Showing posts with label london 2012. Show all posts
Showing posts with label london 2012. Show all posts

06 August 2012

Tewasnya kita kepada dunia

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.

Hari ni cuti umum di negeri Perak dan negeri-negeri seangkatan dengannya sempena sambutan hari Nuzul Al-Quran. Dan sehari dua ni jugak beberapa tempat di Ipoh menerima taburan hujan menjelang petang. Memang berterabur jugak la manusia-manusia yang memenuhi bazar ramadan bila ditimpa hujan ni.

Tak lupa juga aku nak menasihatkan diri sendiri dan rakan rakan semua agar bersabar kerana aiskrim percuma Baskin Robbin tak menjadi milik kita setelah tewasnya Lee Chong Wei kepada Lin Dan dalam aksi perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di temasya Sukan Olimpik London 2012.


Malah agak ramai juga antara rakyat Malaysia yang turut sama tewas malam tadi bersama-sama Lee Chong Wei selepas memuaskan perut dengan juadah berbuka seterusnya melekat dihadapan peti televisyen sehingga terlewat bersolat isya dan mungkin juga sanggup meninggalkan berjemaah isya dan sunat tarawikh di masjid atau surau hanya kerana tak sanggup melepaskan aksi jaguh negara tu.

Malam tadi agak surut jemaah di surau mengerjakan solat isya dan sunat tarawikh berjemaah. Mungkin bertumpu ke London. Mengharapkan ganjaran aiskrim percuma andai beroleh kejayaan dunia. 

Nasib baik tak menang. Kalau tak pastinya lepas tu tertumpu kat Baskin Robbin pulak jemaahnya. Demi mendapatkan ganjaran dunia yang tak seberapa.



02 August 2012

Rakyat Malaysia terkaya di dunia ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

London2012 Olympics masih lagi meriah dengan acara-acara sukan yang dipertandingkan dimana negara China masih unggul mendahului dalam pungutan pingat. Malaysia ? Masih belum menunjukkan taring barangkali.

Agaknya sebab tu ada pihak tertentu yang berani mempertaruhkan jutaan ringgit untuk habuan bagi setiap rangkulan pingat emas kerana sudah mengetahui tahap kecemerlangan atlet negara barangkali.


Dan kebelakangan ni juga sudah entah berapa juta ringgit dibelanjakan dan mungkin akan terus dibelanjakan demi janji yang perlu ditepati. Memang kaya raya sungguh rasanya.

Namun andainya gunung emas sekalipun saban hari ditarah pastinya akan menyusut dan kurang hasil nilainya. Kalau nak menampung kembali setiap kekurangan yang telah dikikis tu seharusnya memerlukan pengorbanan.

Mana nak cari duit yeop ? Kalau berniaga tu ada juga barangnya untuk mendapatkan keuntungan. Tetap juga memerlukan sedikit pengorbanan. Tapi kalau nak mengumpul dana secara halus, banyak sikit la nak dikorbankan.

Pak Abu menunggang motorsikal untuk berjemaah di masjid yang letaknya satu kilometer dari rumah. Berkain pelikat dan segak berbaju melayu, beliau menunggang dengan cermat menyusuri jalan raya.

Beberapa ela dari pagar masjid, beliau menempuh satu sekatan jalanraya yang diadakan. Disebabkan Pak Abu ni seorang warga emas yang menunggang motorsikalnya hanya untuk ke masjid maka beliau tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

Disebabkan itu Pak Abu diberikan dua pilihan, motorsikalnya akan disumbat di pusat tahanan kenderaan atau BAYAR SAMAN KESALAHAN SERTA MERTA untuk dilepaskan dan dimaafkan kecuaiannya tu. Atas alasan mendidik agar tidak mengulangi kesalahan dikemudian hari.


Seronok la mat rempit lepas ni. Cuma perlu sediakan wang secukupnya untuk membayar saman lepas tu boleh merempit kembali. Diorang tu bukan kejam sangat pun sampai tak nak bagi merempit atau buat kesalahan jalanraya. Apa yang penting BAYAR je SERTA MERTA.

Bak kata orang inggeris, "you pay me money i close my eyes and you can go". Dalam dunia ni agaknya negara kita je sebegitu. Mesti ada yang bersetuju kononnya andai dibuat begitu, takkan ada insan yang melakukan kesalahan undang-undang.

Lebih hebat dari hukum yang diperkenalkan Allah. Hudud yang perlu disoal siasat dan dilihat sebab penyebab sebelum dijatuhkan hukuman tu pun dianggap KEJAM, ni pulak terus dihukum.

Tapi takpe, rakyat Malaysia kan kaya. Takde duit ada orang bagi duit. Pusing-pusing kat situ je. Teringat masa borak-borak dengan seorang kenalan tentang keberkesanan hukuman.

Soalnya adakah adil untuk seorang rakyat warganegara Malaysia menanggung hukuman yang ditetapkan untuk hanya berapa peratus rakyat yang melakukan kesalahan ?

Isu kad pengenalan hilang antara contohnya. Sekali hilang sudah ada ketetapan bayarannya. Hilang untuk kali kedua, pastinya semakin meningkat denda bayarannya. Andai hilang ketiga kali ? 

Alasannya agar rakyat warganegara Malaysia tercinta ni tidak cuai dan tidak ada teringin nak menjual kad identiti diri tu pada warga asing yang sebetulnya andai mereka hendak membeli pastinya harga yang berkali ganda ditawarkan dari nilai denda tu.

Sepuluh kali hilang pun (sebenarnya dijual) apa nak hairan ? Tapi kalau la ianya benar benar terjadi pada warganegara yang tidak berdosa, mungkin kerana sedikit kecuaian.

Patut la ramai warga asing sanggup datang Malaysia secara haram. Patut la ramai peminta sedekah. Patut la ramai anak-anak muda yang tak perlu berkerja. Patut la banyak jenayah ragut, rompak, curi, pecah rumah dan sebagainya tu.

Rupanya memang rakyat warganegara Malaysia ni kaya raya dan mungkin terkaya di dunia.