Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.
Hari ni cuti umum di negeri Perak dan negeri-negeri seangkatan dengannya sempena sambutan hari Nuzul Al-Quran. Dan sehari dua ni jugak beberapa tempat di Ipoh menerima taburan hujan menjelang petang. Memang berterabur jugak la manusia-manusia yang memenuhi bazar ramadan bila ditimpa hujan ni.
Tak lupa juga aku nak menasihatkan diri sendiri dan rakan rakan semua agar bersabar kerana aiskrim percuma Baskin Robbin tak menjadi milik kita setelah tewasnya Lee Chong Wei kepada Lin Dan dalam aksi perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di temasya Sukan Olimpik London 2012.
Malah agak ramai juga antara rakyat Malaysia yang turut sama tewas malam tadi bersama-sama Lee Chong Wei selepas memuaskan perut dengan juadah berbuka seterusnya melekat dihadapan peti televisyen sehingga terlewat bersolat isya dan mungkin juga sanggup meninggalkan berjemaah isya dan sunat tarawikh di masjid atau surau hanya kerana tak sanggup melepaskan aksi jaguh negara tu.
Malam tadi agak surut jemaah di surau mengerjakan solat isya dan sunat tarawikh berjemaah. Mungkin bertumpu ke London. Mengharapkan ganjaran aiskrim percuma andai beroleh kejayaan dunia.
Nasib baik tak menang. Kalau tak pastinya lepas tu tertumpu kat Baskin Robbin pulak jemaahnya. Demi mendapatkan ganjaran dunia yang tak seberapa.

