Showing posts with label KAFA. Show all posts
Showing posts with label KAFA. Show all posts

17 November 2016

KEPUTUSAN PENUH SIJIL RENDAH AGAMA ISLAM (SRAI) 2016 SRAR Sungai Rokam Ipoh

  3 Komen    
label: ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Alhamdulillah segala pujian hanya bagi Allah. Mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah dalam apa juga yang kita lakukan sehari-hari.

Seperti mana yang umum sedia maklum, keputusan bagi peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) bagi tahun 2016 telah pun diumumkan pada 14 November 2016 baru-baru ini. Dan kami dipihak SRAR Sg. Rokam juga telah menerima slip keputusan peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) 2016 pada pagi berikutnya.

Alhamdulillah, walaupun terdapat sedikit penurunan peratusan dari segi calon yang lulus berbanding tahun lalu namun pencapaian yang diperolehi tetap membanggakan pihak sekolah.

Tahniah diucapkan kepada 13 orang anak didik yang berjaya memperolehi 6A bagi setiap matapelajaran. Sekali lagi tahniah kepada nama-nama berikut.

  • Ahmad Afif b. Hammad Faesol
  • Asyrani Syukrena bt. Abd Avis Sukurny
  • Khalifa Damia Syahirah bt. Abdul Halim
  • Mai Nawal Adelina bt. Mior Afendi
  • Muhamad Aqil Irsyad b. Azman
  • Muhammad Kasyful b. Mohd Termedi
  • Nabilah Syifa bt. Azhar
  • Nur Farhanah bt. Jalalol Khaizi
  • Nurliyana Atiqah bt. Hamidi
  • Nurul Adilah bt. Ahmad Fauzi
  • Nurul Ain Najihah bt. Haidi
  • Nurul Hawardah bt. Mohammad Yusoff
  • Syafia Hanim bt. Sulaiman
Keputusan penuh keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) 2016 boleh dilihat dipaparan berikut.





21 June 2012

Kehidupan - Pengalaman pertama temuduga SPA

  16 Komen    
label: , , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah.

Alhamdulillah urusan temuduga SPA yang aku hadiri telah selamat aku tempuhi. Dan bagi peringkat di Ipoh ni, temuduga bagi jawatan pembantu tadbir (p/o) N17 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia akan berakhir esok. 


Terasa agak pelik pulak bila dah berusia hampir mencecah warga emas (?) ni baru nak memohon jawatan gred N17 tu. Sebenarnya permohonan melalui SPA Online tu dah agak lama jugak aku isi dan sentiasa kemaskini namun rezeki untuk dipanggil menghadiri temuduga tu baru diperolehi.

Pengalaman pertama jugak menghadiri temuduga sektor awam ni. Dalam tempoh seminggu sebelum menghadiri temuduga ni jenuh juga nak mengasah otak untuk dipenuhi dengan pengetahuan umum. Manakan tidak, kononnya persediaan terakhir yang dibuat malam tadi dengan mengulangkaji habis-habisan tentang pengetahuan am dan sebagainya tu.

Melihatkan senarai calon temuduga yang sepatutnya hadir pada hari ni lebih kurang 50 orang kesemuanya namun yang hadir hanyalah sekitar 20 orang calon termasuk aku. Dan dari keseluruhan yang hadir, hanya tiga orang calon lelaki kacak berbanding yang lainnya adalah wanita dan yang pastinya aku la lelaki terkacak untuk hari ni.

Sebagai calon ke sebelas memasuki bilik temuduga dan calon lelaki kacak pertama menghadapi penemuduga, terasa agak sedikit gementar juga lagipun ini adalah pengalaman pertama aku bertemuduga di sektor awam. 

Dalam kepala aku ni segala pengetahuan am yang dah aku hafal semalam berlegar-legar menantikan untuk dikeluarkan andai disoal. Namun selepas memperkenalkan diri setelah diminta oleh penemuduga, boleh aku katakan tidak ada satu pun pengetahuan am yang aku dah hafal skripnya tu disoal oleh mereka.

Dan rasanya dari semua calon yang hadir temuduga untuk hari ini, aku adalah calon yang tertua yang tercalon dari 12,765 calon seluruh Malaysia. Di tempat lain aku tak pasti la pulak. 

Melalui sesi yang aku lalui dimana lebih kepada sesi berbual mesra (pegawai temuduga tu panggil aku 'ustaz' lepas mengetahui aku mengajar KAFA) tu, ada beberapa klu yang kami bualkan tentang perjawatan pembantu tadbir di sektor awam kerajaan ni.

Kalau nak tau apa klunya, insyaAllah akan aku kongsikan dalam entri akan datang. 



19 April 2012

Daulat Tuanku

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Alhamdulillah petang semalam awal pulak turun hujannya. Terasa kurang panas yang berbahang sejak dua tiga hari lepas.

Bagi rakyat negeri Perak khususnya hari ni adalah hari cuti umum atas keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibuddin Shah yang ke 84. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya ke atas Paduka Seri Sultan Perak. 


Bersempena hari keputeraan Paduka Seri Sultan Perak yang jatuh pada hari ni, satu majlis kesyukuran DiRaja diadakan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Majlis bacaan Yasin dan tahlil serta doa selamat akan diadakan selepas solat maghrib seterusnya selepas solat isya, jamuan makan untuk semua hadirin yang sama sama meraikan majlis kesyukuran ni insyaAllah.

Beberapa acara sambutan bersempena hari keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang sepatutnya bermula hari ni telah ditunda sehingga ke tarikh yang dimaklumkan berikutan kemangkatan anaknda DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Allahyarham YTM Raja Dato' Seri Ashman Shah pada 30 Mac yang lepas.


Kepada yang berhampiran Kuala Kangsar tu, boleh la sama sama berjemaah di Masjid Ubudiah hari ni. Aku tak dapat nak ke sana sebab isteri pun menunggu hari je ni. Risau pulak kalau nak ditinggalkan. Lagipun esok aku kena menghadiri satu sesi ujian bertulis untuk temuduga guru KAFA pulak.