02 August 2012

Rakyat Malaysia terkaya di dunia ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

London2012 Olympics masih lagi meriah dengan acara-acara sukan yang dipertandingkan dimana negara China masih unggul mendahului dalam pungutan pingat. Malaysia ? Masih belum menunjukkan taring barangkali.

Agaknya sebab tu ada pihak tertentu yang berani mempertaruhkan jutaan ringgit untuk habuan bagi setiap rangkulan pingat emas kerana sudah mengetahui tahap kecemerlangan atlet negara barangkali.


Dan kebelakangan ni juga sudah entah berapa juta ringgit dibelanjakan dan mungkin akan terus dibelanjakan demi janji yang perlu ditepati. Memang kaya raya sungguh rasanya.

Namun andainya gunung emas sekalipun saban hari ditarah pastinya akan menyusut dan kurang hasil nilainya. Kalau nak menampung kembali setiap kekurangan yang telah dikikis tu seharusnya memerlukan pengorbanan.

Mana nak cari duit yeop ? Kalau berniaga tu ada juga barangnya untuk mendapatkan keuntungan. Tetap juga memerlukan sedikit pengorbanan. Tapi kalau nak mengumpul dana secara halus, banyak sikit la nak dikorbankan.

Pak Abu menunggang motorsikal untuk berjemaah di masjid yang letaknya satu kilometer dari rumah. Berkain pelikat dan segak berbaju melayu, beliau menunggang dengan cermat menyusuri jalan raya.

Beberapa ela dari pagar masjid, beliau menempuh satu sekatan jalanraya yang diadakan. Disebabkan Pak Abu ni seorang warga emas yang menunggang motorsikalnya hanya untuk ke masjid maka beliau tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

Disebabkan itu Pak Abu diberikan dua pilihan, motorsikalnya akan disumbat di pusat tahanan kenderaan atau BAYAR SAMAN KESALAHAN SERTA MERTA untuk dilepaskan dan dimaafkan kecuaiannya tu. Atas alasan mendidik agar tidak mengulangi kesalahan dikemudian hari.


Seronok la mat rempit lepas ni. Cuma perlu sediakan wang secukupnya untuk membayar saman lepas tu boleh merempit kembali. Diorang tu bukan kejam sangat pun sampai tak nak bagi merempit atau buat kesalahan jalanraya. Apa yang penting BAYAR je SERTA MERTA.

Bak kata orang inggeris, "you pay me money i close my eyes and you can go". Dalam dunia ni agaknya negara kita je sebegitu. Mesti ada yang bersetuju kononnya andai dibuat begitu, takkan ada insan yang melakukan kesalahan undang-undang.

Lebih hebat dari hukum yang diperkenalkan Allah. Hudud yang perlu disoal siasat dan dilihat sebab penyebab sebelum dijatuhkan hukuman tu pun dianggap KEJAM, ni pulak terus dihukum.

Tapi takpe, rakyat Malaysia kan kaya. Takde duit ada orang bagi duit. Pusing-pusing kat situ je. Teringat masa borak-borak dengan seorang kenalan tentang keberkesanan hukuman.

Soalnya adakah adil untuk seorang rakyat warganegara Malaysia menanggung hukuman yang ditetapkan untuk hanya berapa peratus rakyat yang melakukan kesalahan ?

Isu kad pengenalan hilang antara contohnya. Sekali hilang sudah ada ketetapan bayarannya. Hilang untuk kali kedua, pastinya semakin meningkat denda bayarannya. Andai hilang ketiga kali ? 

Alasannya agar rakyat warganegara Malaysia tercinta ni tidak cuai dan tidak ada teringin nak menjual kad identiti diri tu pada warga asing yang sebetulnya andai mereka hendak membeli pastinya harga yang berkali ganda ditawarkan dari nilai denda tu.

Sepuluh kali hilang pun (sebenarnya dijual) apa nak hairan ? Tapi kalau la ianya benar benar terjadi pada warganegara yang tidak berdosa, mungkin kerana sedikit kecuaian.

Patut la ramai warga asing sanggup datang Malaysia secara haram. Patut la ramai peminta sedekah. Patut la ramai anak-anak muda yang tak perlu berkerja. Patut la banyak jenayah ragut, rompak, curi, pecah rumah dan sebagainya tu.

Rupanya memang rakyat warganegara Malaysia ni kaya raya dan mungkin terkaya di dunia.




14 comments:

  1. assalamualaikum pipoq...yer ke kaya kalau kaya semua benda nak kena bayar juga tak ada yg free pun...;)

    ReplyDelete
  2. @maszull

    w'salam..

    sebab benda free ni untuk orang yang tak kaya..

    ReplyDelete
  3. Mungkin laa. Tapi kajian tak menunjukkan rakyat Malaysia adalah rakyat yang terkaya lagi setakat ni. Hahahaha~~

    ReplyDelete
  4. ada yang membaca artikel ni secara 'lurus'.
    di malaysia duit dan kuasa adalah segala-galanya. asalkan ada duit..semua boleh jadi..asalkan ada kuasa, duit orang pun boleh jadi duit kita.
    Malaysia boleh !!

    ReplyDelete
  5. Tekedu juga kalau diminta bayar serta merta.

    ReplyDelete
  6. entahlah, rasanya lau kita ikut undang2 dan fiki r yg terbaik utk diri kita, tak de maslaah kot.. masing2 ada tanggungjawab yg perlu dibuat.. fikir2kan lah..

    ada duit mmg macam 2 leh buat, tapi adakah satu hari kita tak nyesal? lau nyesal buat jahat baguslah.. lau tak..

    ReplyDelete
  7. Catatan No-Free :

    tukerlink!!! pasang link saya lalu confirm ke blog saya, 1x24 jam langsung saya pasang link kalian

    sekalian saling follow la biar nambah followers..

    yok langsung TKP!

    ReplyDelete
  8. @Mohammad Thaqib

    kalau ikut kajian memang lansung tak layak..hehehe

    ReplyDelete
  9. @akubiomed

    contohnya kalau kesalahan tak pakai tali keledar, duit pulak tak cukup..adakah kenderaan akan disita gitu je ?

    memang terkedu dibuatnya..

    ReplyDelete
  10. @fiezaradzi

    terkadang yang cukup syarat pun terbuat salah..terlebih had laju atau sebagainya..

    mungkin gini cara untuk dapatkan 'duit kopi' secara halal kot..hehehe

    ReplyDelete
  11. kaya budi dn suka tolog org suuh kan bagus heee

    ReplyDelete
  12. kaya ilmu ok tak bro hee masa depan akn cerh nnti

    ReplyDelete