkitan bakteria dan virus. Tapi kena tengok kadar kekerapan membuang jugak. Kalo dalam sehari melebihi tiga kali tercirit yang tak dapat nak ditahan tahan, sila la segera dapatkan rawatan perubatan atau jumpa doktor.


Kalau kita nak buang air besar tu mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan taik tu. Dah tu pulak rasa sakit sikit tapi taiknya kecik je macam pensil maka bersegera la berjumpa doktor sebab kemungkinan ada berlaku folip atau barah didalam usus tu.


Kalau taik tu berwarna kelabu dan pucat, tu tandanya ada yang tak kena dengan usus. Kemungkinan saluran hempedu yang mencerna lemak lemak makanan dan mewarnakan najis kita tu tersumbat. Atau mungkin jugak pankreas kita bermasalah kalau taik tu pucat je.


Kalau ternampak taik tu berwarna merah pulak jangan terus panik. Kadang kadang tu adalah dari makanan yang tak sempat nak dihadam dah jadi taik. Tapi kalo perhati betul betul dan didapati warna merah tu adalah darah maka cepat cepat jumpa doktor sebab dikhuatiri terdapat luka atau petanda awal buasir akan berlaku.


Kalau taik tu hitam gelap pulak, cuba perhatikan diet yang kita ambik. Kalau kita ada mengambil zat besi tambahan, keadaan taik yang hitam ni adalah normal. Tapi kalau tak, kemungkinan ada berlaku pendarahan pada bahagian esofagus dan cepat cepat la berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.


Kalau taik tu terapung dan berbau busuk maka tu disebabkan tubuh kita tak menyerap lemak dalam makanan dengan baik dan biasanya berlaku pada individu yang mengamalkan pemakanan pil diet atau penggemar makanan snek bergoreng yang mengandungi lemak tiruan. 

Tapi kalau kita bukan seorang yang mengambil sebarang pil atau makanan untuk menurunkan berat badan atau bukan penggemar snek bergoreng, bila kerap sangat taiknya terapung dan berbau semerbak alam maka cepat la berjumpa doktor sebab takut takut ada masalah dalam sistem penghadaman kita tu.


Kalau yang ada anak kecil tu pulak kadang kadang taik dia warna kuning atau hijau kan ? Jangan panik sebab tu normal sebenarnya. Kalau taik dia warna kuning tu biasanya sebab 'hampas' dari penyusuan badan. Tapi kalau bayi tu minum susu formula biasanya taik dia hijau sikit sebab zat besi yang ada dalam susu tu tak dapat nak diserap oleh tubuh bayi tu. 

Geli tak ? Memang la geli bila sembang pasal taik ni tapi setidak tidaknya kita kena ambik tau jugak pasal dia. Apa pun aku mintak maaf kalau penggunaan bahasa entri ni agak menjijikkan dan harapnya perkongsian ni bermanfaat untuk kita semua. Cuma jangan pulak lepas ni tiap kali melepaskan hajat tu mata asyik nak pandang taik je. Tak elok owh. Kalau ada rasa kelainan tu baru la dijeling jeling okay.