Showing posts with label KKM. Show all posts
Showing posts with label KKM. Show all posts

21 June 2012

Kehidupan - Pengalaman pertama temuduga SPA

  16 Komen    
label: , , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah.

Alhamdulillah urusan temuduga SPA yang aku hadiri telah selamat aku tempuhi. Dan bagi peringkat di Ipoh ni, temuduga bagi jawatan pembantu tadbir (p/o) N17 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia akan berakhir esok. 


Terasa agak pelik pulak bila dah berusia hampir mencecah warga emas (?) ni baru nak memohon jawatan gred N17 tu. Sebenarnya permohonan melalui SPA Online tu dah agak lama jugak aku isi dan sentiasa kemaskini namun rezeki untuk dipanggil menghadiri temuduga tu baru diperolehi.

Pengalaman pertama jugak menghadiri temuduga sektor awam ni. Dalam tempoh seminggu sebelum menghadiri temuduga ni jenuh juga nak mengasah otak untuk dipenuhi dengan pengetahuan umum. Manakan tidak, kononnya persediaan terakhir yang dibuat malam tadi dengan mengulangkaji habis-habisan tentang pengetahuan am dan sebagainya tu.

Melihatkan senarai calon temuduga yang sepatutnya hadir pada hari ni lebih kurang 50 orang kesemuanya namun yang hadir hanyalah sekitar 20 orang calon termasuk aku. Dan dari keseluruhan yang hadir, hanya tiga orang calon lelaki kacak berbanding yang lainnya adalah wanita dan yang pastinya aku la lelaki terkacak untuk hari ni.

Sebagai calon ke sebelas memasuki bilik temuduga dan calon lelaki kacak pertama menghadapi penemuduga, terasa agak sedikit gementar juga lagipun ini adalah pengalaman pertama aku bertemuduga di sektor awam. 

Dalam kepala aku ni segala pengetahuan am yang dah aku hafal semalam berlegar-legar menantikan untuk dikeluarkan andai disoal. Namun selepas memperkenalkan diri setelah diminta oleh penemuduga, boleh aku katakan tidak ada satu pun pengetahuan am yang aku dah hafal skripnya tu disoal oleh mereka.

Dan rasanya dari semua calon yang hadir temuduga untuk hari ini, aku adalah calon yang tertua yang tercalon dari 12,765 calon seluruh Malaysia. Di tempat lain aku tak pasti la pulak. 

Melalui sesi yang aku lalui dimana lebih kepada sesi berbual mesra (pegawai temuduga tu panggil aku 'ustaz' lepas mengetahui aku mengajar KAFA) tu, ada beberapa klu yang kami bualkan tentang perjawatan pembantu tadbir di sektor awam kerajaan ni.

Kalau nak tau apa klunya, insyaAllah akan aku kongsikan dalam entri akan datang.