Showing posts with label amanah. Show all posts
Showing posts with label amanah. Show all posts

31 May 2012

Rezeki - dari mana dan ke mana ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita diberkati dan dirahmati Allah.

Seronoknya kalau jadi budak budak sekolah sekarang ni sebab boleh nak bersuka ria berehat rehat di rumah atau pulang ke kampung menghabiskan cuti sekolah. Tak pe la, usia muda zaman sekolah ni bukan berkekalan pun. Tunggu je la akan datang bila dah abis belajar di sekolah dan masuk ke alam pekerjaan, baru tau. Hehehe..


Buat rakan rakan yang berkerjaya pulak tak kira la apa kerjanya, berikan la dedikasi dan berkerjalah dengan ikhlas dan penuh amanah menjalankan tanggungjawab. Tak kira juga samada kira berkerja untuk orang lain atau berkerja sendiri kerana hasil yang akan kira perolehi tu bergantung pada diri kita juga.

Bagi yang berkerja di sektor kerajaan yang dah pasti setiap hujung bulan akan menerima upah gaji yang ditetapkan, biar apa pun pangkat kita tu kerjalah dengan jujur dan ikhlas. Pikul amanah yang diberikan dengan bertanggungjawab. 

Bagi yang berkerja di sektor swasta pulak, tak banyak bezanya. Setiap tugasan yang diberikan kepada kita tu janganlah dianggap sebagai beban pulak kerana sudah itu tanggungjawab yang kita perlu laksanakan.


Bagi yang berkerja sendiri juga, buatlah setiap tugasan yang kita kerjakan tu dengan penuh ikhlas. Jangan sebab kita menjadi majikan untuk diri sendiri ianya membuatkan kita boleh nak buat kerja sesuka hati. 

Dan bila beroleh sesuatu upah dari apa yang kita kerjakan tu, janganlah pula kita bazirkan atau belanjakan ke arah sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat. Dan jangan pula kita menjadikan diri kita bakhil atau kedekut untuk bersedekah di jalan Allah. 

Tak kira berapa juga pendapatan kita tu, pastikan ianya datang dari sumber yang halal dan dibelanjakan juga ke jalan yang halal. Mencuri tulang, kerja tak ikhlas, melaksanakan tugas dengan tidak jujur, semuanya boleh menjadikan rezeki halal yang kita perolehi tu diragui statusnya. Dan haruslah kita sentiasa ingat, setiap yang haram itu hanya layak menjadi bahan bakar api neraka.


Carilah rezeki dengan bijak dan belanjakanlah rezeki yang diperolehi tu dengan bijak juga. Kerana ianya nanti akan ditanya, dari mana kita perolehi dan ke mana kita belanjakan. Bukan hanya untuk keuntungan di dunia, biarlah keuntungannya berpanjangan hingga ke akhirat. Sama samalah kita bermuhasabah diri, sementara masih berkesempatan di dunia fana ni.



16 May 2012

10 May 2012

Pelindung api neraka

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Sehari dua ni kita dikejutkan dengan berita di media tempatan yang pertamanya berkenaan bayi yang ditinggalkan dicakar dan digigit anjing liar, mujur juga ditemui oleh orang dan bayi tu dapat diselamatkan.


Semalam pulak heboh berkenaan penyebaran video penderaan yang mana sebenarnya kes tersebut telah diselesaikan oleh pihak polis dan mahkamah juga telah menjatuhkan hukuman ke atas pelaku penderaan tu. Pengajaran yang boleh kita ambil dari apa yang kita tengok dan dengar tu, sayangilah anak anak kita kerana mereka itu adalah amanah dari Allah untuk kita tunaikan tanggungjawabnya.

Alhamdulillah seminggu yang lepas aku dikurniakan satu lagi amanah yang perlu aku tunaikan segala tuntutannya. Seorang bayi perempuan yang sudah semestinya comel. Maka dengan tu bertambah la populasi kaum wanita di muka bumi ni. Harap harap lepas ni andai ada rezeki, nak juga geng sejenis. Hehehe..


Tapi walaupun begitu aku dan isteri tetap bersyukur kerana dikurniakan harta yang tak boleh nak dijual beli walau berapa pun nilai harganya. Biar la walaupun ada pepatah mengatakan "menjaga lembu sekandang lebih mudah dari menjaga seorang anak perempuan", aku sikit pun tak merasa gentar untuk menghadapi apa juga cabaran dalam mendidik dan membesarkan anak anak sampai la akhir hayat aku.

Lagipun aku bangga sebab orang macam aku ni disebutkan oleh Nabi SAW di dalam hadis baginda dalam riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmidzi.
Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:
”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."

Nampak tu kelebihan yang Nabi SAW janjikan ? InsyaAllah dengan penuh rasa tanggungjawab, aku akan cuba memenuhi amanah yang Allah kurniakan kepada keluarga yang aku bina bersama isteri aku ni. Memang kalau nak difikirkan tentang masa depan terasa gerun juga bila terbayangkan perkara perkara yang kita tak nak berlaku tapi tu semua adalah cabaran dan dugaan dalam menguji tahap ketaqwaan dan keimanan kita sebagai hamba Nya.